Si Pengembala Kambing :)

Pages

27 January 2013

Minggu Perkasa Putra 2012/2013

Assalamualaikum WBT

Lama menyepikan diri, mencari kekuatan untuk bangun, dan juga sibuk menguruskan junior-junior UPM 2012/2013. Pemergian arwah abah sedikit sebanyak menggugat kekuatan aku sebenarnya. Kadang-kadang terfikir juga untuk tak balik UPM awal dan jadi fasi. In fact pernah juga terfikir nak tangguh study. Even Faisal pun nasihatkan macam tu dua hari lepas abah meninggal.


Tapi alhamdulillah bila fikir masak-masak dan bincang dengan mak, aku buat keputusan untuk teruskan pengajian malah balik awal semata-mata nak jadi fasilitator universiti. Maka 28 Ogos tu aku bertolak pulang ke UPM, bumi tercinta, rumah kedua aku. Hati memang rasa berat. Tapi hidup perlu diteruskan.

Sampai sana, masuk bilik baru untuk sem ni *sem depan tak tau la akan kekal bilik ni atau tukar bilik lagi. aish.. tiap tiap sem tukar bilik. Then malam ada meeting dengan MTM Kolej 15. Keesokan harinya mula kursus selama dua hari. Masa ni memang dah rasa tak sihat asyik batuk dan selsema.

Fail kursus

Tag Fasilitator


Kursus Kepimpinan Putra ni dijalankan selama dua hari, kita orang berkampung dekat Kolej Kelima. Masa kursus ni, kami diberi penerangan mengenai perjalanan Minggu Perkasa Putra, taklimat berkenaan Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti dan juga Perpustakaan. Maklumlah, nanti kami juga yang nak kena bercerita dengan pelajar baru mengenai perkara ni.

Bila dah tamat kursus, kami diwajibkan pergi Tweetup Merdeka. Program ni bersempena dengan Hari Merdeka. Kalau bukan sebab wajib pergi, memang aku tak pergi la dengan demam dan batuk teruk masa ni.. Bukan taste aku nak pergi tempat-tempat ramai orang ni melainkan tempat shopping dan tempat melancong. Muhahahaha.


MTM Kolej 15 =)

Me and My Partner, Muezz at Tweetup Merdeka
sampai malam kot. penat tak ingat dunia kami semua

Kemudian, keesokan harinya hari pendaftaran bagi beberapa buah kolej. Kolej 15 mendaftar 2 September, so 1 September tu kami semua buat persiapan hari pendaftaran sambil usha adik-adik junior tolong mana yang patut.

Umi, Yanie and Me dalam Bilik Mesyuarat Kolej 15

Din tengah berbincang dengan Top

Jadual Minggu Perkasa Putra

2 September tu, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, iaitu hari Pendaftaran bagi Kolej 15 dan beberapa kolej lain. Untuk hari Pendaftaran, aku dengan partner aku, Muezz di tugaskan untuk menyambut para ibu bapa dan pelajar baru dari Central Parking ke kawasan Kolej. Tapi masa hari pendaftaran baru aku dengan Muezz tahu untuk Kolej Serumpun (Kolej 12, 14, 15 dan 16 serta KMR), kerata ibu bapa akan parking sepanjang Lebuh Silikon. Makanya, terkedek-kedeklah aku dengan Muezz ke Lebuh Silikon. Nasib baik masing-masing ada motor.

Masa aku dengan Muezz berjaga dekat pintu masuk Serumpun tu, kami berdua merupakan fasilitator paling awal tercongok kat situ, punyalah bersemangat nak sambut pelajar baru sampaikan fasilitator lain tak ada kita orang dah ready pegang sepanduk Kolej 15.

Tapi macam-macam dugaan lah jugak sepanjang menyambut ibu bapa dan pelajar baru. Al maklumlah, turun je dari kenderaan tatap muka aku dengan Muezz dulu. Hari tu aku dengan Muezz dah jadi kaunter pertanyaan, polis trafik dan pemandu pelancongan tau? Keadaan jadi semakin kelam kabut bila ramai yang datang serentak. Last sekali, aku dengan Muezz bahagi tugas, Muezz akan kumpulkan parents untuk naik bas, dan aku pulak akan jadi pemandu pelancong naik bas.

