Si Pengembala Kambing :)

Pages

16 January 2013

SEAASS-Net? Apa tu?

Assalamualaikum W.B.T

Cuti antara semester bagi sesi 2012/2013 UPM dah bermula sejak 14 Januari 2013 dan akan berakhir pada 17 Februari 2013. Tapi aku macam biasalah, pernah pula aku balik bercuti seperti tarikh yang tercatat di takwim UPM? Mesti ada je perkara yang aku nak buat time cuti semester tu, yang buatkan aku tercongok kat UPM. Sampaikan pernah ada seorang guard yang tanya aku, kau ni memang tak pernah tinggalkan UPM ke dik? Hahahaha.

Anyway, kalau ikut perancangan 13 Januari sampa 15 Januari tu sepatutnya aku join Kem Pemantapan Organisasi dekat Kem Berhulu, Jempol, Negeri Sembilan. Tapi tu la, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Ditakdirkan malam sebelum bertolak, aku dapat call dari Mak suruh balik sebab aku kena pergi settle kan hal arwah abah. 



Aku mulanya tak nak balik, tapi lepas tu mak agak marah dan aku sentap jugaklah masa tu. Punya la pening kepala macam mana nak buat sebab esok dah nak pergi kem, malam tu baru tahu, nak cari pengganti memang dah tak sempat. Then aku cerita dengan Muezz, Muezz nasihatkan aku bincang dengan Timbalan Presiden kami, Mok. 

Alhamdulillah bila bincang dengan Mok, Mok suruh aku balik je. Nanti dia carikan pengganti. Sekarang, aku baru tahu dari Umi , Haffiz yang gantikan aku. Erk! Haffiz O.o?

Siap ada nama aku pulak tu


Surat!~
Then, masa dekat rumah, tiba-tiba dapat private message dari senior aku.

the private message 
Yang aku cakapkan dalam private message ni sebenarnya berkenaan dengan post dekat group ANIMAL SCIENCE. Group di mana senior, junior Animal Science UPM berkumpul untuk saling bertukar no telefon, info, nota dan juga buku-buku terpakai. Mihmihmih. 

the post
Lepas bincang dengan Mak, confirm balik tarikh nak pergi Bandung segala. Makanya aku menyatakan persetujuan untuk mengikuti First Annual Meeting of South East Asian Animal Science Student Networking (SEAASS-Net)! Aku tersangatlah excited mengenai perkara ni. Harapnya bolehlah timba pengalaman baru kat sana nanti di samping dapat pak we kawan baru (^____^)V


Apa-apa pun, kalau panjang umur, nanti aku update pasal SEAASS-Net ni. Wish us all the best <3


p/s : jangan bersedih dengan setiap apa yang kita hilang. redha dengan kehilangan tersebut, insyaAllah kita akan dapat melihat hikmah kehilangan tersebut.
Trust me, I lost my dad and I found someone that teach me how to be strong, patience and how to sacrifice for the one we love.
And I cherish you.


6 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

sebelum ini aku ada contact dengan student dari IPB, bagi info untuk contact dengan department kita untuk jemputan ke program ni..

tapi aku tak dapat ikut pulak ke program ni T_T

maybe next year, kalau ada lagi..

Noor Amirah Mohd Nor said...

wahh.. ruginya.

Azham Vsvc said...

Wah..dapat jalan-jalan timba ilmu...seronoknya!

.feyra khamsah. said...

Dah bagi nama pon nak joint benda alah ni, last-minute say pulak student 1st year tak boleh join T_T

If tak boleh,kenapa invite dalam page kami ? anyway hope u enjoy n share lah nanti apa yg awk dpt kt sana yer ^^

muna munie said...

Gud Luck kak mirah :)

muezz@blaz said...

macam best benda ni tapi aku takut la plak majlis2 camni lagi2 in English.... nanti update eh cerita kat sne.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...