Si Pengembala Kambing :)

Pages

29 July 2012

Tolong Doakan Abah Aku :(

Assalamualaikum WBT

27 Julai 2012, 2.15 petang

Aku rasa hidup aku berubah sekelip mata. Abah jatuh dalam bilik tidur. Kena strok. Bila pergi hospital dan buat CT Scan, kami diberitahu yang ada blood clot dalam otak abah, yang sebabkan abah tak boleh bertutur dgn baik dan lumpuh bahagian kanan badan. Aku harap semua tu mimpi. Tapi malang sekali tak.

Aku sedih setiap kali dia cuba bercakap dengan aku, aku tak faham apa yang dikatakan. Aku tak tahu sama ada dia sakit atau apa. Aku juga tak tahu ada harapan untuk sembuh atau tak. Kami belum dijelaskan apa-apa mengenai perkara tu.

Semalam, sepatutnya aku jaga abah kat hospital. But a dad will always be a dad. Walaupun dia tak mampu nak jaga diri sendiri, tapi dia berusaha nak jaga keselamatan aku. Dia tak nak aku temankan dia malam tu. Memandangkan wad tu penuh dengan lelaki. Takut nanti aku diapa-apakan. Dam aku sekali lagi tumpahkan air mata mengenangkan pengorbanan yang dia lakukan walaupun dia sendiri tak berdaya.

Hidup kami sekarang terumbang ambing. Segala tanggungan kini jatuh pada bahu mak. Semua perkara yang dulu abah lakukan, mak tanggung bermula saat ini. Paling merungsingkan perihal adik-adik ke sekolah. Selama ni abah yang hantar ke sekolah. Tapi sekarang tak tahu macam mana nak buat. Mak dah lama tak bawak kereta. Rumah dengan sekolah pulak bukannya dekat. Sementara aku ada, boleh la aku hantar lagi. Tapi kalau aku dah balik UPM nanti macam mana?

Seperkara lagi, siapa yang akan jaga abah kalau mak dengan adik-adik kerja dan ke sekolah? Nak biarkan abah sorang-sorang kat rumah? Kalau jadi apa-apa macam mana? Nak ambil orang gaji sekarang bukannya murah. Ditambah pula mak yang menanggung seisi rumah sekarang.

Aku tengok mak menangis sekali. Runtun jiwa aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku tak tahu kat mana aku nak tolong. Perlu ke  aku tangguh pengajian? Mak tak akan setuju perkara ni. Sekarang cuma aku je harapan untuk ubah balik nasib keluarga aku. Dan sungguh disaat ni aku rasa kosong.

Mujurlah adik abah aku, merangkap Mak Su aku banyak tolong. Tak lupa juga sepupu aku, Kak Nisa. Kalau dia orang tak ada, aku tak tahu macam mana keadaan kami. Bantuan kewangan dan sokongan dari dia orang memang aku hargai.

Tak lupa juga pada Faisal Redza Razak yang banyak bagi sokongan moral pada aku walaupun kami tak pernah bersua muka. Ex diploma UPMKB ni aku kenal dekat group untuk junior UPM. Aku dengan dia dulu selalu bergurau kasar kat group tu. Tapi sekarang aku rasa dia la sahabat yang paling memahami keadaan aku sekarang. Terima kasih sangat-sangat.

Allah tak akan menduga hambaNya melebihi batasan kemampuan hambanya itu. Dan disaat Allah rindukan hambanya, Dia akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk menimpakan dugaan terhadap hambaNya, agar Dia dapat mendengar rintihan hambaNya.

Maka ya  Allah, Kau ringankan lah beban ibuku ya Allah. Tabahkan diri ibuku ya Allah. Begitu juga dengan adik-adikku ya Allah. Tetapkan iman kami dalam menghadapi dugaanMu ini. Dan Kau sembuhkanlah abahku.

9 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

Allah tidak akan membebankan hambaNya jika ia tidak mampu dihadap oleh hambanNya. Ikhlaskan dalam merima ujian dari Allah.

Insya'Allah. Semoga ayah kamu beroleh kesembuhan.

syuhadaa said...

Allah..

Ingat Mira, ujian Allah itu untuk meninggikan darjah keimanan.

Allah bagi ujian, mesti Allah bagi penyelesaiannya.

*virtual hugs*

Noor Amirah Mohd Nor said...

tme kasih.. senior2.. ats sokongan moral yg diberi.. i really appreciate that

muezz@blaz said...

sabar mira... kalau aku ade kt situasi ko ni pun tatau nk wat cmne... be strong ok... aku kt sini hanya mampu berdoa utk bapa ko serta keluarga ko dipermudahkan segala urusan serta diberikan kesihatan tubuh badan....

Noor Amirah Mohd Nor said...

thanks muezz..

mieza_1403 said...

kak.. sorry ur hari akaq ad tanya kan.. maaf la saya lama da x on blog.. sorry ea Insya Allah boleh

mieza_1403 said...

semoga ayah akak cepat sembuh Amin.. <3

im cik mya said...

hahaha saper ar gaknya...alah budak aero..hahah mgarut je..kje dah ar limited..bnyk repeat paper..hhahah bukan ape xpyh ar nk perkecilkn owg lain.. kita berbudi pada tanah..tanah balas kuar kn hasil...:) peace ^_^

Noor Amirah Mohd Nor said...

hahahaha.. entahlah. aku doakan semoga dia berjayalah dalam kerjaya dia yang diketahui ramai itu. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...