Si Pengembala Kambing :)

Pages

10 October 2012

Projek Ternakan Ayam Kampung

Assalamualaikum WBT

Fuh.. Fuh.. *tiup habuk dan sawang* Dah lama tak update blog. Busy sangat sem ni. Actually tak ada mood nak update pun sama sejak arwah abah tak ada. Banyak update dekat Kisah Hidupku berbanding dengan blog ni. Ye la blog tu private tak ada siapa boleh baca. Hahaha. Nak tahu tak kenapa aku agak busy sem ni? Sebab sem ni aku ambil subjek Keusahawanan Pertanian di mana aku dan rakan seperjuangan aku kena bela ayam kampung!

Tapi ayam kampung yang kami bela ni bukan la pure breed ayam kampung. Sebab kalau pure breed ayam kampung perlukan masa yang lama sebelum boleh dijual. Jadi ayam yang kami bela ni ayam kacukan la dan diusahakan secara komersial. So, kami nak kena bela ayam ni dalam 12-13 minggu iaitu bersamaan dengan satu semester pengajian!

Banyak perkara nak kena siapkan sebelum nak bela ayam ni. Antaranya reban berlantai simen yang berukuran 6m x 6m lengkap dengan kawasan lepas berpagar lagi tau?

nie lah dia reban ayam aku masa first day dapat

Selain dari reban ayam dan kawasan lepas berpagar, kami kena pastikan jugak kelengkapan reban mencukupi. Contohnya bekalan elektrik, bekalan air, peralatan macam bekas makanan, bekas minuman, gas, brooder, mentol, brooder guard, kanvas, cangkul, baldi dan lain-lain ada la. Kalau tak susah la nak uruskan anak-anak ayam tu.

Masa first day dapat reban, kami just check sama ada peralatan dalam reban cukup dan lengkap tak. Lepas tu, hari Isnin (17 September 2012), Hari Malaysia, semua ahli reban pakat-pakat turun untuk bersihkan reban sebab malam tu anak ayam dah nak sampai. Punya la letih rasa nak tercabut pinggang masa tu memandangkan kumpulan aku masa tu cuma ada seorang je lelaki iaitu Haffiz. Tu pun nasib baik la ahli reban lain tolong kami. Kalau tak, aku pun tak tahu nak cakap apa.

bersihkan kawasan lepas dari pokok semalu

nasib baik rumput dah dipotong pendek

tengah potong kanvas

berebut-rebut nak kanvas -___-"

aaaaaa.. kanvas untuk reban aku tak cukup~

me with haffiz

tengah menyembat kanvas baru~

sesi menggantung kanvas supaya anak ayam tak kesejukan

pesta unggun api sementara nak tunggu anak ayam sampai

yeay~ anak-anak kami dah sampai

Seriously, ni la first time kami bela ayam sebab rata-rata group aku adalah lepasan matrikulasi. Memang ilmu tu langsung tak ada! Saya ulang, tak ada! Kalau ada pun pengetahuan masa kelas Amalan Ladang sem lepas tak pun hasil tunjuk ajar dari senior-senior yang dah pernah terlibat dengan projek ni dan rakan sekelas yang ex-DKHP UPMKB. 

Oleh disebabkan tak ada pengalaman, ada banyak benda yang serba tak kena dan terpaksa dilakukan sekali lagi. Contohnya, kanvas reban aku terpaksa dipasang sekali lagi sebab tak kemas dan tak cukup untuk menutup reban.

kali ni pasang kasi cantik sikit~
macam-macam style dah keluar -___-"
kumpulan aku mmg banyak buat aksi akrobatik -____-"
sempat lagi jiran aku nih

Walaupun masa mula-mula jumlah kematian reban aku paling tinggi tapi sekarang happy sangat tengok anak-anak ayam tu dah besar dan dah makin aktif serta gemuk! Paling best sebab ada majlis perasmian untuk projek ni. Siap dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pertanian lagi tu~

anak-anak ayam makin membesar~



Sesi tukar juadah berbuka puasa dengan jiran.. haha

peace yaw~

sesi bergosip dengan jiran~

teah, salman n me~

muezz and lan



katang yang sengal~



group aku
 


tengok la sekarang dah gemuk dan start tumbuh bulu pelepah~

Memang projek ni banyak menuntut kesabaran aku serta sikap tolak ansur, profesional dan tanggungjawab. Ye lah, aku dengan dia pun ada masalah nak berkomunikasi. Tapi at last, nasib baik la masing-masing dah dapat bersikap profesional. Paling penting sekali sejak bela ayam ni jadi makin berdisiplin aku rasa. Mana taknya, ayam pagi petang nak kena bagi makan. Jadi aku sangat-sangat pentingkan ketepatan masa. 

Sorry la pada ahli kumpulan aku mana yang dah kena sembur dengan aku tu sebab lewat atau pun tak datang bertugas. Benda kalau buat main-main sampai bila nak berjaya. At least kalau ada masalah tak boleh nak hadir bertugas bagi tau la ahli kumpulan supaya ada yang boleh gantikan. Ini tak, diam aje. Maaf la even Haffiz ketua kumpulan buat macam tak kisah je, tapi aku amik kisah. Banyak perkara dah dikorbankan untuk projek ni, so aku tak nak la projek ni sia-sia.

Lastly, harapnya projek ni berjaya la. Kalau tak sia-sia je masa dan keringat yang dikorbankan tu. Setakat nie je la dulu. Aku pun tak tahu nak cerita detail sangat. Lagipun aku tau korang pun memang malas nak baca panjang-panjang nie. Haha.

Adiyos dari kami ahli Reban 4!














8 comments:

muna munie said...

Walaaa~ Kena jual x ayam2 ni?.. Best woo jaga ayam, tp i'm quite sensitif.. so tobat xnk jaga dah.. habis kurang seribu duit hantaran --" haha

Noor Amirah Mohd Nor said...

Haha.. Of course la kena jual.. Tu yang pening tu bila ayam banyak mati.. Rugi~ Rugi~

syuhadaa said...

Jeles tengok coverall korang! Ade logo UPM + name sendiri.

Kitorang dulu takde pun... Sobs.

Mira! Keep calm and do the best! :D

Noor Amirah Mohd Nor said...

sebab ada tu la yang mahal tu.. sampai rm75..

akhmalsujai said...

all the best bela... reban 4 kan..sama dengan reban aku bela sem lepas.....

Noor Amirah Mohd Nor said...

wahh! reban 4 jugak? kiranya sama group dengan roommate aku la, kak biha.

elyssarashid said...

Hai, nak tumpang tanya. Anak anak ayam dapat dari mana ya? And kalau boleh< nak lah tau jugak detail detail nak bela ayam ni. Saya pun ada projek nak bela ayam kampung, masih dalam permulaan. nak tahu harga apa semua lah kalau you dont mind sharing. terima kasih.

elyssarashid said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya ya. Anak-anak ayam ni semua dapat dari mana ya? Kitorg pun baru nak mula buat projek bela ayam kampung, tapi masih dalam fasa pembelajaran dulu. Kalau you dont mind sharing, minta tolong ajarkan serba sedikit tentang cara-cara nak membela ayam boleh? and nak dapat dari mana and harga dia semua. email saya : elyssa.1702@gmail.com
Terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...