Si Pengembala Kambing :)

Pages

01 July 2013

Festival Teater Interkolej (FESTIK)

Assalamualaikum WBT

Lama gila tak menceceh dekat sini. Rindu sangat tapi masa nak mencoret kat sini sangatlah terhad. Semester ketiga dah berakhir beberapa minggu yang lalu. Busy betul aku sepanjang semester ni. Okay, kali ni nak cerita pasal Festival Teater Interkolej (FESTIK).

Kali ni aku diberi kepercayaan untuk jadi Penolong Pengarah. Memang suwey la kan sebabnya berlaku pun tak reti tiba-tiba jadi Penolong Pengarah. Tapi apa-apa pun aku cuba yang terbaik. Mohon maaf pada crew Lunar Production atas kekurangan aku. sobs.

FESTIK kali ni genre bebas. Tak macam FESTIK lepas bertemakan realism. So kali ni Kolej Lima Belas membawakan naskhah asal karya kawan aku, Redza bertajuk BISIKAN AZAZIL. Dia la penulis skrip, dia la pengarah, dia la pelakon utama. Jangan salah sangka, beliau bukan gila kuasa sebaliknya diberikan tugasan itu oleh Rafi, MTM Kebudayaan.



Bisikan Azazil ni mengisahkan seorang peguam muda bernama Haris Fadzil yang ada masalah personaliti. Kira psiko la. Disebabkan masalah personaliti dia tu and rasa tamakkan harta dia tu, dia rosakkan keluarga Dato' Syed. Habis semua family Dato' Syed ni kena dengan dia. Dari Dato' Syed, Datin Syafina, menantu Dato' Syed, Aishah, sampai la ke cucu Dato' Syed ni sekali.








Apa-apa pun, latihan selama sebulan ni memanglah menuntut pengorbanan yang sangat besar dari setiap ahli Lunar Production. Macam-macam la jadi sepanjang latihan ni. Serious. Sedih, suka, kecewa, lawak, macam-macam lagi la. Part paling lawak bila malam sebelum pertandingan, roti yang sepatutnya dijadikan prop, dimakan secara tak sengaja oleh Ekin dengan Redza. ni sampai sekarang aku tak boleh lupa. Paling tak boleh blah bila dorang dah tau tu roti untuk props, tapi still continue makan. Adeh ! Rasa nak hentak kepala kat meja aku dibuatnya.

And masa hari pertandingan tu, cuaknya Allah je la tahu. Mana taknya, sebab latihan pun sebulan je kan? Rasa macam tak cukup persiapan je. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah semua pelakon dan crew dah memberikan yang terbaik.








Buat julung-julung kalinya Kolej Lima Belas bawak balik award seyh ! Bisikan Azazil menang Anugerah Khas PENTAS and tercalon untuk Audio Terbaik and Skrip Terbaik. Kira satu pencapaian baru la untuk Kolej Lima Belas. Sebelum ni tak ada menang apa-apa anugerah pun. Syukur Alhamdulillah.

Apa-apa pun, thank you kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung sepanjang program ni. Korang memang awesome. Sorry la aku banyak marah-marah masa latihan. Just nakkan yang terbaik je untuk korang :)

All the best untuk FESTIK 2014 !

07 April 2013

Penat

Assalamualaikum WBT

This is just a random post. About my feeling lately. Nothing informative here. You can stop reading this post now, as it is not information sharing. I just don't know where to share it.

I'm tired

I'm hurt

I give up

Penat sangat. Bila kau kena jaga hati banyak pihak. Sedangkan dorang tak peduli perasaan kau. Terluka sangat. Bila asyik dilayan macam sampah. Dan akhirnya aku putus asa. Serious rasa sangat down sekarang. Rasa macam dah tawar hati nak teruskan benda ni. Dah tak tahu nak buat apa. Sebab apa yang aku buat seolah-olah tak kena pada mata orang. Tapi kalau tak kena, kenapa aku nak back off tak bagi aku back off? Aku tak faham. Aku keliru. Aku penat. Aku terluka.

10 March 2013

Semester Baru

Assalamualaikum WBT

Sedar tak sedar, dah hampir masuk minggu keempat untuk semester baru di UPM. Aku sendiri dah berada di semester keempat tahun pengajian. Maknanya masih berbaki empat semester pengajian lagi di UPM kalau tak ada aral melintang. InsyaAllah. Semester terakhir, semester lapan merupakan semester untuk Latihan Industri, bermakna aku mungkin tak akan berada di bumi UPM yang tersayang ni lagi. Sobs sobs. Sedihnya bila fikirkan detik itu.

