Si Pengembala Kambing :)

Pages

30 January 2014

Tutorial Fitted Sheet

Assalamualaikum WBT

Wahhh. Dah lama tak mencoret dekat blog ni. Ada dekat setengah tahun agaknya. Aku agak sibuk dengan kehidupan sebagai student dan tak ada mood nak tulis blog. Kebelakangan ni asal ada masa lapang je ke alam mimpi aku tuju. Itu pipi dah rupa Pou yang korang gila sangat main dulu tu. :p *ke still ada orang main lagi Pou sekarang?*

Sekarang tengah cuti semester, so aku free lah sikit. Jadi mulalah meraban dekat rumah ni. Kebetulan hari tu pergi pasar pagi dan jumpa kain yang cute. So, aku pun merengek kat Mak nak kain tu, nak buat cadar katanya *padahal dalam hati cakap tu sebab nak mak beli kain tu je*

Balik tu, rajin pulak aku pergi selongkar YouTube cara nak jahit cadar yang fit tu. Tak main la cadar gelebeh-gelebeh ni. Heh. Aku pun tekun la tengok video kat bawah ni. Nasib baik faham English. LOL.


Esok tu jugak aku gunting kain yang beli tu. Oh, kain tu bidang 90 inci, aku beli 2.5 meter. Dapat la untuk cadar dan dua biji bantal. Siap ada lebih lagi. Nanti aku fikir nak buat apa dengan kain lebih tu.

Perkara pertama yang aku jahit bantal sebab masa tu tak beli lagi getah untuk cadar tu. Ukuran bantal aku tak pasti berapa sebab aku ambik je sarung bantal aku tu, lepas tu aku potong je ikut sarung bantal tu. Hihi. So, inilah hasilnya.

Tu la dia sarung bantal yang jadi model aku

Ni la rupa sarung bantalnya

Keesokan harinya tu aku demam, so stop sekejap buat benda ni plus getahnya still tak beli lagi. Lepas dah beli getah tu, baru aku mula balik hari ni.

Potong dekat setiap bucu kain tu macam ni.
Aku ukur ikut tilam aku, sama tebal dengan tilam UPM 6.5 inci setiap sisi
Bucu ni potong ikut tebal tilam korang dengan berapa besar korang nak lipat untuk jahit nanti lah ea?
Lepas tu jahit.
Getah tu masukkan dalam tu ikut video di atas

Dan pofff ! Siap la set cadar aku
:D
Kembang kempis jugak la hidung aku bila siap dan tengok cadar tu terpasang elok je kan? Tak payah susah-susah bayar beratus semata nak belajar menjahit. *mak aku nak hantar pergi belajar menjahit lepas beli kain ni, suruh belajar buat cadar fitted ni*. Okay lah. Tu je nak cerita kali ni. 

Hasta La Vista !
Adios !


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...