Si Pengembala Kambing :)

Pages

29 July 2012

Tolong Doakan Abah Aku :(

Assalamualaikum WBT

27 Julai 2012, 2.15 petang

Aku rasa hidup aku berubah sekelip mata. Abah jatuh dalam bilik tidur. Kena strok. Bila pergi hospital dan buat CT Scan, kami diberitahu yang ada blood clot dalam otak abah, yang sebabkan abah tak boleh bertutur dgn baik dan lumpuh bahagian kanan badan. Aku harap semua tu mimpi. Tapi malang sekali tak.

Aku sedih setiap kali dia cuba bercakap dengan aku, aku tak faham apa yang dikatakan. Aku tak tahu sama ada dia sakit atau apa. Aku juga tak tahu ada harapan untuk sembuh atau tak. Kami belum dijelaskan apa-apa mengenai perkara tu.

Semalam, sepatutnya aku jaga abah kat hospital. But a dad will always be a dad. Walaupun dia tak mampu nak jaga diri sendiri, tapi dia berusaha nak jaga keselamatan aku. Dia tak nak aku temankan dia malam tu. Memandangkan wad tu penuh dengan lelaki. Takut nanti aku diapa-apakan. Dam aku sekali lagi tumpahkan air mata mengenangkan pengorbanan yang dia lakukan walaupun dia sendiri tak berdaya.

Hidup kami sekarang terumbang ambing. Segala tanggungan kini jatuh pada bahu mak. Semua perkara yang dulu abah lakukan, mak tanggung bermula saat ini. Paling merungsingkan perihal adik-adik ke sekolah. Selama ni abah yang hantar ke sekolah. Tapi sekarang tak tahu macam mana nak buat. Mak dah lama tak bawak kereta. Rumah dengan sekolah pulak bukannya dekat. Sementara aku ada, boleh la aku hantar lagi. Tapi kalau aku dah balik UPM nanti macam mana?

Seperkara lagi, siapa yang akan jaga abah kalau mak dengan adik-adik kerja dan ke sekolah? Nak biarkan abah sorang-sorang kat rumah? Kalau jadi apa-apa macam mana? Nak ambil orang gaji sekarang bukannya murah. Ditambah pula mak yang menanggung seisi rumah sekarang.

Aku tengok mak menangis sekali. Runtun jiwa aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku tak tahu kat mana aku nak tolong. Perlu ke  aku tangguh pengajian? Mak tak akan setuju perkara ni. Sekarang cuma aku je harapan untuk ubah balik nasib keluarga aku. Dan sungguh disaat ni aku rasa kosong.

Mujurlah adik abah aku, merangkap Mak Su aku banyak tolong. Tak lupa juga sepupu aku, Kak Nisa. Kalau dia orang tak ada, aku tak tahu macam mana keadaan kami. Bantuan kewangan dan sokongan dari dia orang memang aku hargai.

Tak lupa juga pada Faisal Redza Razak yang banyak bagi sokongan moral pada aku walaupun kami tak pernah bersua muka. Ex diploma UPMKB ni aku kenal dekat group untuk junior UPM. Aku dengan dia dulu selalu bergurau kasar kat group tu. Tapi sekarang aku rasa dia la sahabat yang paling memahami keadaan aku sekarang. Terima kasih sangat-sangat.

Allah tak akan menduga hambaNya melebihi batasan kemampuan hambanya itu. Dan disaat Allah rindukan hambanya, Dia akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk menimpakan dugaan terhadap hambaNya, agar Dia dapat mendengar rintihan hambaNya.

Maka ya  Allah, Kau ringankan lah beban ibuku ya Allah. Tabahkan diri ibuku ya Allah. Begitu juga dengan adik-adikku ya Allah. Tetapkan iman kami dalam menghadapi dugaanMu ini. Dan Kau sembuhkanlah abahku.

21 July 2012

Hortikultur? Ada Jugak Kos Macam Tu..

