Si Pengembala Kambing :)

Pages

31 December 2014

Goodbye 2014

Assalamualaikum WBT


2014 finally comes to the end. I don't really remember what exactly happened during this year but it surely have its ups and down. I remembered I laughed and I cried during this year. So, lets just have some throwback on what happened this year shall we?

January
Birthday aku ke 22 tahun. Aku demam masa birthday. Selain dari tu, serious tak ingat apa lagi jadi bulan ni



February
- Start sem 6, masa ni still jadi Timbalan Presiden Kolej. Tapi hidup dah tak berapa busy macam masa jadi MTM Kebajikan dulu. Just busy dengan KPO je. 
- Photoshot untuk kelas tapi tak semua hadir.


March
- KPO dekat Cameron Highland. Aku tak boleh jauh dari unggun api masa dekat kem ni sebab suhu dekat situ sampai 4 degree Celcius. 
- Aku jugak dah start gelabah buat proposal FYP sebab dah dekat tarikh present masa tu, 
-Busy uruskan Nightwalk. Nasib lah aku AJK tak berapa significant so takde lah busy sangat. 




April
- Masuk bulan April je terus present proposal. Aku ingat masa ni dengan baik sebab aku menangis lepas proposal sampai SV aku risau. Wakakaka. 
- Malam Pesona Bintang VIII, my last involvement in college activity. Aku jadi AJK Protokol oi!

- Terpaksa rela jadi pelakon tambahan dalam filem pendek kolej bertajuk "KASUT" arahan Redza and Tajul sempena FESTIVAL FILEM PENDEK UPM. Menang tempat ketiga kot!

- Terbang ke Bandung, Indonesia sebab ada lawatan sambil belajar ke Universitas Panjadjaran. Aku kena menari kot sempena slot Kebudayaan. Patner tarian aku, as usual, Muezz. Sampai ke hari ni still kena bahan sebab kita orang berdua menari macam kayu *nangis tepi katil*


- Jejak kaki kat Malaysia je, esok tu Test Infra and hari tu jugak la anak-anak itik untuk FYP masuk. Serabut bhai. Jet lag tak habis lagi *poyo*

May
- Family Day AnSci. Peh, time ni rasa nak colic oi lepas makan terus main dodgeball. Nasib tak muntah je time main game tu. But, really enjoy the moment.

- Officially letak jawatan sebagai Timbalan Presiden. I'm free yooo!



June
- AnSci6 @ De Dengkil Stable. Time ni puas gila aku dapat tunggang kuda. Thanks Fitri. Plus, dapat hangout dengan classmates, borak pasal FYP masing-masing lepas seharian penat dekat ladang.


- Floria 2014 with classmates, saja je jalan nak hilangkan stress FYP katanya. Kah!


July
- Cuti sem dah start time ni, tapi still dekat UPM sebab run FYP. Dah start masuk makmal masa ni. Mencabar kot masa ni sebab chemical untuk FYP aku tak sampai-sampai lagi. Melangut je lah tunggu tak tahu nak buat apa. Kalau ada yang minta tolong sembelih experimental unit dorang ke, so tolonglah
- Berpeluang Ramadhan di UPM
- Birthday Nick ! Tapi Nick belanja kita orang sebab takde siapa tahu birthday dia.


August
- Kawan baik aku since Darjah 2 bertunang oi ! Esoknya tu aku tergopoh-gopoh balik UPM sebab kena masuk lab lagi -_____-"

September
- Paintball dengan classmates. Tak semua pergi tapi ramai jugak la yang join. Memang best gila !


- Diterima untuk berpraktikal di Island Horses, Langkawi. Semah dengan Muezz jadi saksi aku melompat macam kera kena cili masa dapat offer tu. Kah!


October
- Went to Dogathon 2014 and another controversial event, IWTTAD.


