Si Pengembala Kambing :)

Pages

26 November 2012

XPDC Gunung Datuk @15

Assalamualaikum WBT


Hari ni update lagi. Dah tak de kerja gamaknya aku ni. Haha. Ada la. Banyakkkkkk lagi, tapi nak release tension japhhri. Serius saya sangat tension sejak kebelakangan ini. So, masa tension tu tengok gambar lama-lama *macam lama sangat, nampak gambar masa XPDC Gunung Datuk @15. Senyum sorang-sorang tengok gambar nie. Kenapa? Sebab tenang sangat ada kat bumi Adat Pepatih tu.

XPDC Gunung Datuk@15 merupakan aktiviti sulung Sekretariat Rekreasi dan Kesukarelawanan Kolej Lima Belas. Dulu Rekreasi bawah Sekretariat Sukan dan Kesukarelawanan tu bawah Sekretariat Kebajikan. Eh? Bawah sekretariat aku lah tu :p Tapi sejak MTM 2012/2013 memegang tampuk pimpinan Kolej 15 yang tercinta, Sekretariat Rekreasi dan Kesukarelawanan ditubuhkan.

So, lepas Solat Jumaat 9 November 2012, kami dengan kekuatan 37 orang warga Kolej 15 bertolak ke Rembau, Negeri Sembilan~ Dalam hati sedih sikit sebab Muezz tak ikut sama. So, classmate yang lain tak ikut jugak la. Tapi tak pe, aku kan disayangi adik-adik junior *perasan habis. So tak ada masalah tak ada kawan ke apa ke. Masa dalam perjalanan hujan kot. Aku cuak gak takut esok pun sama hujan. Mesti trek nak mendaki licin punya.

Kita orang sampai kat Kem Rekreasi Gunung Datuk dalam pukul 5.00 petang macam tu la kot. Pergh, nak sampai kem tu kena menapak naik bukit okeh? Terus terang aku cakap, aku pancit dan semput masa tu. Haha. Dalam hati terfikir nie baru naik bukit belum naik Gunung Datuk lagi.

Lepas solat Asar, ada briefing sikit dari penunjuk arah kita orang, then set up khemah. Oh ternyata skill Puteri Islam masa sekolah rendah sekolah menengah dulu belum berkarat sebab aku berjaya mendirikan khemah dengan pantas sekali. Haha. *perasan. lempang diri sendiri

Lepas solat Maghrib, kita orang makan malam dan ada game. Group game aku nama Kosong! Haha. Sambil main game ada BBQ. Perghh.. Memang santai habis la. BBQ pun sedappppp~ Tapi aku tak makan la daging BBQ. Aku just makan ayam je. Semua wings okay sampai 5 ketul aku makan malam tu. Makan marshmallow bakar lagi. Haha.

Malam tu tido tak ingat pukul berapa, tapi esok tu da bangun pukul 5 pagi mandi, bersiap, solat Subuh, sesi warm up, taklimat dan bermula la XPDC mendaki Gunung Datuk~

Sesi memanaskan badan

Kumpulan Kosong!
Masa mendaki nie sangat lah mencabar sebab mendaki je kejanya tak ada turun naik. Tambah dengan trek agak licin jugak la sebab hujan kan. Naik nak putus urat kaki dibuatnya. Dah la dah lama tak mendaki. Perghh.. Memang terbaik la. Tapi bak kata Fahim, jangan malukan Sekretariat Kebajikan. Maka aku tahan diri dari cakap nak patah balik turun bawah. Wakaka

mendaki~
mendaki dan terus mendaki

Dan Alhamdulillah, tepat jam 9.45 pagi, puncak Gunung Datuk berjaya ditawan oleh kami~ Wehoooooo!
Dan aku sangat-sangat terpesona dengan pemandangan kat atas sana. Subhanallah. Sangat indah ciptaan Allah. Terus lupa semua masalah yang tertinggal kat bawah tu. *terpaksa tinggal, masa mendaki tu berat sangat tak larat nak bawak. haha

akhirnya sampai ke puncak!

the scenery SubhanAllah.. so beautiful
terlupa semua masalah yang ada

with AZ
i believe i can fly
noooooo~
i cannot fly
i might commit suicide if i tried to fly..
haha


with pengarah program, Fateh
and kak hanim yang sweet~

3 generation Sekretariat Kebajikan Kolej 15
AZ- MTM Kebajikan 2011/2012
Mira - MTM Kebajikan 2012/2013
Fahim - Pengerusi Sekretariat Kebajikan 2012/2013

me with Irfan, MTM Rekreasi dan Kesukarelawanan


Tu je la kot nak tulis. Malas dah nak tulis panjang-panjang bukan korang baca pun. Daaa~ Nak sambung buat lab report anatomy.

p/s: Ipan! Caving nanti aku nak ikut jugak tau? 

From us with love,

Kenangan Terindah <3

Pictures taken by our beloved K15 President,
Ahmad Nash
thanks Mr Press!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...