Assalamualaikum WBT

Tengah-tengah berbalas komen dengan bakal junior yang ambil Bachelor Pertanian (Hortikultur), tiba-tiba ada makhluk Allah ni masuk komen juga.




Aku just nak cakap, tak kira la orang lain ambil kos apa pun, setiap kos tu ada function dia yang tersendiri. Ada bakti yang akan ditaburkan nanti. Jadi tak perlu nak pelik dengan kos orang lain. Sorry la aku bias, tapi dulu pun macam tu juga. Masa aku ambil koko. Kalau cakap je student Fakulti Pertanian, mula la nak buat muka kerek dengan kita orang. Ye la, kita orang belajar tanam pokok, ternak lembu, kambing, bela ikan. Orang tak habis sekolah pun boleh buat. Lain la korang, bina tu, bina ni, cipta tu, cipta ni. Memang hebat benda-benda yang korang buat tu. Terima kasih kerana bakal menjadi salah seorang yang akan memajukan lagi negara kita.

Tapi kalau kau rasa budak tak habis sekolah pun boleh buat benda-benda yang kita orang buat, kau silap. Memang betul dorang boleh buat, tapi kalau setakat usahakan pertanian secara tradisional, negara kita sampai bila-bila tak akan sampai tahap self sufficiency. Terpaksa la import makanan dari luar, bergantung pada negara lain. Buatnya satu hari nanti negara tu dah tak nak supply makanan untuk negara kita macam mana? Sama-sama la kita makan sayap kapal terbang.

Apa-apa pun, bukan semua student Engineering yang macam tu. Ada je yang low profile. Biasalah, dalam setandan pisang, mesti ada jugak satu yang buruk :p

Sorry la kalau ada yang terasa.

20 July 2012

Selamat Datang ke UPM Adik-Adik!

Assalamualaikum WBT

Dah lama tak update. Hehe. Apa-apa pun nak ucapkan tahniah buat adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ni terutamanya yang dapat sambung degree kat UPM ni. Ahlan Wasahlan, Selamat Datang akak ucapkan. *aku dah jadi senior. macam tak percaya

Jadi disebabkan itulah aku tak update blog. Sebab aku busy menjawab soalan-soalan mereka. Haha. Sungguh overwhelming budak-budak ni. Bagus-bagus. Mendengar kata. Semoga Allah permudahkan urusan dia orang nak masuk universiti.

Berkenaan dengan kos aku pulak, Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) buat setakat ni baru ada seorang junior yang contact aku. Dia la yang bertanya kat aku pasal kos ni sebelum isi UPU lagi. Masa hari result UPU tu, aku pulak yang naik berdebar tunggu result dia. Sorry la Teya, akak memang macam ni. Excited bukan main. Haha.

Alhamdulillah, hari keluar result tu jugak Teya bagi tau aku dia dpt Bachelor Pertanian (Sains Ternakan).


Tengok.. Aku yang terlebih excited. Lepas tu makin ramai adik-adik yang add aku kat FB. Tak kira la dari kos apa pun atau kolej apa pun. Aku pun tak kisah sebenarnya. Sebab aku memang dah niat dah nak tolong junior-junior aku nanti masa Abang Im banyak tolong aku sebelum masuk UPM dulu. Tak lupa juga kak Ada yang banyak bagi pencerahan tentang Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) ni. *bahasa bukan main lagi sejak kawan dengan budak kos bahasa ni. haha

Lagipun aku faham kot perasaan dorang yang nak masuk U ni. Terutama anak sulung. Sungguh la tak tau nak tanya kat siapa. Nasib baik la aku jumpa group UPM INTAKE 2011 dulu. Kalau tak aku pun tak tau la aku nak tanya siapa. Takkan asyik-asyik nak call UPM je kan?