November
- Belajar buat patty dengan sausages

- FYP Presentation. No more tears shed cause I don't care anymore, I just want that thing to finish as soon as possible
- Majlis Apresiasi Pelajar Tahun Akhir (MAPTA) Fakulti Pertanian. Muezz dapat award Bachelor of Agriculture (Animal Science) Huhuuu.



Disember 2014
- AnSci6 Potluck. Makan sampai pengsan hoi! Sambil tu bincang pasal trip nak ke Melaka tu.

-AnSci6 @ Pantai Puteri *yang ini aku buat entry khas nanti*
- And the throwback games between us started
- Final Exam : Meat Science


p/s : some of gambar dalam entry ni aku curik dari Muezz and Azie. Mohon jangan saman aku. Aku dah bagi kredit ni. Heeee :D

16 October 2014

Happy Birthday, Pah !

Assalamualaikum W.B.T


 To my dearest and greatest grandma in the world,

Happy 84th Birthday Pah ! I miss you so much and it is useless to tell my sister and brother how hard I miss you because they were not raised by you so they don’t understand my feeling.

Thank you sebab jaga Mira dari lahir until dah besar panjang bercinta bagai kan. Hahaha. You are the most sporting grandma I ever had! Mira ingat lagi masa raya, pakwe Mira datang rumah and you pretend like nothing happen although you know that he is my boyfriend. Ahhh. Malunya bila ingat balik masa tu. Maaf la Pah. Zaman tu Mira tak mumaiyiz lagi agaknya. Hihi. But now I'm a different person Pah. I'm totally change because of what happen lately.

Thank you Pah, sebab ajarkan Mira macam-macam, perkara penting yang Mira perlu tahu untuk terus hidup. Thank you sebab ajarkan Mira untuk kenal alif ba ta, ajar baca Al Quran walaupun Mira sampai menangis-nangis sebab kena cubit bila salah baca or bila terlupa. Hahaha. Yeah I’m such a crybaby.

Thank you Pah, sebab ajar Mira memasak. Dari potong bawang sampai la meghidang lauk, dari kuih sampai la ke nasi. Mira rasa beruntung bila duduk dengan Pah sebab Mira dapat belajar masak makanan yang anak muda sekarang belum tentu pandai. Ingat lagi masa buat ketupat palas, ketupat palas Mira asyik jadi betina je. Tapi sekarang dah jadi ketupat palas jantan dah. Pah bangga tak dengan Mira? Hihi. Hari tu masa balik kampung sebelah mak, pak sedara, mak sedara semua kagum sebab Mira pandai buat ketupat, lemang, rendang, dodol, bahulu bagai. Yeah. All credits goes to you Pah. You’re my teacher. Ketupat daun kelapa je Mira tak pandai buat. Sokay, I’ll learn from my mother-in-law. Kihkih.

Thank you jugak sebab ajar Mira menjahit. At least kalau butang tercabut ke, nak pendekkan kaki seluar ke, Mira tak payah hantar ke kedai. Pah, tahu tak raya lepas Mira jahitkan untuk mak langsir. I saw her smile! Pah pun tahu kan macam mana menantu perempuan tunggal pah tu tak cepat impress by something. Tapi kali ni Mira nampak mak senyum and excited bila langsir tu dah siap. Allah je tahu betapa gembiranya Mira bila mak senyum tengok hasil kerja Mira. I think that was the best gift I ever gave to her, all, handmade with love by me. Hihi. Tapi lepas tu mak excited sangat and start beli macam-macam kain untuk buat alas meja, cadar and all other things *pengsan*. Tapi takpe, semuanya demi mak. So Mira sempat jahitkan 4 helai alas meja and 2 set cadar untuk mak before balik UPM.

            Walaunpun pah dah ajar semua ni, Mira stil rindu nak rasa daging masak dendeng yang pah masak. Takde orang boleh buat sesedap yang pah buat. Mira rindu jugak nak pakai baju kurung yang pah jahit, sebab every baju yang pah jahitkan untuk Mira, semuanya selesa. Tapi paling rindu sekali sebab Mira selalu menggedik and manja dengan Pah, minta Pah sikatkan and ikatkan rambut sambil Mira cerita apa yang jadi dekat sekolah hari tu.

