Si Pengembala Kambing :)

Pages

03 June 2012

Amali Sembelihan

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah hari tu aku berpeluang untuk terlibat dalam amali sembelihan. Bukan sembelih ayam tau? Tapi kali ni aku sembelih lembu. Memang aku dapat tengok la dari lembu tu tegak berdiri, pastu ditumbangkan, disembelih, dilapah dan di simpan masuk dalam peti sejuk.

Petang tu, untuk subjek Amalan Ladang : Pengeluaran Ternakan, kita orang dijadualkan untuk amali sembelihan. Yang bestnye sebab tak ramai nak dekat dengan lembu tu sebab tak sampai hati. Jadi aku yang sejak kebelakangan ni cold-blooded ni tercongok la kat depan lembu yang dah tersedia terbaring menunggu masa untuk disembelih. 

Tapi mesti la bukan kita orang yang sembelih. Kang tak menepati syariat kang, sia-sia je lembu tu mati. Staff yang sembelihkan. Tapi dibantu kita orang la. Sebab lembu tu kan besar jadi kena banyak tenaga la. Part paling best masa aku dapat lapah sendiri lembu tu gara-gara ramai yang tak nak lapah. Yang cakap takut baju kotor pun ada. Tu la korang, gedik sangat tak bawak coverall. Aku dah siap wat announcement dah pagi tu suruh bawak. Tapi tak nak bawak. Panas la itu la ini la. Rugi je RM75 beli coverall tapi tak pakai.

Dah la, malas nak cakap banyak-banyak. Tengok je la gambar-gambar ni.

lembu ni dah disembelih

masing-masing excited

tengok je? tolong la lapah weyh

ok.. kenapa gmbr aku tgh melapah kat bawah tu xmasuk sekali T.T

haha.. muezz ada tanduk

BUAT ADIK-ADIK BAKAL PELAJAR SAINS TERNAKAN, AKAK TAK LETAK GAMBAR LEMBU YANG KENA SEMBELIH TU.. GAMBAR-GAMBAR YANG BERDARAH TAK BOLEH LETAK KAT SINI.. KANG ADA LAK ANIMAL LOVER YANG RADIKAL REPORT AKAK ABUSE ANIMAL LAK.. JADI LETAK GAMBAR ORANG JE LA.. TU PUN KALAU ADA ORANG NAK REPORT GAK AKAK PUN TAK TAU NAK CAKAP APA

2 comments:

syuhadaa said...

Disclaimer kat bawah sekali memang terbaekk! Hihi.

Time2 macam ni lah nak merasa melapah lembu/kamben, time kat kampung dah tak dapat dah wat keje2 gini.

:)

Noor Amirah Mohd Nor said...

haha.. btul tu kak.. sbb fikir kat kampung xdpt nye nak wat kerja2 melapah ni.. sbb tu la mira wat.. peluang bkn slalu dtg.. klau ckp kt org yg sembelih lembu mse raya korban tu kita nak tolong lapah, mau nya dia sruh pergi tolong potong daging lembu tu utk diagihkan je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...