Si Pengembala Kambing :)

Pages

08 June 2012

Malam Apresiasi Gemilang III


Assalamualaikum WBT

Syukur ke hadrat Ilahi Malam Apresiasi Gemilang III (MAG) dah selamat berlangsung 31 Mei 2012 yang lepas. Majlis ni sebenarnya merupakan majlis penyerahan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 15 2011/2012 (MTM) kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 15 2012/2013. 

Sebelum ni aku ada cakap yang aku dengan Muezz jadi AJK Pendaftaran kan? Fakhri dengan Qayyum pula AJK Teknikal manakala Nuruddin AJK Makanan. Rupa-rupanya ada something yang lebih mengejutkan daripada menjadi AJK MAG. Nak tau ape?

Alhamdulillah tak sangka dapat peluang sebegini. Ye la. Dekat Kolej 15 tu ramai je yang lebih layak daripada aku. Tapi mungkin rezeki aku, ada juga orang nampak potensi aku kan? Makanya aku terima dengan hati yang besar.

Lagipun, kalau nak bergantung pada keputusan akademik semata-mata memang tak ada majikan la yang akan pandang aku. Sekarang ni pelajar yang dapat 4 flat aje dah bersepah-sepah macam kucing terbiar kat tepi jalan. So, kena la ada sesuatu untuk menambah nilai diri kita kan? Majikan sekarang pun dah tak tengok sangat berapa biji A yang kita dapat. Tak percaya cakap aku? Tengok ni.



Pengalaman bekerja bagi lepasan universiti ni agak susah la sikit nak dapat kan? Melainkan masa Latihan Industri. So, kena la bergantung pada yang lain untuk dapatkan kerja. Okay, tak nak melalut panjang-panjang. Jom tengok gambar masa MAG


Nampak sangat aku pendek sampai Muezz terpaksa tunduk bercakap dengan aku -__-"

Ikrar
MTM 2011/2012
Wakil Kolej 15 

MTM 2012/2013




2 Generasi MTM Kebajikan dan Kesukarelawanan

Aku dan Muezz
Semoga kami dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik

Aku terima tugas ni bukan nak kejar glamour atau pun gilakan kuasa. Tapi aku terima untuk jadikan pengalaman, belajar sesuatu yang baru. Belajar macam mana nak berurusan dengan pelbagai pihak yang terdiri daripada pelbagai kerenah, belajar untuk bekerja sebagai satu organisasi, belajar nak membuat keputusan, dan yang paling penting, belajar untuk uruskan masa. Ye la, sebagai pelajar, tugas utama aku adalah untuk menuntut ilmu. Jadi diharapkan aku mampu membahagikan masa dengan baik.

Setakat ni je dulu aku nak berceloteh kot. InsyaAllah ada masa aku coretkan lagi sesuatu di sini.


p/s: ingin aku tegaskan sekali lagi bahawasanya aku dan Muezz hanya KAWAN BAIK. tak lebih dari itu. aku mungkin boleh terima dan layan je orang nak gosipkan aku dengan siapa pun sebab aku jenis yang tak kisah. tapi orang yang digosipkan dengan aku tu ada sesetengahnya yang tak boleh terima tu dan mula menjauhkan diri daripada aku. Please.. aku tak mahu pisang berbuah dua kali. cukup aku hilang seorang yang rapat dengan aku sem ni aku tak mahu hilang sorang lagi sem depan coz it is really hurt when i have to pretend that everything is okay while its not.

03 June 2012

Amali Sembelihan

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah hari tu aku berpeluang untuk terlibat dalam amali sembelihan. Bukan sembelih ayam tau? Tapi kali ni aku sembelih lembu. Memang aku dapat tengok la dari lembu tu tegak berdiri, pastu ditumbangkan, disembelih, dilapah dan di simpan masuk dalam peti sejuk.

Petang tu, untuk subjek Amalan Ladang : Pengeluaran Ternakan, kita orang dijadualkan untuk amali sembelihan. Yang bestnye sebab tak ramai nak dekat dengan lembu tu sebab tak sampai hati. Jadi aku yang sejak kebelakangan ni cold-blooded ni tercongok la kat depan lembu yang dah tersedia terbaring menunggu masa untuk disembelih. 

Tapi mesti la bukan kita orang yang sembelih. Kang tak menepati syariat kang, sia-sia je lembu tu mati. Staff yang sembelihkan. Tapi dibantu kita orang la. Sebab lembu tu kan besar jadi kena banyak tenaga la. Part paling best masa aku dapat lapah sendiri lembu tu gara-gara ramai yang tak nak lapah. Yang cakap takut baju kotor pun ada. Tu la korang, gedik sangat tak bawak coverall. Aku dah siap wat announcement dah pagi tu suruh bawak. Tapi tak nak bawak. Panas la itu la ini la. Rugi je RM75 beli coverall tapi tak pakai.

Dah la, malas nak cakap banyak-banyak. Tengok je la gambar-gambar ni.

lembu ni dah disembelih

masing-masing excited

tengok je? tolong la lapah weyh

ok.. kenapa gmbr aku tgh melapah kat bawah tu xmasuk sekali T.T

haha.. muezz ada tanduk

BUAT ADIK-ADIK BAKAL PELAJAR SAINS TERNAKAN, AKAK TAK LETAK GAMBAR LEMBU YANG KENA SEMBELIH TU.. GAMBAR-GAMBAR YANG BERDARAH TAK BOLEH LETAK KAT SINI.. KANG ADA LAK ANIMAL LOVER YANG RADIKAL REPORT AKAK ABUSE ANIMAL LAK.. JADI LETAK GAMBAR ORANG JE LA.. TU PUN KALAU ADA ORANG NAK REPORT GAK AKAK PUN TAK TAU NAK CAKAP APA

02 June 2012

Terima Kasih Sahabat =)

Assalamualaikum WBT

Hari tu tiba-tiba dapat mesej dari Aida, katanya dia on the way nak ke Putrajaya. Aku minta dia datang jenguk aku kat UPM ni. Maklum la. Sejak masuk UPM ni tak ada sape sudi nak datang melawat. Isk.. Isk.. Lpeas tu dapat satu lagi mesej, katanya dia tidur kat bilik Huz. Weee~ Ingat nak pergi lepak kat bilik Huz kat Kolej 13 tu, tapi ada meeting untuk Malam Apresiasi Gemilang (MAG) pulak. Then, Aida ajak aku keluar dengan Huz dan Ella. Aku pun ok je. 

















































Aku rasa happy sangat sebab rasa macam balik zaman sekolah dulu. Even dah macam-macam orang aku jumpa. Tapi tak de yang perangai gila-gila macam dia orang. Okay, Kak Biah mungkin.. :p haha.. Tapi tu la yang sebenarnya yang menambahkan warna dalam hidup aku. Thanks kawan-kawan
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...