Si Pengembala Kambing :)

Pages

16 May 2012

Nota Ringkas Budak Ternak


Assalamualaikum WBT

Lama rasanya tak bercerita kat sini. Macam-macam dah terjadi sebenarnya sepanjang menyepikan diri. Masa 24 jam sehari macam tak cukup je rasanya. Aku akui aku rindu nak coret sesuatu kat sini sejak kali terakhir aku tulis dekat sini mengenai FESTIK. Tapi tak tahu nak mula dari mana, mungkin aku patut list dulu apa yang dah terjadi sepanjang menyepikan diri ni sebagai peringatan untuk hurai lebih lanjut pada entry-entry yang akan datang.

1.Birthday Muezz
2.Semai Bakti di Zoo Negara
3.Prestasi Pelajaran
4.Pendaftaran Kursus
5.Lab Report
6.Sembelih Lembu

Dan 
Yang terbaru sekali dipilih sebagai AJK Pendaftaran untuk Malam Apresiasi Gemilang. Partner aku of course la Muezz. Siapa lagi kan? Nasib baik jadi AJK je. Kalau pegang jawatan yang lagi tinggi, tak payah tunggu Muezz cakap tak nak, aku sendiri tarik dia terjun dalam tasik dengan aku. Haha. Dalam masa yang sama seronok jugak sebab classmate yang lain pun terlibak jugak. Nuruddin AJK Makanan, Fakhri dengan Qayyum AJK Teknikal.

Apa-apa pun, aku harapkan dapat selesaikan semua tugasan ni dengan lancar dan yang paling penting sekali, dapat seimbangkan antara aktiviti kolej dan juga pelajaran. Jadi, tolong doakan aku dan Muezz ye? Bak kata Dauzshanley dalam entry Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya , doa orang pada kita tu lagi berkat dari doa kita sendiri.

Okaylah, ngantuk dah ni. Nanti aku cerita dengan lebih lanjut bila ada kelapangan



p/s: Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...