Si Pengembala Kambing :)

Pages

08 June 2012

Malam Apresiasi Gemilang III


Assalamualaikum WBT

Syukur ke hadrat Ilahi Malam Apresiasi Gemilang III (MAG) dah selamat berlangsung 31 Mei 2012 yang lepas. Majlis ni sebenarnya merupakan majlis penyerahan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 15 2011/2012 (MTM) kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 15 2012/2013. 

Sebelum ni aku ada cakap yang aku dengan Muezz jadi AJK Pendaftaran kan? Fakhri dengan Qayyum pula AJK Teknikal manakala Nuruddin AJK Makanan. Rupa-rupanya ada something yang lebih mengejutkan daripada menjadi AJK MAG. Nak tau ape?

Alhamdulillah tak sangka dapat peluang sebegini. Ye la. Dekat Kolej 15 tu ramai je yang lebih layak daripada aku. Tapi mungkin rezeki aku, ada juga orang nampak potensi aku kan? Makanya aku terima dengan hati yang besar.

Lagipun, kalau nak bergantung pada keputusan akademik semata-mata memang tak ada majikan la yang akan pandang aku. Sekarang ni pelajar yang dapat 4 flat aje dah bersepah-sepah macam kucing terbiar kat tepi jalan. So, kena la ada sesuatu untuk menambah nilai diri kita kan? Majikan sekarang pun dah tak tengok sangat berapa biji A yang kita dapat. Tak percaya cakap aku? Tengok ni.



Pengalaman bekerja bagi lepasan universiti ni agak susah la sikit nak dapat kan? Melainkan masa Latihan Industri. So, kena la bergantung pada yang lain untuk dapatkan kerja. Okay, tak nak melalut panjang-panjang. Jom tengok gambar masa MAG


Nampak sangat aku pendek sampai Muezz terpaksa tunduk bercakap dengan aku -__-"

Ikrar
MTM 2011/2012
Wakil Kolej 15 

MTM 2012/2013




2 Generasi MTM Kebajikan dan Kesukarelawanan

Aku dan Muezz
Semoga kami dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik

Aku terima tugas ni bukan nak kejar glamour atau pun gilakan kuasa. Tapi aku terima untuk jadikan pengalaman, belajar sesuatu yang baru. Belajar macam mana nak berurusan dengan pelbagai pihak yang terdiri daripada pelbagai kerenah, belajar untuk bekerja sebagai satu organisasi, belajar nak membuat keputusan, dan yang paling penting, belajar untuk uruskan masa. Ye la, sebagai pelajar, tugas utama aku adalah untuk menuntut ilmu. Jadi diharapkan aku mampu membahagikan masa dengan baik.

Setakat ni je dulu aku nak berceloteh kot. InsyaAllah ada masa aku coretkan lagi sesuatu di sini.


p/s: ingin aku tegaskan sekali lagi bahawasanya aku dan Muezz hanya KAWAN BAIK. tak lebih dari itu. aku mungkin boleh terima dan layan je orang nak gosipkan aku dengan siapa pun sebab aku jenis yang tak kisah. tapi orang yang digosipkan dengan aku tu ada sesetengahnya yang tak boleh terima tu dan mula menjauhkan diri daripada aku. Please.. aku tak mahu pisang berbuah dua kali. cukup aku hilang seorang yang rapat dengan aku sem ni aku tak mahu hilang sorang lagi sem depan coz it is really hurt when i have to pretend that everything is okay while its not.

5 comments:

farah hanim said...

wee :)
tahniah
kolej kami k16 pon da jugak perlntikan :D

Noor Amirah Mohd Nor said...

tme kasih.. perlantikan kolej 16 ble?? kt dewan PJSD tu ea??

syuhadaa said...

Canggeh!

Masa awal-awal ni laa nak aktif dalam aktiviti kolej. Besok dah dekat final year, memang dah tak sempat dah sebab bizi ngan projek.

Tapi ingat, study MUST be on the top of priority list!

Hwaiting! :D

KechikumA said...

Tahniah~!
Semoga dapat menjalankan tugas dengan jayanya. ^^

Noor Amirah Mohd Nor said...

insyaAllah.. tme kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...