Si Pengembala Kambing :)

Pages

14 August 2014

PTPTN : Sebelum, Semasa, Selepas Permohonan

Assalamualaikum WBT

Keputusan UPU dah keluar beberapa hari lepas, tahniah kepada yang dapat tempat untuk belajar. Dek disebabkan pelajar baru ni tengah buat persiapan nak masuk universiti, ni aku ringkaskan perjalanan untuk memohon PTPTN. Sebabnya, dua tahun pengalaman aku jadi fasilitator kat UPM, ni la soalan paling common sekali aku dapat. Tapi aku nak ingatkan jugak, korang tetap WAJIB rujuk dan BACA arahan yang ada kat laman web PTPTN tu untuk elakkan korang tersalah isi atau mungkin ada perubahan dari pihak PTPTN sendiri yang aku tak sedar. Maklum la. Aku buat ringkasan ni dari tahun 2012 lagi. Ni main copy paste je ni.

Sebelum Permohonan Online
  1. Mesti ada no pin PTPTN (boleh beli di BSN dengan harga RM5 *kalau dah naik harga sorry tak update)
  2. Akaun SSPN (boleh buka di Maybank, Bank Islam, AgroBank, Bank Rakyat, CIMB dan BSN)
  3. Akaun CIMB (UPM gunakan CIMB, yang dah ada, boleh guna akaun CIMB yang sedia ada. Kalau universiti lain, kena check dengan universiti masing-masing bank apa yang universiti anda gunakan)

Semasa Permohonan Online
  1. Isi permohonan di www.ptptn.gov.my.gateway (isi sebulan sebelum tarikh daftar ke universiti. Bagi bakal pelajar UPM, tarikh daftar korang 1 dan 2 September 2014, so boleh mula isi dari 1 dan 2 Ogos 2014 seingga 15 September 2014. Tarikh tutup pada 15 September 2014)
  2. Pastikan nama kursus, university, tahun pengajian betul. (ada orang yang dibatalkan perjanjian kerana salah isi jurusan)
  3. Semak betul-betul sebelum tekan butang untuk hantar. Kerana pindaan tidak boleh dilakukan selepas itu
Selepas Permohonan Online
  1. Rajin-rajinkan diri check email (pihak PTPTN akan memaklumkan sama ada permohonan diluluskan atau tidak melalui email dalam masa seminggu dari tarikh tutup, jadi pastikan emel sah dan anda ingat password email)
  2. Kalau permohonan berjaya, pihak PTPTN akan email. Dalam email tu ada diberikan link untuk download Surat Tawaran Pembiayaan, Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN
  3. Print semua yang diberikan (print atas kertas 80gsm, dua salinan, satu set cetak terus dari komputer, satu set lagi boleh fotostat, then baru isi. Tapi kalau nak print buat dua set pun lagi senang)
  4. Cetak 1 muka surat pada sehelai kertas A4 (tak boleh buat depan belakang)
  5. Isi menggunakan ballpoint pen warna hitam atau biru SAHAJA dan ditulis huruf besar
  6. Jika terdapat kesilapan, garis lurus pada kesalahan, tandatangan ringkas disebelah kanan setiap pembetulan (liquid paper tidak dibenarkan)
  7. Sediakan 2 keping setem hasil berharga RM10 setiap satu

*Sediakan dokumen sokongan yang telah disahkan 
** rujuk laman web ni untuk lebih lanjut

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...