Tapi satu je terkilan sikit sebab kebanyakan student Fakulti Pertanian ambilan kali ni tak duduk Kolej 15. Huhu. Tak pe la. Nanti dapat belajar banyak pasal Sains Komputer dah adik-adik ni banyak dari Fakulti Sains Komputer. Haha. Lagipun tak berkembang la hidup kalau asyik bergaul dengan orang yang sama macam kita kan? Kena juga ada ilmu pasal bidang lain. Tak banyak sikit pun jadi la.

Apa-apa pun, ni first time aku jadi fasilitator untuk orientasi, selalu aku jadi fasilitator untuk program je. Harap-harapnya semuanya berjalan lancar. 
Amin.


p/s: takutnya nak jaga anak orang masa orientasi nanti


13 July 2012

Kolej 15 Kebanggaanku



Assalamualaikum WBT

Tadi masa tengok balik gambar-gambar masa kat UPM ni, baru perasan ada beberapa gambar yang tak dikongsikan di sini. Jadi untuk entry kali ni nak share gambar berkenaan Kolej 15, UPM.

Meja study
Masa ni baru je masuk bilik ni untuk kali pertama

Anggaran keluasan bilik

Pemisah antara dua katil

Luas satu partition


Tempat parking moto dan tempat nak jemur baju

Kolej International

Depan P3

Kolej 15 ni actually sebahagian daripada Kolej Serumpun. Kolej Serumpun terdiri daripada Kolej 12, Kolej 14, Kolej 15 dan Kolej 16. Kolej 15 ni ada lima blok. Blok perempuan blok P3, P5 dan P6. Kalau blok lelaki pula L1 dengan L7.

Perbezaan antara blok ni adalah jumlah penghuni dalam satu bilik. Kalau blok P3 ni ada empat orang sebilik, P5 dengan L1 pulak dua orang sebilik dan P6 dengan L7 ni pulak seorang sebilik. Selalunya kalau tahun pertama memang akan duduk dekat P3 dengan L1 la.

Walaupun orang cakap bilik dekat Kolej Serumpun ni kecik la, sempit la ape la. Tapi bagi aku Kolej Serumpun ni dah cukup selesa. Lagi pun aku rasa kita patut bersyukur la ada juga tempat nak berteduh dari hujan panas daripada sesetengah saudara kita kat Palestin, Iraq dan lain-lain negara lagi yang tak tentu lagi boleh lelapkan mata dengan selesa sampai kadang-kadang tak bangun pagi pergi kelas!

 Selain tu, Kolej Serumpun ni ada kemudahan yang aku kira kolej lain tak ada. Contohnya auto teller machine ataupun ATM. Dekat Kolej Serumpun ada 3 ATM, Agro Bank, Maybank dengan CIMB Bank. Sepanjang duduk dekat UPM, aku tak jumpa lagi kolej lain yang ada ATM. Kalau ada pun Kolej Mohamad Rashid (KMR) tu pun dah tak berpenghuni sebab sekarang KMR pun duduk dekat area Serumpun sekarang.

Sepanjang setahun ni jugak, aku rasa bas paling senang nak dapat dekat Kolej Serumpun berbanding dengan kolej lain. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku nak pergi kelas bas tak ada. Mesti ada punya. Kalau tak ada sangat pun waktu lepas solat Jumaat. Masa tu memang aku akui susah sikit nak dapat bas sebab rata-rata pemandu bas di UPM beragama Islam. Selain daripada tu, kalau student Fakulti Pertanian, ada bas khas untuk ke fakulti. Bas ke Kompleks Agrobio tu, buat setakat ini, memang available dekat Kolej Serumpun je. Sebab rata-rata student Fakulti Pertanian memang ditempatkan di Kolej Serumpun. Kan bertuah jadi penghuni Kolej Serumpun?

bus stop serumpun

tasik serumpun
surau serumpun

koridor asrama

pintu keluar


Dah la, banyak pulak berceloteh. Kesimpulannya, bersyukur la dengan apa yang kita dapat.