Minggu pertama kuliah, kebanyakan kelas masih belum dapat didaftarkan lagi gara-gara terlebih jam kredit. Makanya terpaksa lah aku buat permohonan tambah jam kredit. Perihal jadual kelas sangatlah merungsingkan fikiran aku kerana kuota telah penuh ! Banyak perkara yang terpaksa aku uruskan berkenaan dengan hal pendaftaran subjek ni. Aku malas nak bercerita panjang sebab sakit hati bila ingat balik. Yang pastinya, aku terpaksa keluar masuk, turun naik Pejabat Pentadbiran Fakulti Pertanian dan Bahagian Akademik UPM, sekali gus menyebabkan aku naik angin dengan lebih kerap. Akhirnya, Alhamdulillah selesai juga. 

Maka secara rasmi, semester ni aku ambil subjek Animal Reproduction, Animal Genetics, Poultry Science, Principles of Agricultural Economics, Agricultural Management and Marketing dan Introduction To Calculus yang jam kreditnya berjumlah 19 jam kredit. Yup, kali ni tak mampu lagi rasanya nak ambil sampai 21 jam kredit. Tak mahu keputusan semester ni jadi macam keputusan semester lepas. Hancur hati tengok huruf D tercatat di keputusan peperiksaan. Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi dapat gred D dalam mana-mana subjek. Semester ni, kena tebus balik apa yang dah terjadi semester lepas. 

jadual agak padat semester ni
Semester ni kena lebih agresif dalam study. Demi Allah aku dah tak sanggup nak tengok result aku terus jatuh dan jatuh. Aku tak nak mak kecewa. Itu perkara terakhir yang aku akan lakukan. Mak dah banyak berkorban, tambah sejak Abah meninggal dan aku sebagai anak sulung, dah tentunya jadi harapan mak. Yup, aku akui, beban tu kadang-kadang terasa seakan terlalu berat untuk dipikul. Tapi apa daya, ujian itu mungkin untuk mematangkan aku, menjadikan aku insan yang lebih berguna. 

Secara jujur, sebenarnya aku kecewa dengan diri sendiri. Subjek yang gred aku tak elok merupakan subjek yang carry mark aku tinggi. Sedangkan subjek yang carry mark aku tak sampai separuh pulak aku boleh dapat gred yang lebih elok. Sumpah rasa sangat kecewa ! Tambah memburukkan keadaan bila teringat pesan PA aku masa awal sem lepas, rasa bersalah tu semakin berganda-ganda jadinya.

Tapi nak menyesal pun tak guna, perkara dah jadi. Sekarang apa yang perlu aku buat, aku kena bangkit dan memperbaiki kelemahan aku. Aku dah nampak aku bukan jenis boleh buat study group, sebab aku jadi makin keliru bila aku study dalam group. Langkah terbaik yang aku boleh buat untuk semester ini, rajinkan diri bertanya dengan lecturer kalau aku tak faham.

Doakan yang semester ni lebih baik dari semester lepas. 

04 February 2013

First Annual Meeting of South East Asia Animal Science Student Networking (SEAASS-Net)

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, dah selamat sampai di rumah semalam. So, pagi ni dah selesai uruskan kerja-kerja rumah, bolehlah bersenang-senang hati nak menceceh dekat sini. Wehooo!~

Okay, hari ni nak berceloteh pasal First Annual Meeting untuk SEAASS-Net ni. Meeting pertama ni UITM Arau, Perlis yang jadi tuan rumah. Mula-mula aku tertanya-tanya jugak, kenapa UITM Arau, Perlis? Dia orang ada ke kos Animal Science? Rupa-rupanya ada okay? Sebelum ni aku ingat UPM dengan UMK je yang ada kos ni. Betapa tidak berkembangnya pengetahuan am aku!

Jadi, 28 Januari 2013, tengah kemas bilik baru yang macam tongkang pecah gara-gara baru pindah masuk dan baru je balik dari Bandung, check inbox Facebook, ada private message dari senior-senior aku, Kak Aimi, Yusra, Kak Mira dengan Teng. Dengan message yang panjang berjela, berbincang mengenai persiapan ke UITM, aku ternganga sekejap bila Teng cakap esok kami semua akan bertolak!


Wah, nampak sangatlah aku melancong sakan dekat Bandung sampai tak tahu apa-apa, tiba-tiba dah kena bertolak je. Terkejut aku masa tu. Dapat tahu pun dah petang kalau tak silap aku. Masa tu barulah mula nak cuak, mesej Teng tanya apa nak bawak, bila nak berkumpul, macam mana nak pergi Kompleks Agrobio pagi-pagi tu. Nasib baiklah Yusra sudi ambil aku. Thanks!

