Si Pengembala Kambing :)

Pages

04 January 2013

Karnival Tunas Usahawantani

Assalamualaikum WBT

Aucakkk! Hahaha. Sah aku dah sewel. Dah, lupakan soal kewarasan aku sebentar. Aku nak cerita pasal Karnival Tunas Usahawantani ni. Karnival ni dijalankan pada 20 Disember 2012. Masa ni siapa yang ambil subjek PPT3701 Agricultural Entrepreneur akan mula memasarkan produk masing masing. Ada jagung, rock melon, ikan tilapia dan untuk kelas aku of course la Ayam Kampung Kacukan.

Macam-macam dugaan aku dan classmate terpaksa tempuh sepanjang membela ayam kampung ni. Yang paling tak boleh tahan bila Reban 3 dan Reban 4 (reban aku la tu) dimasuki air masa hari raya Aidiladha, menyebabkan anak-anak ayam kami berenang happily ever after dalam reban. Tak cukup tu, reban aku kena masuk ular sawa pulak dah masa Deepavali. Oi, stress aku dan ahli reban yang lain dibuatnya. Tapi nak buat macam mana, kerja apa yang tak ada cabaran kan? Sabar je la. Ayam daripada 300 ekor adalah tinggal 120 ekor lebih je. Sadis kan? Tapi yang pasti, masing-masing dah berkorban masa, tenaga dan wang untuk projek ayam kampung ni.

Bak kata Faisal, ingatkan Penguin yang berenang-renang

Nasib la aku tak ada. Kalau tak pengsan dah aku.

Sebelum karnival, kita orang buat persiapan untuk jual ayam tu. So, dua hari lah kami sekelas berkampung dekat Rumah Sembelihan nak sembelih dan proses ayam punya pasal. Masing masing pun dah bau macam ayam.

Encik Zaidi

Dah macam peniaga kat pasar borong dah aku tengok

Ayam kena rendam dalam air panas dulu baru senang nak cabut bulu

Sesi membuang organ dalaman

Jija, Asma and me
Aku pakai baju macam nak pergi pejabat, last last cabut bulu ayam. Wakakaka

Then, dah siap proses simpan dulu sebelum nak masak. Kita orang siap-siap nak masak malam 19 Disember. Masa tu dah la ada BBQ Jabatan Sains Haiwan. So, tak dapat duduk lama kat situ, masing-masing dah bergerak ke Ladang 10 nak buat persiapan memasak, basuh ayam segala. 

Kunyit Muezz dan Tajul

Peralatan nak guna untuk berniaga

Sampai putus selipar Katang ke hulu ke hilir mencari barang

Part paling kelakar bila Tajul approach aku tanya aku kenal tak pokok kunyit yang mana satu. Aku cakap lah aku tahu, dan dalam kegelapan malam tu jugak aku dengan Tajul menyelongkar pokok pokok yang ada kat Ladang 10 nak cari pokok kunyit. Bila dah jumpa dan dah ambil kunyit, Tajul tanya macam mana nak perap ayam guna kunyit tu. Terjongket kening aku okay dengar soalan tu. Selama aku ke dapur ni, tak pernah pulak aku perap ayam guna kunyit hidup. Selalu guna serbuk kunyit je. 


Then, bila aku cakap orang perap ayam guna serbuk kunyit, Tajul cakap Muezz yang suruh carikan kunyit tu untuk perap ayam. Rupa-rupanya Muezz tak tahu sebenarnya serbuk kunyit yang orang guna buat perap ayam. Grr. Aku rasa macam nak sumbat kunyit tu masuk mulut seseorang masa tu. Tapi nasib baiklah dua-dua lelaki jadi boleh lah dimaafkan.