Selamat malam


12 July 2012

Paperwork dan Semakan Keputusan UPU Lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma sesi 2012/2013

Assalamualaikum WBT

Sekarang duduk kat rumah nak kata senang lenang tak jugak. Lebih kepada serabut sebenarnya memikirkan paperwork untuk program-program sesi depan belum siap. Masalah utama disini adalah tempat dan juga kewangan. Bak kata orang, no money no talk. Ye.. Maknanya aku harus mencari penaja untuk program kalau macam tu.

Tapi yang paling penting untuk mencari tempat yang sesuai. Aku dah jumpa tempatnya tapi ada masalah nak mencari contact number Pengerusi Felda Kemendor tu. Sesiapa yang ada nombor telefon beliau, silalah kongsikan bersama dengan aku. Aku dah puas Google, tapi tak juga ada contact number. Sesungguhnya pencarian ini memang memerlukan kesabaran.

cari-cari sampai jumpa!

Pejam celik-pejam celik, dah nak masuk sesi pengajian yang baru dah. Adik-adik lepasan Matrikulasi, rakan sebaya lepasan STPM dan abang kakak lepasan diploma dah dekat dengan tarikh untuk semak keputusan UPU masing-masing dah. Ada yang kata 13 Mei 2012 dah boleh check, ada yang kata 15 Mei 2012 dah boleh check. Aku pun tak tahu la yang mana satu. Tapi kalau aku jadi dia orang, memang cuak kot.

gigil la korang.. zaman aku dah lepas.. hahaha


Teringat lagi zaman aku macam la dah lama berlalu.. tahun lepas je pun! Malam tu aku siap mimpi lagi aku dapat Bachelor Pertanian (Akuakultur). Bangun tu terus aku menangis sebab aku tak nak. Aku memang tak minat haiwan tak berkaki ni. Aku ingat lagi. Hari tu hari Jumaat. Aku punya la berdoa supaya dapat veterinar kat UPM.

Bila check, Alhamdulillah aku dapat UPM. Universiti yang memang aku impikan. Sebabnya? Aku pun tak tahu kenapa. I'm just fall in love with it. Cewahhh. Tapi malangnya aku tak  dapat kursus yang aku impikan. Sebaliknya aku dapat Bachelor Pertanian (Sains Ternakan). Terkedu aku depan lap top. Sains Ternakan? Aku nak belaja apa nanti?



Mula-mula memang rasa sedih sebab tak dapat apa yang kita nak. Tapi sekarang rasanya aku dah nampak hikmahnya. Bayangkan, ambil Sains Ternakan ni pun aku dah terkapai-kapai, inikan pula kalau aku ambil veterinar. Tak tahu la apa yang akan jadi. Sebab course ni jugak la aku kenal coursemate aku dan juga Mr Humble. Banyak jugak la yang aku belaja daripada dia orang.

Jadi, walau apa pun yang korang dapat nanti, harapnya korang dapat terima dengan hati yang rela. Yakin la bahawa setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.

Bagi adik-adik yang dapat Kolej Lima Belas (Kolej 15) atau pun Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) tinggal-tinggalkan la komen adik-adik kat blog akak ye? Lecture note akak ada simpan lagi. Hahaha.

Sampai sini je dulu. Bye bye.




09 July 2012

Finally I'm Home~

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi dah selamat berlangsung. Aku berpeluang la menyaksikan kejohanan tu sebagai sukarelawan. Apa-apa pun tak nak cerita lagi pasal kejohanan ni dulu. Tunggu nanti aku dah ada material yang cukup baru buat entry pasal ni.

Semalam bertolak dari UPM pukul 7.00 pagi. Bawak beg berat bukan main. Mengalahkan orang bawak jongkong emas. Lepas tu bawak balik Mr Tedy lagi. Pergh. Semua orang tengok aku pelik je. Lantak kat korang la. Janji aku bahagia. Sampai dekat Puduraya pukul 8.40 pagi. Punya la lambat gara-gara menunggu LRT yang tak kunjung tiba. Naik sengal bahu aku galas beg. Besar dah macam Master Roshi punya cengkerang dah.

