Si Pengembala Kambing :)

Pages

09 July 2012

Finally I'm Home~

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi dah selamat berlangsung. Aku berpeluang la menyaksikan kejohanan tu sebagai sukarelawan. Apa-apa pun tak nak cerita lagi pasal kejohanan ni dulu. Tunggu nanti aku dah ada material yang cukup baru buat entry pasal ni.

Semalam bertolak dari UPM pukul 7.00 pagi. Bawak beg berat bukan main. Mengalahkan orang bawak jongkong emas. Lepas tu bawak balik Mr Tedy lagi. Pergh. Semua orang tengok aku pelik je. Lantak kat korang la. Janji aku bahagia. Sampai dekat Puduraya pukul 8.40 pagi. Punya la lambat gara-gara menunggu LRT yang tak kunjung tiba. Naik sengal bahu aku galas beg. Besar dah macam Master Roshi punya cengkerang dah.

Sampai Puduraya, beli tiket Konsortium Bas Ekspress dapat tiket pukul 9.00 pagi. Tu pun tinggal satu je lagi seat. Nasib baik seat kegemaran aku. Apa lagi kalau bukan seat single belakang sekali. Kalau tak aku sanggup tunggu pukul 10 pagi nanti. 

Sebelum naik bas, pergi beli sandwich dulu sebab tak makan apa-apa pun sejak dari pagi semalam lagi. Kebulur tak ingat dunia aku tahu tak. Masa tu pun dah start gigil sikit-sikit dah sebab tak makan. Kurang gula agaknya. Lepas tu pergi beli novel tajuk "Cinta Kontrak" buat baca dalam bas.

Bila dah bertolak, mula-mula tu okay je. Tapi bila dah start naik highway aku rasa tak sedap hati je. Maklumlah driver bas ni bawak bas laju kot. Dah la dengan air cond tak rasa. Berpeluh aku dalam bas tu. Dah sampai dekat Tapah, bas tu bau hangit je. Aku dalam hati dah berdoa. Apa-apa pun jadi biar aku jumpa mak abah aku dulu. Dah lama tak jumpa oii. 

Alhamdulillah pukul 1 aku selamat sampai kat Hentian Bas Kamunting. Turun bas hati senang lenang je. Jalan kedek-kedek pergi kat kereta sambil bawak Mr Tedy je. Beg-beg semua adik lelaki aku yang angkat. Nasib kau la dapat kakak kejam macam aku. Lagipun bukan selalu aku balik. Sekali sekala je kan? Hahaha

Makan tengah hari mak masak lauk favourite aku, Sambal tumis udang dengan petai, ikan kembung goreng dan bendi goreng belacan. Perghh. Memang terangkat lah. Petang pulak mak masakkan bubur durian makan dengan roti Gardenia. Perfect.

Gambar ehsan Google

Gambar ehsan Google

Yummy~

Gambar ehsan Google

Huhu.. Semua gambar ehsan Google. Aku cilok dari blogger-blogger lain punya gambar. Harap dorang tak saman aku. Sebab aku ni miskin sangat tak gantikan lagi memory card adapter aku yang hilang hari tu. Card reader pulak aku tak tahu la aku bawak balik ke tak. Aku tak unpack lagi beg baju aku.

Sekarang ni, dah sampai rumah kena fikirkan pulak kertas kerja untuk program-program yang akan datang. Ahh. Peningnya kepala nak cari duit untuk buat program. Nak cari tempat untuk buat program lagi. Sesiapa yang ada idea untuk program berbentuk kebajikan, silalah kongsikan idea anda dengan aku. Huhu


p/s: Rindu Mr Humble :(

4 comments:

syuhadaa said...

Kebajikan yeh?

Projek derma barang-barang terpakai?

Noor Amirah Mohd Nor said...

aah akak.. program kebajikan.. tu la.. klau ikut hati nak wat program2 simple mcm tu je.. tp setiap program kne ada income generation.. xtau la celah mne lak nk wat income generation kn?

Azham Vsvc said...

Hehe....ala rugi x letak gambar sendiri hehe.....selamat pulang ke pangkuan keluarga....

by the way I x suka naik bas kalau seat belakang skali, sbb nanti I kena mabuk bas haha...pening rasa nak muntah hehehehe

Noor Amirah Mohd Nor said...

haha.. tu la.. nnti da ada duit t nak beli memory card bru n memory card adapter.. susah btul nak transfer gambar n video ble xde adapter..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...