Si Pengembala Kambing :)

Pages

28 May 2012

Semai Bakti di Zoo Negara Jadi Lawatan Ke Wetlands

Assalamualaikum WBT

Ceritanya bermula pada pagi Jumaat, 5 Mei 2012 di mana aku dan roommates aku fail bangun pagi tu. Aku buka mata je dah pukul 9.15 pagi. Ah! Goodbye kelas Kimia Pertanian. Memang aku tak pergi la kelas. Then bangun pergi mandi dan ganti balik solat Subuh yang dah terbabas tu, baru teringat nak check handset. Terbeliak mata aku baca mesej Kak Kina yang memaklumkan AJK Malam Pesona Bintang kena berkumpul pukul 10 sebab kita orang akan pergi hotel dulu untuk set up. Siap suruh bawak baju semua lagi. Arghhh. Waktu tu dah pukul 9.45 pagi kot! Mesej Kak Kina. Kak Kina cakap second trip pukul 12 tengah hari. Tarik nafas lega jap.

Then tiba-tiba aku dapat tahu program aku dah lulus. Oh tidak! Mesej Kak Kina cakap tak boleh pergi sebab nak uruskan hal Zoo Negara ni. Aku siap suruh Fany gantikan aku lagi sebab Azie pergi kenduri masa tu. Kepala masa tu rasa macam nak pecah sebab hari tu hari Jumaat, nak minta bas, nak tempah makanan, nak cari peserta lagi, nak panggil AJK segala. Apa-apa pun, aku pergi settle hal bas dulu. Nasib masa aku tanya dia cakap bas ada.. Tapi sebiji je la. Kalau minta dua biji tak lepas. Aku pun setuju je la. Hantar borang segala, nak dijadikan cerita aku tak tulis nombor telefon aku kat borang bas tu! Muezz la terpaksa hantar borang tu kat Unit Kenderaan sebab aku tengah settle hal makanan.

Dah settle semua tu, aku duk pening kepala fikir siapa nak ganti tempat aku dengan Muezz sebab aku dengan Muezz tak dapat pergi gara-gara ada test hari tu. Aku tak faham betul kenapa mesti ada test hari Ahad? Panggil AJK turun meeting tapi tak sorang pun datang kecuali Fakhri, Azie dan Fany. Memang rasa serabut sangat masa tu dengan pesertanya tak cukup lagi. Huhu. Tambah pulak dengan uruskan hal BAKSIS lagi. Pastu ada lak makhluk Allah ni yang mempertikaikan perkara yang aku diminta untuk sampaikan. Hello! Aku sampaikan je. Ko tanye la Pengarah Program kenapa dia letak nama Haffiz sebagai AJK?

Sekali lagi aku rasa sangat selekeh bergaduh dengan orang semata-mata nak pertahankan Haffiz. -___-" Dulu masa sem satu, ni sem 2 jadi lagi. Sengal sungguh! Terus aku tidur malam tu. Keesokannya pergi BAKSIS pun dengan muka macam nak bunuh orang. Lantak kat korang la nak cakap aku sombong ke apa ke. Aku tengah serabut dengan program aku sendiri. Kalau ikut hati memang aku buat tak tahu je pasal projek mega BAKSIS tu. Tapi sebab kesian kebanyakan yang buat tu tak ada pengalaman, aku tolong la mana yang aku boleh tolong. Memandangkan kita orang dah terlewat nak present berbanding dengan kumpulan BAKSIS yang lain.Tapi tu pun bising. Aku pun tak faham. So sepanjang hari tu aku biarkan Azie je yang cakap. Aku duk call sana sini, cari peserta untuk program Zoo Negara tu. Nasib baik la Kak Izzah dengan Muezz banyak tolong.

Esoknya, malang memang tak berbau. Aku memang tak sedap hati pasal pengangkutan dan selalunya naluri aku memang kuat. Pagi tu jadi bukti yang naluri aku sentiasa betul. Bas tiba lewat! Syarat untuk jadi sukarelawan kat Zoo Negara pulak, sukarelawan kena tiba sebelum pukul 8.15 pagi. Kalau tak kira cancel la. Tu pun Zoo Negara dah nego dah dengan kita orang. Tapi sebab lambat sangat. Maka program aku hancur sekelip mata. T.T. Aku harap sangat masa tu ada bas datang rempuh aku sampai leper atas jalan sebab tak sanggup nak berdepan dengan peserta-peserta, felo-felo dan juga Cik Lin.

Tapi nasib baik la Cik Lin tak marah. In fact Cik Lin siap bawak peserta-peserta ni pergi Wetland dengan rumah Cik Lin lagi. Terima kasih sangat-sangat Cik Lin. Aku dengan Muezz lak macam mayat hidup pergi test ACT2111. Aku masuk, duduk, amik pen, tulis nama, tulis no matrik, tulis program pengajian pastu tengok soalan. Aku tutup terus buku jawapan. Tapi bila fikir mak ngan abah, aku buka balik, selak sana selak sini cari mana yang boleh dijawab. Tapi kebanyakannya memang tak berjawab.

Balik tu cuba untuk tidur tapi tak boleh tidur, asyik terfikir benda tu je. Aku jadi makin stress sebab aku tak menangis. Selalunya kalau stress aku akan menangis jadi stress aku akan hilang. Tapi yang ni tak tau kenapa tak nak keluar air mata. Akhirnya aku berjaya jugak menangis gara-gara sentap dengan Haffiz. Heh! Malam tu bagi tau Kak Izzah, then Kak Izzah cadangkan untuk call Zoo Negara minta nak buat lagi program tu. Lepas dah dengar nasihat daripada Cik Lin, akhirnya program Zoo Negara ni akan ditunda hingga ke 7 Oktober 2012. 

Kali ni, aku kena panggil AJK meeting, sma ada masih berminat nak jadi AJK atau tak. Then aku tak nak dah buat kerja last minit ni. Memang aku tension abis la. Apa-apa pun, thanks kat Muezz dengan Kak Izzah sebab banyak support aku.. Kalau dia orang tak ada, aku tak tahu nak buat apa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...