Sampai Puduraya, beli tiket Konsortium Bas Ekspress dapat tiket pukul 9.00 pagi. Tu pun tinggal satu je lagi seat. Nasib baik seat kegemaran aku. Apa lagi kalau bukan seat single belakang sekali. Kalau tak aku sanggup tunggu pukul 10 pagi nanti. 

Sebelum naik bas, pergi beli sandwich dulu sebab tak makan apa-apa pun sejak dari pagi semalam lagi. Kebulur tak ingat dunia aku tahu tak. Masa tu pun dah start gigil sikit-sikit dah sebab tak makan. Kurang gula agaknya. Lepas tu pergi beli novel tajuk "Cinta Kontrak" buat baca dalam bas.

Bila dah bertolak, mula-mula tu okay je. Tapi bila dah start naik highway aku rasa tak sedap hati je. Maklumlah driver bas ni bawak bas laju kot. Dah la dengan air cond tak rasa. Berpeluh aku dalam bas tu. Dah sampai dekat Tapah, bas tu bau hangit je. Aku dalam hati dah berdoa. Apa-apa pun jadi biar aku jumpa mak abah aku dulu. Dah lama tak jumpa oii. 

Alhamdulillah pukul 1 aku selamat sampai kat Hentian Bas Kamunting. Turun bas hati senang lenang je. Jalan kedek-kedek pergi kat kereta sambil bawak Mr Tedy je. Beg-beg semua adik lelaki aku yang angkat. Nasib kau la dapat kakak kejam macam aku. Lagipun bukan selalu aku balik. Sekali sekala je kan? Hahaha

Makan tengah hari mak masak lauk favourite aku, Sambal tumis udang dengan petai, ikan kembung goreng dan bendi goreng belacan. Perghh. Memang terangkat lah. Petang pulak mak masakkan bubur durian makan dengan roti Gardenia. Perfect.

Gambar ehsan Google

Gambar ehsan Google

Yummy~

Gambar ehsan Google

Huhu.. Semua gambar ehsan Google. Aku cilok dari blogger-blogger lain punya gambar. Harap dorang tak saman aku. Sebab aku ni miskin sangat tak gantikan lagi memory card adapter aku yang hilang hari tu. Card reader pulak aku tak tahu la aku bawak balik ke tak. Aku tak unpack lagi beg baju aku.

Sekarang ni, dah sampai rumah kena fikirkan pulak kertas kerja untuk program-program yang akan datang. Ahh. Peningnya kepala nak cari duit untuk buat program. Nak cari tempat untuk buat program lagi. Sesiapa yang ada idea untuk program berbentuk kebajikan, silalah kongsikan idea anda dengan aku. Huhu


p/s: Rindu Mr Humble :(

06 July 2012

Info Mengenai Rakun

Assalamualaikum WBT

Tengok Muezz dah dapat jadi daddy kepada Keeva dan Zerra, hati aku makin cemburu. Aku nak jugak jadi mommy. Tapi bukanlah mommy kepada ferret. Nak jadi mommy kepada rakun. Boleh? Siapa yang rasa kaya sangat sampai tak tahu nak buat apa dengan duit tu, silalah muliakan hati anda belikan seekor rakun untuk aku. Hahaha. Ada ke orang akan buat macam tu?

Rakun ni nama dia REMO.
Hidup selama 18 tahun di bawah jagaan penuh kasih sayang oleh tuannya.
Banyak info yang aku dapat daripada tuan dia

Tapi bila buat research kat internet, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum bela rakun ni. Lebih kepada persediaan mental aku sebenarnya sebab rakun ni haiwan liar. Nak latih rakun tu behave memang la perlukan kesabaran yang tinggi. Rakun ni boleh je jadi haiwan peliharaan yang baik. Asalkan kena dengan cara kita latih dia. 