Gara-gara tugas ni jugaklah aku jadi famous di kalangan pemandu bas dan pak guard. Hahahaha. Sampai ada seorang pemandu bas tu baik sangat dengan aku, kalau aku minta tolong pun senang je dapat pertolongan. Sepanjang bertugas dekat situ juga macam-macam kerenah yang aku dengan Muezz tengok. Tapi kebanyakannya gelabah dan kelam kabut la. Hahaha.

Me and Annuar masa taklimat pagi Hari Pendaftaran
Senarai nama pelajar baru Kolej 15

panas oi! aku yang sedia ada gelap ni, bertambah berjelaga jaga dekat situ

Lepas selesai pendaftaran, petang tu jugak kumpulkan pelajar baru, mulakan sesi orientasi. Hari pertama dah semestinya la sesi ice breaking. Aku hampir menangis tengok pelajar lelaki baru sikit sangat. 32 orang daripada 270 orang. Habislah peluang aku nak mengorat. Eh! :p

Habis orientasi hari pertama, ingatkan kami boleh join pelajar baharu untuk tidur. Rupa-rupanya tak! Fasilitator Universiti (FU) dengan Fasilitator Kolej (FK) ada post-mortem okay! Sampai pukul berapa aku pun tak ingat. Tapi yang pasti aku tak tidur pun sebab post-mortem habis lambat dan FU dengan FK dah kena kejutkan pelajar baru untuk bangun tidur.

Sepanjang orientasi aku tersangatlah garang aku pun tak tahu kenapa. Ditambah pula bila ada yang suruh aku garang supaya nak budak-budak ni tepati masa dan ikut arahan. Tapi hampeh dia orang buat tak tahu je. Aku pun tak pasti antara Fahim atau Fateh cakap "lah, akak tengah marah ke?" masa aku marah-marah dia orang sebab tak dengar cakap. 

Aku pula mengalami krisis identiti masa tu okay? Ada yang suruh aku garang, ada yang suruh aku lembut dengan pelajar baru. Maklumlah, aku dengan Muezz pegang Kebajikan dan Keselamatan. Bila aku garang, tak ada siapa berani nak mengaku dia sakit kat aku. Sumpah terasa sangat loser waktu tu.

Aku pulak sangkakan Kebajikan dan Keselamatan tu simple. Just tanya siapa sakit then call PKU. Rupa-rupanya tak! Keadaan sama sekali berbeza dengan masa Minggu Perkasa Putra aku dulu. Kali ni, aku dengan Muezz sendiri yang kena hantar student yang sakit ke PKU. Tambah menyulitkan keadaan bila pelajar perempuan kolej aku tersangatlah ramai hampir 80% bilangan pelajar baru, sampai tak menang tangan aku dibuatnya. Last-last, dengan aku dan Muezz sekali jatuh sakit -___-" Nasiblah ada Annuar dengan Azhar yang tolong hantarkan pelajar yang sakit ke PKU.

Selain tu, aduan kerosakan bilik pun bawah tanggung jawab aku dengan Muezz jugak. Bila baca borang aduan tu, kadang-kadang rasa nak gelak, nak hentak kepala kat meja pun ada. Macam-macam aduan. Yang tak logik pun ada. Sabar je la masa tu. Aku dengan Muezz hantar juga ke PJSD. Aku sampai sekarang tertanya-tanya apa PJSD buat dengan aduan yang tak logik tu. 

Bukan setakat kesihatan dengan aduan je, tapi mengenai zakat juga bawah tanggungjawab aku dengan Muezz. Naik berpinar biji mata aku dengan Muezz sorting borang maklumat pelajar ikut pendapatan ibu bapa. Yang pastinya, sepanjang Minggu Perkasa Putra tu ada la orang tu terpaksa tadah telinga dengar aku mengadu. Hahahaha. Thanks for listening =)





Ni video salah satu aktiviti masa Minggu Perkasa Putra. Nasiblah FU dengan FK Kolej 15 semuanya sporting


video

Pagi hari terakhir tu, ada Gotong Royong peringkat Universiti. Sama-samalah bergotong royong di kawasan Kolej Serumpun tu, dalam masa yang sama, buat persiapan untuk Malam Bersama MTM. Malam Bersama MTM ni kiranya malam penutup dan juga hari pendaftaran la untuk pelajar baru untuk join mana-mana Sekretariat.