Jadi, 29 January 2013, bersamaan dengan Ulang Tahun Hari Lahir aku yang ke 21, kami bertolak ke UITM Arau pukul 9.15 pagi diiringi oleh Tutor Jabatan Sains Haiwan, Encik Nazri dengan Encik Faris. Sesungguhnya aku bukan jenis orang yang tahan kalau duduk dalam kenderaan dalam masa yang lama. Kalau aku drive tak apa, jadinya aku tak dapat sembunyikan muka stress aku terpaksa bertahan 9 jam dalam perjalanan tu. Encik Faris bersembang dengan Pemandu, Encik Ayub, Yusra dengan Kak Mira tidur, bangun, makan, tidur balik. Kak Aimi rancak berbual dengan Encik Nazri, Teng study subjek sem depan okay! Dan aku mula menyesal tak bawak bahan bacaan.

dalam perjalanan

Sampai di UITM Arau, Perlis tepat pukul 6.30 petang, terus je masuk bilik. Bila dapat baring atas katil tu, Ya Allah, nikmatnya hidup! Malam tu kami tak ada apa-apa aktiviti, jadi semua berjalan-jalan kat negeri Perlis tu kecuali aku sebab kawan baik aku, Aida nak datang jumpa aku! Kebetulan dia ambil Diploma dalam Accounting dekat UITM Arau,, Perlis tu. Jadi dapatlah luangkan masa dengan dia sekejap.

bermalam dua malam dalam bilik ni
Keesokan paginya, program pun bermula. Pukul 8 pagi lagi dah tercongok dekat Anjung Siswa tu untuk bincang pasal Malam Kebudayaan. Then, dalam pukul 8.30 pagi macam tu, bertolak untuk ke tempat program tu. Kami agak mengada-ngada di siti bertolak nak naik van UPM juga, tak nak naik bas UITM. Hahahaha.

wakil UPM
aku, Kak Mira, Kak Aimi, Yusra dan Teng
South East Asia Animal Science Student Networking (SEAASS-Net)
Sampai kat sana, terus mendaftar dan masuk dalam dewan. Mula-mula ada ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, lepas tu ada ucapan dari Timbalan Dekan Fakulti Sains Haiwan, Institiut Pertanian Bogor, Indonesia, dan ucapan dari yang lain-lain.


Dr Yamin
Timbalan Dekan Fakulti Sains Haiwan
Institut Pertanian Bogor
Indonesia
Dr Idad
Ketua Jabatan Produksi Haiwan
Institut Pertanian Bogor
Indonesia
Oh ya! Lupa pula nak cerita, SEASS-Net atau nama penuh dia South East Asia Animal Science Student Networking adalah satu rangkaian yang diwujudkan oleh pelajar Sains Haiwan untuk pelajar yang berminat dalam isu global dalam Animal Production di Asia Tenggara. Kiranya dalam program ni, ada pertukaran maklumat, idea, masalah berkenaan dengan animal production dan perkara-perkara berkaitan pertanian di samping mengukuhkan rangkaian antara pelajar-pelajar Sains Haiwan Asia Tenggara. 

Objektif SEAASS-Net ni adalah :

1. berkongsi pengalaman dan pengetahuan dikalangan pelajar Sains Haiwan Asia Tenggara
2. Berkongsi maklumat mengenai biasiswa, internship program, credit earning program, latihan industri dan seminar antarabangsa berkenaan animal production.
3. Berbincang mengenai isu yang berkaitan dengan livestock production.

Dah selesai ucapan, program diteruskan dengan pembentangan dari setiap universiti berkenaan dengan animal production, masalah berkaitan dengan pertanian dan isu global. Sepanjang pembentangan tu, wakil-wakil dari UPM sangatlah aktif bertanyakan soalan itu ini, berkongsi pendapat dan sebagainya okay. Sampai budak-budak ni yang mula-mulanya tak ambil kisah kewujudan kami, terus kenal kami semua. Hahahaha. 