Perkara pertama yang perlu kita tahu, rakun ni menggigit ye? Tapi gigit dia tak la sakit sangat. Aku dah pernah rasa dah dulu masa FONESTA 14. Kalau nak tengok, rujuk balik entry Snow Si Rakun ni. Rasanya macam kena gigit dengan kucing je. Tapi bergantung pada individu la kan? Bagi aku kalau kucing gigit tu tak ada masalah la. Dah selalu sangat kena gigit dan cakar. Tapi kalau tak biasa, mau histeria jadinya kan?

jangan pukul dia walau apa pun yang dia buat
So, bila rakun ni gigit kita, JANGAN sesekali pukul rakun tu ok? Nanti rakun tu ingat korang musuh dia dan nak serang dia. Jadi, tindakan dia mungkin lebih ganas daripada tu. Jalan terbaik adalah cakap "JANGAN" atau "NO" ikut suka la nak guna yang mana dengan tegas. Kalau aku cakap NO je sebab satu suku perkataan. Hahaha. Dasar pemalas. Biasakan rakun dengan perkataan NO tu. Rakun ni sebenarnya antara haiwan yang bijak ok? Dia boleh faham bila kita dah latih dia. 

Lagi satu, rakun ni sememangnya terkenal sebagai haiwan perosak. Sebab tu kat satu negara tu dorang tembak mati je rakun ni. Jadi untuk elakkan rakun ni dari rosakkan barang-barang kepunyaan kita, bagi rakun ni barang dia sendiri. Maknanya dia boleh main dengan barang-barang tu dan rosakkan barang-barang tu. Setiap kali rakun cuba nak rosakkan barang-barang kita, ambil barangan kita tu dan jangan lupa cakap NO lepas tu gantikan dengan barangan dia. Lama kelamaan dia akan tahu barang tu dia tak boleh kacau.

Okay, sebut pasal barang-barang rakun, ada perkara asas yang perlu kita sediakan untuk bela rakun. Yang pertama sekali, bilik dia sendiri. Sebenarnya tak digalakkan untuk mengurung rakun dalam sangkar. Rakun ni mesti bebas bergerak supaya dia tak berhadapan dengan risiko obes. Kalau kena kurang pun, bukan untuk jangka masa yang lama dan sangkar tu mestilah besar ok? Selain daripada tu, amat digalakkan untuk sediakan katil lengkap dengan tilam, bantal dan juga selimut. Bantal tu biar banyak tak pe boleh dia buat main. Heh! Dah macam manusia dah. Rakun ni selalu akan koyakkan tilam dan buat macam bentuk sarang. Jadi, silalah bersabar dengan kerenah rakun ni.

Selain daripada tu, sediakan jugak cat tree yang tahan lasak. Kalau boleh cat tree ni biar attach dekat syiling rumah supaya rakun ni boleh panjat dengan gembira sekali. Ni salah satu cara untuk bagi rakun exercise dan mengelakkan obes. Sediakan jugak litter box untuk rakun ni. Jangan risau, rakun boleh dilatih untuk menggunakan litter box. Untuk bekas makanan dan minuman pulak, pilih dari jenis yang tahan lasak dan berat supaya dia tak boleh buat main dengan bekas tu. Tak payah la bercita-cita nak beli Catit Water Drinking Fountain and Food Bowl tu. Habis dia buat main kang macam Keeva dengan Zerra buat. Tu baru ferret, belum rakun lagi. Tak dapat aku bayangkan apa yang bakal terjadi. Hahaha.

layankan je dia gigit tu
Untuk mainan pulak, digalakkan sediakan anak patung berbentuk haiwan yang terdiri dari pelbagai jenis, saiz dan warna. Biar dia gigit benda alah tu daripada dia rosakkan barang-barang kita. Selain tu, belikan dia bola getah yang ada loceng atau mainan haiwan lain yang berloceng. Ni lebih menarik minat rakun ni. Mostly untuk mainan, boleh je belikan mainan untuk baby kasi kat dia. Sebab mostly mainan baby memang direka untuk digigit pun. Jadi akan tahan la sikit.



