Si Pengembala Kambing :)

Pages

20 July 2012

Selamat Datang ke UPM Adik-Adik!

Assalamualaikum WBT

Dah lama tak update. Hehe. Apa-apa pun nak ucapkan tahniah buat adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ni terutamanya yang dapat sambung degree kat UPM ni. Ahlan Wasahlan, Selamat Datang akak ucapkan. *aku dah jadi senior. macam tak percaya

Jadi disebabkan itulah aku tak update blog. Sebab aku busy menjawab soalan-soalan mereka. Haha. Sungguh overwhelming budak-budak ni. Bagus-bagus. Mendengar kata. Semoga Allah permudahkan urusan dia orang nak masuk universiti.

Berkenaan dengan kos aku pulak, Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) buat setakat ni baru ada seorang junior yang contact aku. Dia la yang bertanya kat aku pasal kos ni sebelum isi UPU lagi. Masa hari result UPU tu, aku pulak yang naik berdebar tunggu result dia. Sorry la Teya, akak memang macam ni. Excited bukan main. Haha.

Alhamdulillah, hari keluar result tu jugak Teya bagi tau aku dia dpt Bachelor Pertanian (Sains Ternakan).


Tengok.. Aku yang terlebih excited. Lepas tu makin ramai adik-adik yang add aku kat FB. Tak kira la dari kos apa pun atau kolej apa pun. Aku pun tak kisah sebenarnya. Sebab aku memang dah niat dah nak tolong junior-junior aku nanti masa Abang Im banyak tolong aku sebelum masuk UPM dulu. Tak lupa juga kak Ada yang banyak bagi pencerahan tentang Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) ni. *bahasa bukan main lagi sejak kawan dengan budak kos bahasa ni. haha

Lagipun aku faham kot perasaan dorang yang nak masuk U ni. Terutama anak sulung. Sungguh la tak tau nak tanya kat siapa. Nasib baik la aku jumpa group UPM INTAKE 2011 dulu. Kalau tak aku pun tak tau la aku nak tanya siapa. Takkan asyik-asyik nak call UPM je kan?

Tapi satu je terkilan sikit sebab kebanyakan student Fakulti Pertanian ambilan kali ni tak duduk Kolej 15. Huhu. Tak pe la. Nanti dapat belajar banyak pasal Sains Komputer dah adik-adik ni banyak dari Fakulti Sains Komputer. Haha. Lagipun tak berkembang la hidup kalau asyik bergaul dengan orang yang sama macam kita kan? Kena juga ada ilmu pasal bidang lain. Tak banyak sikit pun jadi la.

Apa-apa pun, ni first time aku jadi fasilitator untuk orientasi, selalu aku jadi fasilitator untuk program je. Harap-harapnya semuanya berjalan lancar. 
Amin.


p/s: takutnya nak jaga anak orang masa orientasi nanti


7 comments:

muezz@blaz said...

owh la yeke baru sorang junior kte...huhu mne la mereka2 ni

Noor Amirah Mohd Nor said...

yg len smua dak asasi ngn diploma.. klau matrik sorg je bru.. haru sungguh

aNiss :):) said...

hai kak :D saya kolej 15 samee dengan akak. tapi kos sains komputer @birukasturi. HAHA :DD kak mirah baik, nanti nak jumpe!

Noor Amirah Mohd Nor said...

hahaha.. dik.. welcome2. akk pn nk jumpa korg semua =)

A.J.I.N said...

as-salam akak. sy pun bakal masuk UPM nnti. kolej 15. hope gempak la time orientasi nnti, hehe. akak cool je, kte orang yg tgh takut nih. good luck jadi fasi ! ;)

Noor Amirah Mohd Nor said...

owh yeke??
selamat jd warga kolej 15 dik
=)

nuruddin said...

Hi kak, saya budak baru 2012 dapat kos pertanian sains ternakan...dan saya kolej 15..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...