            Sekarang memang dah takde nak menggedik, bermanja tu. Terutamanya lepas abah meninggal. I have to pretend that I am strong for the sake of my mom. There were two major turning point during my 22 years life. One, when you were hospitalized, I started to move in to my parent’s house. I learnt to share my belongings with my sibling, I learnt to become the oldest sister in the house. It was quite hard as I was raised as the only child. Second, when Abah passed away, rasa macam nak ikut mati sama sebab I don’t know what to do. But I have to pretend strong. Sebab sesakit-sakit Mira, mesti sakit lagi mak yang kena besarkan kami 3 beradik alone and kalau Mira pun lemah, pada siapa lagi mak nak tumpang bersandar kan? Sekarang mak pun tak sihat. Makan pun tak lalu. Risau je tengok mak. Tambah pulak mak duduk sorang-sorang memandangkan kami 3 beradik masing-masing dekat universiti. Mira mampu kirim doa dari jauh je untuk mak. Semoga mak dilindungi Allah.


Sekarang dah  2 tahun Pah pergi menghadap Allah. Mira harap Pah tenang di sana. I miss you but yeah, live must go on.


Al Fatihah
Jawaher Mad Zan
15 Oktober 1930 - 29 Mei 2012

15 October 2014

Rindu

Assalamualaikum W.B.T


Semakin hampir dengan penghujung perjalanan di universiti. Cabaran makin lama makin meningkat. Tapi cabaran paling utama adalah rindu pada keluarga. Bukan tak biasa tak balik waktu bercuti, tapi entah kenapa kali ini hati seakan meronta ingin pulang. Terasa masa semakin mencemburi, dan hati kerap terdetik, andai ada apa-apa yang terjadi, akulah yang bakal menyesal tak sudah nanti.

Semoga semuanya dalam lindungan Allah, cinta hatiku


14 August 2014

PTPTN : Sebelum, Semasa, Selepas Permohonan

Assalamualaikum WBT

Keputusan UPU dah keluar beberapa hari lepas, tahniah kepada yang dapat tempat untuk belajar. Dek disebabkan pelajar baru ni tengah buat persiapan nak masuk universiti, ni aku ringkaskan perjalanan untuk memohon PTPTN. Sebabnya, dua tahun pengalaman aku jadi fasilitator kat UPM, ni la soalan paling common sekali aku dapat. Tapi aku nak ingatkan jugak, korang tetap WAJIB rujuk dan BACA arahan yang ada kat laman web PTPTN tu untuk elakkan korang tersalah isi atau mungkin ada perubahan dari pihak PTPTN sendiri yang aku tak sedar. Maklum la. Aku buat ringkasan ni dari tahun 2012 lagi. Ni main copy paste je ni.

Sebelum Permohonan Online
  1. Mesti ada no pin PTPTN (boleh beli di BSN dengan harga RM5 *kalau dah naik harga sorry tak update)
  2. Akaun SSPN (boleh buka di Maybank, Bank Islam, AgroBank, Bank Rakyat, CIMB dan BSN)
  3. Akaun CIMB (UPM gunakan CIMB, yang dah ada, boleh guna akaun CIMB yang sedia ada. Kalau universiti lain, kena check dengan universiti masing-masing bank apa yang universiti anda gunakan)