Aku pun tak pastilah sama ada dia orang rasa bersemangat sebab ada orang dengar each and every detail yang dia orang cakapkan atau rasa annoying sebab kami tanya banyak sangat soalan. Apa-apa pun, memang tu tujuan program ni diadakan pun kan? Untuk berkongsi pengetahuan dan berbincang sesama kami pelajar Sains Haiwan berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan bidang kami.

wakil UITM tengah buat pembentangan.
Tak silap aku nama dia Joshua
wakil dari UMS bercakap mengenai Sustainable Agriculture
Hasbi dari Universitas Jedneral Soedirman, Indonesia
pelajar dari Institut Pertanian Bogor
Selesai dengan pembentangan kertas kerja, agenda diteruskan dengan mesyuarat untuk menentukan tuan rumah Second Annual Meeting of SEAASS-Net ni. Masa mesyuarat ni pun, wakil UPM banyak bersuara dan memberi pendapat tentang cara nak memperbaiki meeting ni untuk kali kedua nanti. Harap masalah-masalah yang kami hadapi kali ni tak terjadi lagi untuk meeting yang akan datang. Jadi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih menjadi tuan rumah. Program selesai dalam pukul 1.00 tengah hari macam tu kot. Kami balik ke bilik, petang tu berkumpul balik untuk praktis persembahan Malam Kebudayaan.

Yusra and Teng
aku, Kak Mira dan Kak Aimi

Bila call pihak penganjur balik, dia orang cakap yang pelajar dari Institut Pertanian Bogor dengan UiTM je yang akan buat persembahan malam tu. Wahh! Sumpah rasa nak telan pihak penganjur lepas tu baru buat regurgitation sebab tak inform awal-awal. Penat la senior-senior aku tu bertungkus lumus fikirkan apa yang nak buat untuk malam kebudayaan, siap pinjam baju tradisi lagi dari Astaka Seni, UPM untuk Malam Kebudayaan tu tapi akhirnya cancel.

Jadi, malam tu still pakai baju kebudayaan tu. Yelah, dah pinjam kan, rugilah kalau tak pakai. Lagipun bila lagi nak pakai. Muhahahaha.


Kak Aimi and me =)

Yusra and Me =)


Encik Faris dan Encik Nazri

kawan baru dari Indonesia, Randy
Masa tengah makan tu, majlis diserikan dengan persembahan dari pelajar UiTM dengan pelajar dari Indonesia.
persembahan dari IPB

pakai camera handphone gambar pun tak cantik

Acara penutup malam tu, penyampaian sijil dan anugerah kepada peserta program. Sekalung tahniah diucapkan buat senior aku, kak Aimi Nabilah kerana berjaya membawa pulang Best Research Award ke UPM. 

Best Research Award =)
proud to be ur junior
hopefully aku pun boleh jadi macam kak Aimi
Malam tu, lepas sesi bergambar dan sesi bertukar-tukar contact info, kita orang balik ke bilik. Keesokan paginya, kami bertolak balik, tapi still sempat singgah Padang Besar untuk shopping, dan aku sekali lagi terpaksa menahan azab terseksa dalam van sehingga sembilan jam!

Berhenti sekejap dekat Sungai Buluh untuk solat Jamak dan Qasar Maghrib dan Isyak, Yusra dah mula buat perangai pelik-pelik asyik suruh aku tengok keluar tingkap. Sekejap cakap ada lori, sekejap itu, sekejap ini. dan sampai ke satu tempat masa tu gelap, tiba-tiba je dia orang buka lampu kat dalam van dan nyanyi lagu Happy Birthday! Pergh! Speachless aku masa tu. Dengan Encik Faris, Encik Nazri dan Encik Ayub pun join sekaki. Cuma mampu cakap terima kasih je. Seriously guys, i really appreciate it. Terharu kot. Rasa nak nangis je tapi tahan.


Keesokan harinya, Timbalan Dekan Fakulti Sains Haiwan, Institut Pertanian Bogor dengan Ketua Jabatan dari Fakulti tu datang melawat Jabatan Sains Haiwan UPM. So, dapatlah join perbincangan antara kedua-dua belah pensyarah, dapatlah timba sedikit ilmu berkenaan dengan internship, latihan industri dan sebagainya. Jadi makin bersemangat nak fight untuk dapatkan internship atau pun Latihan Industri kat luar negara.

Lepas tu kami bawak Dr Yamin dengan Dr Idad melawat ladang-ladang dekat UPM, ajak makan tengah hari dan hantar mereka ke LCCT. Sambil-sambil tu dapatlah juga bertanya dengan kedua-dua pensyarah tu mengenai keadaan di Indonesia dan budaya kat sana.

Apa-apa pun, aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab dapat join program ni. Sebab masa ni je pun aku nak kenal rapat dengan senior-senior aku. Senior Tahun 3, Teng, Yusra dan Kak Mira serta senior Final Year, Kak Aimi. Siap sembang-sembang, gelak, gurau, marah sama-sama lagi. Aku sangat enjoy join program ni. Walaupun First Annual Meeting SEAASS-Net ni ada banyak kekurangan, tapi adatlah tu. Pertama kali berlangsung. Kiranya kita orang ni la anggota asal SEAASS-Net, pioneer networking ni. 