Esok pagi tu (20 Disember 2012) berkumpul pukul 7.30 pagi untuk memasak, then angkat barang-barang ke gerai dan mula berniaga. Alhamdulillah ayam kampung kami dapat sambutan! Yang paling tak di sangka, reban aku, iaitu Reban 4, dapat Naib Johan okay untuk Kategori Ayam Kampung. Sampai sekarang aku still tak percaya. Ye la. Macam mana nak percaya, dengan banjir dan masuk ular segala. Lepas tu boleh menang pulak. Syukur Alhamdulillah.

Breakfast dulu (^__^)

Goreng fries nak buat jual, tapi habis dek sorang sikit pakat rasa -____-"

Muezz Dan Sos Cili

Sampai menjilat bibir Zul dibuatnya!

Sesi membersihkan ayam
Nasi dan Sup
                               

Goreng organ dalaman

Mambo terlebih excited kat belakang

Dapnye air!~

Proses ayam

Mengangkut barang ke gerai!
Dah habis berniaga, ada lagi sikit lebihan ayam, kita orang partyyyyyyyyy! Nyum nyum. Sedap woo isi ayam kampung. Manis!

ayam goreng. nyum nyum

yeaaaa.. itu dia chef kita

Ayam Percik

Gerai kami sangat meriah! Macam kanak2 ribena!

Fitri and Haffiz

Azwan (Mambo), Mira, Azie dan Jija

Mambo buli Muezz!

Kuah untuk Ayam Percik

Shwu Meei and Pei Chyi

Nasi Planta Melita

Menu Kami

Aku tengah menjaga gerai


Reban saya menang!

Ciri ciri usahawan berjaya

Tu je la kot aku nak cerita. Dah panjang sangat macam karangan Bahasa Melayu PMR je. Apa-apa pun, nak ucapkan terima kasih buat Fitri, Arif, Muezz, Haffiz, Fakhri, Shyafiq (Katang), Azwan (Mambo), Tajul, Hakim yang jadi tulang belakang untuk jayakan gerai kita. Tak lupa jugak buat classmate lain yang sanggup ponteng kelas semata mata nak pastikan semua ni berjaya. Aku sayang korang walaupun aku selalu marah korang. Serious. Aku tak tipu!


Lots of Love,
BACHELOR OF AGRICULTURE (ANIMAL SCIENCE) INTAKE 2011/2012



8 comments:

syuhadaa said...

Hahaha yang pasal kunyit tu paling lawak. Hadoii laa.. Sabo je la kan Mira.

Best best baca cerita Mira. Best sebab korang enjoy everything walopun banyak cabaran dan dugaan, cewahhh. :D

Noor Amirah Mohd Nor said...

enjoy tak enjoy la kak..
ada jugak bergaduh antara kami.
biasalah,
sedangkan lidah lagi tergigit.
hahaha.
tapi syukur sangat sebab dah selesai

Wan Ahmad Izudean said...

tahniah kerana melepasi cabaran mternak ayam kampung. cabaran korang lagi teruk dari kami dulu..

tapi masalah makanan tetap macam dulu masih tak leh improve.. dah berapa generasi kot.

masalah berulang...

apa2 pun take positive. as entrep!

Noor Amirah Mohd Nor said...

yup.
masa tgh timbul masalah tu, Allah je la yang tahu macam mana tension kami.
tapi tu pun pengalaman.
real life nanti mungkin lagi teruk :)

cik Bunge said...

Hahaha. Done follow!

Reban banjir! Geng2 mtm pun naek panik mase dapat tahu pasal banjir tu taw! hehe

Noor Amirah Mohd Nor said...

hahahaha..
terima kasih sebab memahami mira dengan muezz masa tu, sepanjang sem ni.
sebab kadang2 meeting kita orang lambat uruskan hal ayam ni
=)

muezz@blaz said...

weyhh mira, aku bukan tatau, tp aku silap... aku ingat korang nak wat perap ramuan yang menggunakan kunyit... aku tatau pun nak perap camtu.... hahaha -.-'

Noor Amirah Mohd Nor said...

Hahaha. Tak pe la muezz. Boleh buat kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...