Semasa Permohonan Online
  1. Isi permohonan di www.ptptn.gov.my.gateway (isi sebulan sebelum tarikh daftar ke universiti. Bagi bakal pelajar UPM, tarikh daftar korang 1 dan 2 September 2014, so boleh mula isi dari 1 dan 2 Ogos 2014 seingga 15 September 2014. Tarikh tutup pada 15 September 2014)
  2. Pastikan nama kursus, university, tahun pengajian betul. (ada orang yang dibatalkan perjanjian kerana salah isi jurusan)
  3. Semak betul-betul sebelum tekan butang untuk hantar. Kerana pindaan tidak boleh dilakukan selepas itu
Selepas Permohonan Online
  1. Rajin-rajinkan diri check email (pihak PTPTN akan memaklumkan sama ada permohonan diluluskan atau tidak melalui email dalam masa seminggu dari tarikh tutup, jadi pastikan emel sah dan anda ingat password email)
  2. Kalau permohonan berjaya, pihak PTPTN akan email. Dalam email tu ada diberikan link untuk download Surat Tawaran Pembiayaan, Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN
  3. Print semua yang diberikan (print atas kertas 80gsm, dua salinan, satu set cetak terus dari komputer, satu set lagi boleh fotostat, then baru isi. Tapi kalau nak print buat dua set pun lagi senang)
  4. Cetak 1 muka surat pada sehelai kertas A4 (tak boleh buat depan belakang)
  5. Isi menggunakan ballpoint pen warna hitam atau biru SAHAJA dan ditulis huruf besar
  6. Jika terdapat kesilapan, garis lurus pada kesalahan, tandatangan ringkas disebelah kanan setiap pembetulan (liquid paper tidak dibenarkan)
  7. Sediakan 2 keping setem hasil berharga RM10 setiap satu

*Sediakan dokumen sokongan yang telah disahkan 
** rujuk laman web ni untuk lebih lanjut

11 August 2014

AnSci Orientation Day

Assalamualaikum W.B.T

Wahhh. Dah lama tak menceceh dekat sini. Bukan tak nak share cerita baru, tapi terlampau sibuk dari sebelum cuti semester lepas, sampai la sekarang. Hari ni baru relax sikit, tu pun tak relax sangat sebenarnya. Curi masa je sementara tak ada idea untuk buat assignment.

Okay, tak nak menceceh panjang. Kali ni nak cerita pasal orientasi pelajar baru Animal Science. Tahun ni, aku jadi fasilitator lagi. Fasilitator Universiti (FU) dengan Fasilitator Jabatan. So, aku fokus pada jabatan lah ye memandangkan ramai AnSci8 ni bebudak Kolej Lima Belas jugak. Kahkah.

Sesi orientasi jabatan sebenarnya start lepas Zohor sebab sesi pagi tu orientasi fakulti dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI). So aku dengan classmate, Muezz, Fakhri and Shyafiq serta senior kita orang, Yusra, Amirah Nabilah and Kak Cha ada kat jabatan pun dalam pukul 12 macam tu sebab nak prepare checkpoint. Ambik kau, orientasi kita orang buat Explorace. Biar adik-adik ni explore sendiri jabatan tu. Kihkih.

Tapi masa Explorace tu berjalan, ramai je senior yang datang tolong and "kacau" adik-adik ni. Kesian dorang. Tapi kacau pun tak ada lah teruk pun. Ada checkpoint yang kena senaraikan nama makmal yang ada kat jabatan, senaraikan nama pensyarah, label bahagian haiwan, nama saintifik ternakan and lain-lain yang berkaitan lah.

Tapi rasa terkilan sikit lah sebab tak ramai yang join sebenarnya. Aku pun tak tahu kenapa. So takde la kenal semua junior aku. Kenal mana yang sama kolej je lah sebab selalu jumpa kan.

Senior tengah berbincang apa la tu

Fakhri jaga checkpoint nama saintifik










Selamat Datang #AnSci9 Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Assalamualaikum WBT

Pehh. Dah lama tak conteng dekat sini kan? Maklum lah sekarang kena fokus lebih kepada Final Year Project aku. Dah nak final year dah. Sekejap je rasanya. Rasa macam baru minggu lepas Google info pasal Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) ni, cari senior tanya pasal kursus ni. Biasa lah. Aku kan gelabah orangnya. :P

Apa-apa pun esok khabarnya keputusan UPU keluar. Kepada adik-adik yang dapat Bacelor Pertanian (Sains Ternakan), selamat datang aku ucapkan. Don't worry, course ni sangat seronok okay? Macam-macam benda baru yang korang belajar.

