Si Pengembala Kambing :)

Pages

10 March 2013

Semester Baru

Assalamualaikum WBT

Sedar tak sedar, dah hampir masuk minggu keempat untuk semester baru di UPM. Aku sendiri dah berada di semester keempat tahun pengajian. Maknanya masih berbaki empat semester pengajian lagi di UPM kalau tak ada aral melintang. InsyaAllah. Semester terakhir, semester lapan merupakan semester untuk Latihan Industri, bermakna aku mungkin tak akan berada di bumi UPM yang tersayang ni lagi. Sobs sobs. Sedihnya bila fikirkan detik itu.

Minggu pertama kuliah, kebanyakan kelas masih belum dapat didaftarkan lagi gara-gara terlebih jam kredit. Makanya terpaksa lah aku buat permohonan tambah jam kredit. Perihal jadual kelas sangatlah merungsingkan fikiran aku kerana kuota telah penuh ! Banyak perkara yang terpaksa aku uruskan berkenaan dengan hal pendaftaran subjek ni. Aku malas nak bercerita panjang sebab sakit hati bila ingat balik. Yang pastinya, aku terpaksa keluar masuk, turun naik Pejabat Pentadbiran Fakulti Pertanian dan Bahagian Akademik UPM, sekali gus menyebabkan aku naik angin dengan lebih kerap. Akhirnya, Alhamdulillah selesai juga. 

Maka secara rasmi, semester ni aku ambil subjek Animal Reproduction, Animal Genetics, Poultry Science, Principles of Agricultural Economics, Agricultural Management and Marketing dan Introduction To Calculus yang jam kreditnya berjumlah 19 jam kredit. Yup, kali ni tak mampu lagi rasanya nak ambil sampai 21 jam kredit. Tak mahu keputusan semester ni jadi macam keputusan semester lepas. Hancur hati tengok huruf D tercatat di keputusan peperiksaan. Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi dapat gred D dalam mana-mana subjek. Semester ni, kena tebus balik apa yang dah terjadi semester lepas. 

jadual agak padat semester ni
Semester ni kena lebih agresif dalam study. Demi Allah aku dah tak sanggup nak tengok result aku terus jatuh dan jatuh. Aku tak nak mak kecewa. Itu perkara terakhir yang aku akan lakukan. Mak dah banyak berkorban, tambah sejak Abah meninggal dan aku sebagai anak sulung, dah tentunya jadi harapan mak. Yup, aku akui, beban tu kadang-kadang terasa seakan terlalu berat untuk dipikul. Tapi apa daya, ujian itu mungkin untuk mematangkan aku, menjadikan aku insan yang lebih berguna. 

Secara jujur, sebenarnya aku kecewa dengan diri sendiri. Subjek yang gred aku tak elok merupakan subjek yang carry mark aku tinggi. Sedangkan subjek yang carry mark aku tak sampai separuh pulak aku boleh dapat gred yang lebih elok. Sumpah rasa sangat kecewa ! Tambah memburukkan keadaan bila teringat pesan PA aku masa awal sem lepas, rasa bersalah tu semakin berganda-ganda jadinya.

Tapi nak menyesal pun tak guna, perkara dah jadi. Sekarang apa yang perlu aku buat, aku kena bangkit dan memperbaiki kelemahan aku. Aku dah nampak aku bukan jenis boleh buat study group, sebab aku jadi makin keliru bila aku study dalam group. Langkah terbaik yang aku boleh buat untuk semester ini, rajinkan diri bertanya dengan lecturer kalau aku tak faham.

Doakan yang semester ni lebih baik dari semester lepas. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...