Diharapkan SEAASS-Net yang akan datang lebih perfect berbanding dengan yang sekarang. Tak sabar rasa nak join SEAASS-Net akan datang!

Peserta SEAASS-Net
wakil UPM
Encik Nazri, Kak Aimi, Kak Mira, Yusra, aku, Teng dan Encik Faris
=)

01 February 2013

13 Nyawa Terkorban

Assalamualaikum WBT

Aku rasa terpanggil untuk komen berkenaan dengan satu artikel dalam Kosmo! bertarikh 31 Januari 2013 yang bertajuk "3 Lagi Bangkai Gajah Ditemui". 

artikel Kosmo!

Bukanlah nak cakap aku ni arif bab-bab haiwan dan undang-undang ni, aku tulis di sini untuk melahirkan perasaan kecewa dan terkilan aku je berkenaan dengan hukuman yang bakal dijalani oleh pesalah.

hukuman

Come on la, tiga belas ekor! tiga belas! bukan tiga! Tak kan la hukumannya cuma RM 10 000 atau penjara setahun? Aku rasa nak hentak kepala dekat meja bila tahu tu hukumannya. Aku yakin seekor gajah tu pun bernilai lebih daripada jumlah denda tu. Bagi aku hukuman tu sangatlah tidak mencukupi dan terlampau ringan. 

Katakanlah pesalah tu bunuh haiwan liar sebab nak buat produk daripada haiwan liar tu, keuntungan yang diperolehi tu lagi banyak okay dari denda yang dikenakan. Jadi tak timbul soal takut pun kalau nak buat kesalahan tu sebab hukuman tu ibarat melepaskan batuk di tangga, wujud sebagai syarat je, tak betul-betul meninggalkan kesan.

Lainlah kalau bunuh katak denda RM10 000 atau penjara 1 tahun. Barulah orang yang nak buat pun berfikir lima enam kali nak buat ke tak nak. Aku rasa dah sampai masa, kerajaan perlu menitik beratkan soal kebajikan dan perlindungan haiwan di Malaysia. Undang-undang berkenaan dengan haiwan di Malaysia sangatlah longgar dan tak bersungguh-sungguh. Come on, kalau bukan kita yang berusaha untuk melindungi, siapa lagi? Tak kan nak tunggu segala isi rimba buat demonstrasi ye tak?


"Animals cannot speak, but can you and I not speak for them and represent them? Let us all feel their silent cry of agony and let us all help that cry to be heard in the world." ~Rukmini Devi Arundale

The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated" ~Gandhi (1869-1948)

28 January 2013

Al Kisah Novel

Assalamualaikum W.B.T

Wah wah wah. Mentang-mentang cuti semester ni, kencang pulak aku update entry kat blog aku ni. Nampak sangatlah dah kebosanan tersadai kat UPM sorang-sorang sementara nak uruskan paperwork, pergi melancong dan juga join SEAASS-Net.

Hari ni nak cerita sikit pasal novel. Actually, a few random things about novel and I. First novel yang aku baca karya JK Rowling. Harry Potter and The Sorcerer's Stone. Baca dari first page sampai last tak bergerak ke mana. Sejak dari novel tu, semakin ketagih untuk baca sambungan dia. Novel tu jugak merupakan novel pertama yang aku beli dan Alhamdulillah aku berjaya memiliki ketujuh-tujuh siri novel Harry Potter. Aku mengaku aku sangat minat siri Harry Potter! Tapi movie dia aku cuma minat dari The Sorcerer's Stone, The Chamber of Secret dengan The Prisioner of Azkaban je. Yang lain tak tahu kenapa tak berapa best.

My favourite, ulang banyak kali baca pun tak jemu
Kat bawah ni antara novel favourite aku

Novel Melayu pertama yang aku baca
novel yang ada nama aku dengan nama ex sebagai hero dan heroin
mihmihmih

novel yang buat aku tersentuh

novel yang buat aku tak kering gusi bila baca

novel yang buat aku rasa nak lempang hero dia laju2

novel yang menghiburkan,
dalam masa yang sama,
memberi pengajaran
dan
menyedarkan aku tentang satu perkara yang aku tengah hadapi

novel yang aku tak boleh agak ending dia

adore watak hero dalam novel ni

Actually banyak lagi novel favourite aku, tapi yang atas ni yang paling kerap aku ulang baca tak jemu-jemu. Aku sangat minat karya JK Rowling, Damya Hanna, Bikash Nur Idris, Ramlee Awang Murshid dan lain-lain lagi. 

So, korang yang menjengah ke blog ni macam mana pulak? Apa novel kegemaran korang?
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...