Si Pengembala Kambing :)

Pages

21 January 2015

AnSci6 di Pantai Puteri, Melaka

Assalamualaikum WBT

Dalam entry lepas, aku janji nak buat entry pasal percutian AnSci6 dekat Pantai Puteri kan? So hari ni baru nak gigih menaip setelah kebosanan di rumah. Hahaha. Ceritanya bermula bila Muezz post dekat group AnSci6 berkenaan percutian ni.

Tajuk nak gempak je -___-"

So basically walaupun kat dalam post tu cakap Pengkalan Balak or Cameron Highland, in the end kita orang end up di Pantai Puteri sebab penginapan dekat area Pengkalan Balak dah penuh. Kalau ada pun, sebiji rumah je. Nak share rumah pun macam cuak je sebab bilangan yang pergi masa tengah discuss tu 10 lelaki dan 10 perempuan. Kang tak memasal je kena tangkap basah. Nak seronok, seronok jugak, tapi hal ni pun kena jaga jugak ye dak?

So gedebuk gedebak dicuss, call sana sini, survey bagai, akhirnya Fitri berjaya dapatkan homestay betul-betul depan Pantai Puteri. Yang perempuan duduk dekat rumah, yang lelaki ambil bilik. Bilik dengan rumah tu sebaris je sebenarnya. *Actually homestay tu satu rumah cuma owner dah renovate and pisahkan dengan plywood so ada rumah, ada bilik, jadi memalam boleh dengar budak laki gelak masa main Uno*

Ni la rupanya homestay tu. Kiri sekali rumah perempuan, tengah tu bilik lelaki. Depan tu ada ampaian kot nak sidai baju. Bukan kot lagi memang semua sidai baju. Hahaha

Ni la rumah perempuan, dalam rumah ni ada dua bilik. Satu bilik tu katil queen, bawah tu boleh tidur 4 orang lagi. Bilik lagi satu ada dua katil single. Tilam dalam rumah ni banyak, suka hati kau la nak tidur mana. Nak tidur kat dapur pun boleh. Oh ya, rumah ni ada dapur jugak, siap stove dengan tong gas and kuali amd serba sedikit peralatan dapur.
Ni pulak bilik lelaki

21 Disember 2014, Jumaat

Kita orang bertolak pergi Pantai Puteri, Ada dua trip, trip pagi dengan trip petang. Kereta yang bertolak pagi kereta Fitri dengan Tajul. Yang ikut sekali pergi trip pagi ni Nuar, Arep, Nick, Fakhri, Jija, Shida, Fana, Shima, Azie. Pagi tu sumpah aku kelam kabut sebab hari tu aku still ada kelas siap ada oral test lagi, tapi sempat la bye bye dekat dorang yang pergi trip pagi tu, then bagi kunci kereta dekat Muezz suruh pergi isi minyak, angin tayar semua.

Kereta Fitri
Dorang yang bertolak pagi ni untung la sikit sebab boleh jalan-jalan pusing kat Melaka dulu sementara nak tunggu kita orang trip petang sampai. Jealous okay jealous. Aku dalam kelas sabar je lah tengok dorang post gambar kat tepi pantai dalam Whatsapp group.


Tak menahan posing masing-masing

Antara gambar yang berjaya buat aku jealous

Petang tu, lepas solat Jumaat baru trip kedua gerak. Kereta aku, Muezz bawak, Din dengan Baby dekat duduk dekat belakang. Kereta Kak Nani, Salman bawak, Ella dengan Madi dengan belakang. Sampai kat Hentian Sebelah Pedas, Zul join kereta Kak Nani.

Kereta aku

Kereta Kak Nani

Lepas Maghrib, kita orang gerak pergi bandar Melaka. Cita-cita nak naik cruise, tapi melihatkan punya panjang barisan nak beli tiket, maka cita-cita tersebut dibatalkan. So, malam tu just makan dekat area situ, jalan-jalan, tangkap gambar and berposing sakan mengalahkan model Victoria Secret.

Depan homestay pun jadi nak bergambar





Dah habis pusing bandar Melaka, malam tu balik homestay. I gotta say this, Melaka punya jam boleh tahan tak boleh bawak bincang. Seriously, kena plan betul-betul kalau nak rush into some places. Kalau tak, boleh lari timing korang.

Balik tu bukannya tidur pun, masing-masing duk melagha kat homestay. Ada yang lepak tepi pantai, ada yang main Uno card, ada yang melalak tak ingat dunia and ada jugak yang bersembang dengan jiran kita orang, lecturer ekonomi kat UM ke UKM entah. Aku balik tu, sembang-sembang kejap, buatkan teh untuk Fitri and Salman, lepas tu tak sedar dah apa jadi.

22 Disember 2014, Sabtu

Pagi tu, lepas breakfast, masa senggang. So masing-masing buat aktiviti sendiri lah. Kat rumah budak perempuan, Jija, Tajul, Nick, Muezz, Fakhri and Shima sembang pasal movie sambil menghabiskan makanan yang berbaki. Aku kat tepi tu mereput je lah dengar sebab tak tahu dorang sembang pasal apa. Mana taknya, aku jarang kot tengok. Yang lain ke pantai, main bola tampar kat sana, mandi-manda or just layan perasaan kat situ. Ada jugak yang melayari bahtera mimpi.

Nuar tengah beraksi

Fana, Ella and Nick

Muezz, Zul and me

Arep and Salman



Tengah hari tu, kita orang makan dekat asam pedas Hajah Mona. Memang terbaik la asam pedas dia, Rasa nak angkat je pinggan hirup kuah asam pedas tu. Ada yang bertambah nasi sebab sedap sangat. Tapi aku time tu macam kenyang pulak. Hahaha.


