Si Pengembala Kambing :)

Pages

11 August 2014

Selamat Datang #AnSci9 Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Assalamualaikum WBT

Pehh. Dah lama tak conteng dekat sini kan? Maklum lah sekarang kena fokus lebih kepada Final Year Project aku. Dah nak final year dah. Sekejap je rasanya. Rasa macam baru minggu lepas Google info pasal Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) ni, cari senior tanya pasal kursus ni. Biasa lah. Aku kan gelabah orangnya. :P

Apa-apa pun esok khabarnya keputusan UPU keluar. Kepada adik-adik yang dapat Bacelor Pertanian (Sains Ternakan), selamat datang aku ucapkan. Don't worry, course ni sangat seronok okay? Macam-macam benda baru yang korang belajar.

Kalau aku nak cerita kat sini belajar apa, karang jadi novel pulak. Cukup la aku cakap, aku belajar macam-macam yang berkaitan dengan industri ternakan kita. Dari makanan haiwan, jenis-jenis haiwan, pengurusan ladang, peraturan ladang, kesihatan haiwan, reka bentuk ladang, ekonomi, marketing, accounting, pendek kata, each and every details pasal ternakan dan yang berkaitan dengannya. Kalau nak tahu lagi, boleh rujuk entry yang lepas. Banyak kot aku menceceh kat dalam blog ni.

Okay lah, setakat ni je nak menceceh. Tujuan utama nak ucap Selamat Datang je kat korang yang dapat kos ni. Aku nak sambung cari journal balik. FYP student la katakan. 

Adios !


p/s : first time tak jadi fasilitator universiti sebab nak fokus pada FYP, hopefully dapat jadi fasilitator Fakulti / Jabatan sebab yang tu tak lama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...