Jejaka macho Kolej 15 =)

Si gadis yang cantik rupawan <3

Me and Mat Yo

FU & FK

Mat Yo tengah bagi taklimat ape la tu

Muezz tanam pokok


Presiden Kolej 15 merangkap Ketua Fasilitator Kolej busy aja sepanjang Minggu Perkasa Putra

Kutip sampah mana yang patut

Weheeee!~

Dah selesai gotong royong, malam tu ada Malam Bersama MTM. Aku terkedu masa berarak masuk dalam dewan. Sumpah dekorasi lawa sangat! Sedangkan masa aku dengan Mat Yo tinggalkan budak-budak ni kat dewan, tak adalah cantik dewan tu. Malam tu, ternganga okay tengok dewan dah berubah. Punya grand tak ingat dunia!

Malam tu sangat happening. Adik-adik baru sangatlah sporting malam tu. Actually malam tu MTM kena promote sekretariat masing-masing. Masa aku dengan Muezz naik pentas nak promote, adik-adik junior ni jerit siap buat ombak lagi. Eh! Aku ingat dia orang tak suka aku sebab aku selalu marah-marah dia orang? Tak sangka aku garang-garang pun dia orang sayang. LOL!

Sedikit dari Coretan Muezz.. kehkehkeh

Ucapan dari adik-adik yang di sayangi =)

Walaupun masa terhad, sempat praktis buat persembahan untuk kami

MTM Kolej 15

Muezz, Irfan dan Nuruddin

Its me =)

Depan kaunter Sekretariat Kebajikan dan Perpaduan
Dan kami MTM merangkap FU dan FK kena buat persembahan secara spontan. Apa lagi, miming lagu je lah dah suara masing-masing segan nak keluar gara-gara batuk dan selsema. Aku je time ni tengah demam.

video

Bila dah habis miming lagu, turn budak-budak ni pulak buat surprise dekat kami. Wahhh. Terharu kot masa tu. Tapi aku tak menangis lah. Sebab dah kering agaknya air mata aku menangis masa abah meninggal dunia kot. 

video

Anyway, memang sangat penat sepanjang Minggu Perkasa Putra. Kekurangan tidur, tak sihat, pressure dan macam-macam lagi dugaan yang aku dan FU dan FK lain tempuhi. Tapi tu semua pengalaman. Bagi aku, aku sangat bersyukur dapat timba pengalaman ni walaupun pada mulanya rasa macam nak tangguh je belajar lepas abah meninggal. 

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pelajar baharu, FU & FK serta Pihak Pengurusan Kolej 15, pihak UPM dan ibu bapa yang bagi kerjasama sepanjang Minggu Perkasa Putra ni berlangsung. Terima kasih juga buat pelajar baru yang join Sekretariat Kebajikan dan Perpaduan Kolej 15. 

Mohon maaf dari aku dan partner andai sepanjang Minggu Perkasa Putra ni ada sakitkan hati mana-mana pihak dan terkasar bahasa, terkurang bagi layanan dan sebagainya.

Sesungguhnya yang baik tu dari Allah, dan yang buruk tu dari kekhilafan kami sendiri =)

MTM Kebajikan dan Perpaduan,
Sesi 2012/2013
Kolej Lima Belas.












4 comments:

cik Bunge said...

Hye kak fasi. heee
tahun depan jadik fesi lagi takk?
Nak mintak dengan akak jelahh.
hehe :D

Noor Amirah Mohd Nor said...

hahaha..
kalau boleh memang nak jadi fasi lagi.
tapi boleh ke?

cik Bunge said...

Top7 lahh mira! hehe

Noor Amirah Mohd Nor said...

wahhh..
tak mampulah kot..
jadi mtm biasa ni pun penatnya dah macam apa je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...