Chong Hau join kita orang makan tengah hari

Air sirap satu jug RM8

Golongan bapa tengah berbincang nak jalan ke mana lepas ni
Lepas makan tengah hari, kita orang gerak pergi bandar Melaka balik. Kali ni berpecah sikit. Group Tajul pergi mana entah. Yang tinggal kereta aku, kereta Fitri and kereta Kak Nani. Tu pun masa jalan tak sama jugak. Sebab Jija, Baby, Din and Chong Hau pergi naik cruise. Yang lain tak tahu arah, masuk dalam muzium nak cari aircond. Yang lawaknya, masuk muzium yang free je. Yang kena bayar tak nak masuk. Antara muzium yang kita orang lawat, Muzium Kastam, Muzium Senibina.


Aku terkepit. Helppppp

Dah habis pusing muzium, kita orang pergi Kota A Famosa, then dah penat jalan, balik tu naik beca. Power beca dekat Melaka ni, dah la cantik, penuh hiasa bagai, siap ada background music lagi. Mulanya budak perempuan yang lain tak nak naik. Aku dengan Fitri je bersungguh nak naik beca ni. Then bila sedar jalan nak balik ke parking kereta tu jauh, so semua pun setuju la naik beca. Lagipun satu beca RM15, kongsi dua orang baru RM7.50. Kira okay lah kan? Bila lagi nak merasa naik beca kalau tak masa ni.




Aku sebenarnya cuak je nak naik beca tu. Mana taknya aku dah la bersaiz anak gajah. Kesian kat abang yang kayuh beca tu. Tapi nasib la abang tu watlek watpis je masa kayuh beca yang aku naik. Paling lawak, tayar beca Fitri dengan Arep meletup. Wakakaka. Nasib baik bukan tayar beca aku. Kalau tak, mesti kena bahan sebab gemuk. >.<


Petang tu, kereta aku pergi Giant dekat area homestay sebab malam tu planning nak buat BBQ, balik dari Giant, terus basuh ayam nak perap, basuh kerang, tempah bihun goreng, buat air apa semua, Lepas maghrib tu, budak-budak laki hidupkan api and start bakar. Kali ni BBQ tepi pantai oi! Romantik sangat. Selalu BBQ kat Bukit Expo je. Kebetulan pulak masa ni ada final Suzuki AFF Cup, Malaysia lawan Thailand. So tengah-tengah BBQ tu boleh la dengar orang bersorak dari kedai tom yam betul-betul sebelah homestay kita orang.

Bakar ayam and sosej




Habis BBQ, masing-masing balik homestay, lepak dekat situ. Bebudak perempuan sibuk pakai inai yang kak Nani beli dekat Klebang sambil karok. Budak laki ramai yang tidur awal malam tu. Penat seharian drive agaknya. Siap ada yang demam lagi. Tajul, Salman, Nuar, Zul pergi mandi kat Air Panas Gadek. Dorang balik pukul berapa, aku tak sure.

23 Disember 2014, Ahad

Hari terakhir, lepas breakfast ada game. Game ni tujuan dia untuk bonding antara kita orang lah. Walaupun dah final year baru nak bonding. Hahaha. Actually bukan la baru nak memupuk bonding, nak kukuhkan bonding tu. Biar rindu lebih sikit bila berpisah nanti. LOL.

Game yang main hari tu, Bola Tampar Pantai. Team Nuar menang. Pastu main Anak Rusa and Tiup Belon. Aku dah tak ingat dah siapa yang menang. Hahaha. Tapi time main anak rusa tu seriously la girls gone wild masa berebut bola tu. Sampai ada adegan tercabut tudung, berebut, tarik kaki tangan apa semua. Ternganga kau bebudak laki tengok. *Nampak sangat classmates laki aku tak pernah pergi Sogo time ada sale*







Dah habis main game, bersihkan diri, kemas barang, lepas tu check out. Masa tu dah mula rasa nak peluk pokok rhu kat tepi pantai tu tak nak balik punya pasal. Tapi apakan daya, final exam menanti kami semua. Bertolak balik, singgah jap makan cucur udang kat Medan Selera Pasar Menggong. Then, berpecah gerak balik.

Masa balik tu jalan jam, tambah dengan hujan lebat pulak. Molek sangat la untuk aku layan perasaan acah-acah dalam video clip lagu perpisahan kan sebab Baby dengan Jija dekat belakang tidur, Muezz kat sebelah main COC. Dalam perjalanan tu siap ada accident lagi. Aku seram sejuk je doa semoaga kami semua selamat sampai tanpa sebarang kecelakaan. Tapi dah dekat Bangi, tetiba kereta semua slow, yang aku pending, still bawak laju. Tiba-tiba, PAPPPP! Bulat biji mata aku. Peh ! Gua kena AES oi! Tapi macam mana pun, akhirnya kami semua selamat jugak sampai kat UPM around pukul 4 -4.30 petang macam tu. Maka, berakhirlah percutian AnSci6 di Pantai Puteri, Melaka.

This is the best holiday I ever had. Thank you to those who made this holiday happen :)


P/S : Gambar dalam entry ni bukan kepunyaan aku. Mostly milik Azie and Zul. Time ni aku terlampau seronok bercuti, lupa nak tangkap gambar. Hahaha

1 comment:

Atieqah Asma said...

apa nama homestay tu eh? erm sebab cari tak jumpa plak . ni pantai puteri, tg kling kan? please replyyy 😭

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...