Si Pengembala Kambing :)

Pages

11 August 2014

AnSci Orientation Day

Assalamualaikum W.B.T

Wahhh. Dah lama tak menceceh dekat sini. Bukan tak nak share cerita baru, tapi terlampau sibuk dari sebelum cuti semester lepas, sampai la sekarang. Hari ni baru relax sikit, tu pun tak relax sangat sebenarnya. Curi masa je sementara tak ada idea untuk buat assignment.

Okay, tak nak menceceh panjang. Kali ni nak cerita pasal orientasi pelajar baru Animal Science. Tahun ni, aku jadi fasilitator lagi. Fasilitator Universiti (FU) dengan Fasilitator Jabatan. So, aku fokus pada jabatan lah ye memandangkan ramai AnSci8 ni bebudak Kolej Lima Belas jugak. Kahkah.

Sesi orientasi jabatan sebenarnya start lepas Zohor sebab sesi pagi tu orientasi fakulti dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI). So aku dengan classmate, Muezz, Fakhri and Shyafiq serta senior kita orang, Yusra, Amirah Nabilah and Kak Cha ada kat jabatan pun dalam pukul 12 macam tu sebab nak prepare checkpoint. Ambik kau, orientasi kita orang buat Explorace. Biar adik-adik ni explore sendiri jabatan tu. Kihkih.

Tapi masa Explorace tu berjalan, ramai je senior yang datang tolong and "kacau" adik-adik ni. Kesian dorang. Tapi kacau pun tak ada lah teruk pun. Ada checkpoint yang kena senaraikan nama makmal yang ada kat jabatan, senaraikan nama pensyarah, label bahagian haiwan, nama saintifik ternakan and lain-lain yang berkaitan lah.

Tapi rasa terkilan sikit lah sebab tak ramai yang join sebenarnya. Aku pun tak tahu kenapa. So takde la kenal semua junior aku. Kenal mana yang sama kolej je lah sebab selalu jumpa kan.

Senior tengah berbincang apa la tu

Fakhri jaga checkpoint nama saintifik










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...