Dari segi pemakanan pulak, rakun ni omnivor. Jadi dia macam kita la, makan ape je yang nampak sedap. Haha. Tapi untuk elakkan obes pada rakun ni, kena rancang la makanan dia. Boleh bagi rakun ni makanan kucing atau anjing. Selain tu, bagi jugak buah-buahan macam anggur, epal, strawbery, avacado, buah pear, buah pisang, honeydew dan jugak tembikai. Untuk sayur pulak, boleh kasi dia asparagus, salad, lobak merah dan jagung. Rakun ni tak digalakkan makan daging merah ok? Sebaik-baiknya bagi dia makan ayam tanpa lemak.

its dinner timeeeee~!
Nak latih rakun ni pulak, pastikan ada makanan ok? Sebab rakun ni memang suka makan. So, kalau dia dah berjaya atau nak umpan dia untuk tak melakukan sesuatu yang kita tak suka, cara terbaik adalah dengan bagi dia makanan. Ada sekor rakun ni, dia paling suka makan Kelogg Cereals. -__-"


Banyak pulak aku celoteh. Nanti la aku sambung lagi. Aku rasa excited sebenarnya dapat tahu benda-benda ni. Nak kongsi tapi masa tu busy sangat. Sekarang baru ada peluang tambah pulak bila dah tengok Zerra dan Keeva. Bertambah-tambah semangat aku.

p/s: nak tahu cerita Muezz bersama dengan Zerra dan Keeva? Klik sini


05 July 2012

KPO 2012/2013

Assalamualaikum WBT

Fuh.. Fuh.. Haha.. Bajet tiup habuk dan sawang kat blog ni. Lama dah tak update sejak Malam Apresiasi Gemilang hari tu. Banyak sebenarnya benda yang dah berlaku. Salah satunya merangut hampir setengah semangat aku. Apa bendanya? Biarlah Te'ah, Nad dan Kak Fatin je yang tahu. Mengingatkan perkara tu boleh mengundang butir-butir mutiara di mataku yang dah macam panda nih. Tak pe la. Walau sekuat mana pun digenggam, kalau bukan jodoh akan terlerai juga, walau sekuat mana pun ditepis, kalau dah jodoh, bersatu juga kan? Dah.. Tak nak ingat dah. Syuhhh. Pergi jauh-jauh.

Aku sekarang ni tengah menikmati pakej percutian terhebat sejak duduk kat UPM ni. Bukan senang nak duduk bilik sorang-sorang, bak kata Kak Zam, buka je pintu tengok kiri, tengok kanan tak ada orang. Shower pulak dah tak payah berebut. Boleh basahkan badan kat shower pertama, sabun kat shower kedua,  scrub kat shower keempat dan bilas di shower kelima. Hahaha. Ni la jadinya bila orang lain dah habis exam balik laju-laju ke rumah masing-masing, tapi aku duk tersadai di sini atas beberapa komitmen. 

Last paper Principles of Biochemistry 2.00 petang sampai 4 petang 23 Jun 2012. Azwan dan Hakim ucapkan selamat pulang ke Pahang. Apakah? Aku duduk kat Perak la woi! Yang duduk kat Pahang tu "orang tu" bukannya aku! Apa-apa pun aku still tak boleh balik sebab 24 Jun malam tu aku ada Kursus Pemantapan Organisasi MTM 2012/2013. Dapat mesej dari Mok suruh sediakan slide untuk rancangan program sesi depan beserta dengan bajet. T.T

24 Jun 2012
Malam tu makan dekat bilik meeting. Lepas tu pergi Dewan PJSD sebab ada LDK. Wahh tak sangka Mamu jadi fasi. Aku agak mesti best punya. Tambah best kalau ada Kak Biah. Hahaha. Tapi Kak Yana dengan Basir pun best jugak. Mula-mula dapat fail. Dalam fail tu ada nama baru kita orang. Aku dapat LIPAS. Pastu kena pakai nama tu sepanjang program. Mamu cakap tu nama dia dulu. Haha, Bangga kejap. Dah lepas ice breaking, kita orang dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Aku kumpulan dengan Nash, Mok, Ayie dan Kiah. Memang terbaik la. Macam-macam game la kita orang main malam tu. Semuanya best-best belaka.