Kalau aku nak cerita kat sini belajar apa, karang jadi novel pulak. Cukup la aku cakap, aku belajar macam-macam yang berkaitan dengan industri ternakan kita. Dari makanan haiwan, jenis-jenis haiwan, pengurusan ladang, peraturan ladang, kesihatan haiwan, reka bentuk ladang, ekonomi, marketing, accounting, pendek kata, each and every details pasal ternakan dan yang berkaitan dengannya. Kalau nak tahu lagi, boleh rujuk entry yang lepas. Banyak kot aku menceceh kat dalam blog ni.

Okay lah, setakat ni je nak menceceh. Tujuan utama nak ucap Selamat Datang je kat korang yang dapat kos ni. Aku nak sambung cari journal balik. FYP student la katakan. 

Adios !


p/s : first time tak jadi fasilitator universiti sebab nak fokus pada FYP, hopefully dapat jadi fasilitator Fakulti / Jabatan sebab yang tu tak lama.

30 January 2014

Tutorial Fitted Sheet

Assalamualaikum WBT

Wahhh. Dah lama tak mencoret dekat blog ni. Ada dekat setengah tahun agaknya. Aku agak sibuk dengan kehidupan sebagai student dan tak ada mood nak tulis blog. Kebelakangan ni asal ada masa lapang je ke alam mimpi aku tuju. Itu pipi dah rupa Pou yang korang gila sangat main dulu tu. :p *ke still ada orang main lagi Pou sekarang?*

Sekarang tengah cuti semester, so aku free lah sikit. Jadi mulalah meraban dekat rumah ni. Kebetulan hari tu pergi pasar pagi dan jumpa kain yang cute. So, aku pun merengek kat Mak nak kain tu, nak buat cadar katanya *padahal dalam hati cakap tu sebab nak mak beli kain tu je*

Balik tu, rajin pulak aku pergi selongkar YouTube cara nak jahit cadar yang fit tu. Tak main la cadar gelebeh-gelebeh ni. Heh. Aku pun tekun la tengok video kat bawah ni. Nasib baik faham English. LOL.


Esok tu jugak aku gunting kain yang beli tu. Oh, kain tu bidang 90 inci, aku beli 2.5 meter. Dapat la untuk cadar dan dua biji bantal. Siap ada lebih lagi. Nanti aku fikir nak buat apa dengan kain lebih tu.

Perkara pertama yang aku jahit bantal sebab masa tu tak beli lagi getah untuk cadar tu. Ukuran bantal aku tak pasti berapa sebab aku ambik je sarung bantal aku tu, lepas tu aku potong je ikut sarung bantal tu. Hihi. So, inilah hasilnya.

Tu la dia sarung bantal yang jadi model aku

Ni la rupa sarung bantalnya

Keesokan harinya tu aku demam, so stop sekejap buat benda ni plus getahnya still tak beli lagi. Lepas dah beli getah tu, baru aku mula balik hari ni.

Potong dekat setiap bucu kain tu macam ni.
Aku ukur ikut tilam aku, sama tebal dengan tilam UPM 6.5 inci setiap sisi
Bucu ni potong ikut tebal tilam korang dengan berapa besar korang nak lipat untuk jahit nanti lah ea?
Lepas tu jahit.
Getah tu masukkan dalam tu ikut video di atas

Dan pofff ! Siap la set cadar aku
:D
Kembang kempis jugak la hidung aku bila siap dan tengok cadar tu terpasang elok je kan? Tak payah susah-susah bayar beratus semata nak belajar menjahit. *mak aku nak hantar pergi belajar menjahit lepas beli kain ni, suruh belajar buat cadar fitted ni*. Okay lah. Tu je nak cerita kali ni. 

Hasta La Vista !
Adios !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...