25 Jun 2012
Pagi tu ada sesi bersama dengan pihak pengurusan Kolej 15. Petang ada taklimat pasal paperwork dengan surat. Jadi masa tu la nak tanya kot-kot ada yang tak faham. Nasib la aku dah pernah buat paperwork. Kalau tak memang blur jugak la kot rasanya. Petang tu, buat pertama kali dalam hidup aku main bola tampar. Hahaha. Best jugak. Tak tahu la sama ada bola tampar tu yang best atau disebabkan MTM-MTM lain yang sporting dan happening.

buat semak je aku bukannya main sangat pun :p

have a break.. have a kit kat

mok hebat giler main bola tampar

Aku, Annuar dan Kak Yus

dah habis main

Malam tu pulak ada mini Xplorace. Peh.. Semput aku berlari dah lama tak lari. Stamina makin kurang serta badan pun dah macam beruang panda. Hahaha. 

Kita orang semua kena makan campuran ni dan peria T.T

Apungkan jarum dalam air

Masa ni tangan aku basah dengan air kolam + air liur Mat Yo T.T

Kami kumpulan hebat

Mok sampai tertidur tunggu kita orang habis jawab soalan SIAPA TU?


26 Jun 2012

Hari terakhir. Pagi tu ada taklimat ISO daripada Cik Lin. Lepas tu LDK dengan partner masing-masing untuk buat slide rancangan program sesi depan. Lepas Zohor pulak kita orang berkumpul kat Dewan PJSD sekali lagi. Main game jugak. Petang lepas Asar pergi Bukit Ekspo. Main game lagi. Game memang best la. Dah habis main game, Mamu belanja makan tembikai. Thanks Mamu! Malam lepas Maghrib, bersiap sedia nak present rancangan program kat Bonda. Then, tangkap gambar formal dan berkumpul balik kat PJSD sebab ada game lagi. Yay! Aku memang suka game yang dorang buat. Dalam hati tertanya-tanya, mana la dorang dapat game yang best-best ni.

tengah bincang strategi

jadi mak andam tak bertauliah
haha.. din dah tukar jadi kiah sampai group lawan pun terpedaya
Untuk game PANG PING PONG PIANG, aku punya la cuak takut sejarah KPO Saujana Asahan jadi lagi. Kebetulan Annuar pun satu group ngan aku masa tu. Masa kat Saujana Asahan tu, group kita orang la yang paling banyak kena tepung gara-gara aku salah sebut. Nasib baik la Annuar faham jadi dia suruh aku sebut nombor je. Maka, KAMILAH JUARA sebab sekali je kena tepung.. Hee :D

Aku, Annuar, Ikhwan, Najib dan Muezz
Masa kat Saujana Asahan dulu -__-"

KAMILAH JUARA!

Tukar ahli, tambah Hanim yang comel dan Mat Yo yang sporting

Mok 30 tahun akan datang??

Untung la Mamu yang join kali ni tak nakal.. Kalau tak dengan Mamu sekali  kena tepung

Habis main pukul 5 pagi, lepas tu masing-masing balik bilik tidur. Apa-apa pun, terima kasih dekat Pihak Pengurusan Kolej 15, MTM 2011/2012 dan Top 7 yang rancang kem ni. Korang memang terbaiklah! Hasilnya, aku dah tak kekok nak bersembang dengan MTM Sekretariat lain sebab sebelum ni kita orang dari course yang berbeza, jadi macam janggal sikit bila nak sembang. Sekarang tak lagi. Siap boleh mengusik lagi. Haha.

p/s: thanks Hanim upload gambar. Boleh mira tempek kat sini. Haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...