Si Pengembala Kambing :)

Pages

20 May 2012

HaPPY BirThDay Muezz

Assalamualaikum WBT

Cerita ni sebenarnya dah lama tersimpan dalam draft. Tapi baru hari ni nak publish gara-gara aku baru sedar bahawa gambar-gambar masa birthday Muezz tu dalam memory card yang hilang tu. Memang la sememeh aku ni. 

Okaylah, tak banyak nak cakap pun sebenarnya. Nak cerita lebih kat bahagian sebelum sambut birthday Muezz je rasanya. Apa-apa pun, jom tengok gambar kek birthday Muezz dulu sebab lepas ni semuanya akan cakap pasal kek tu

ni la dia keknya haa.. gambar pun terpaksa curi drpd muezz sbbnya aku mmg da xde gambo -__-"

Mula-mula boleh terfikir nak tempahkan kek ni untuk Muezz sebab Muezz bergurau dengan aku kata nak kek birthday ada gambar Kamen Rider. Aku pun ye kan aje la malas nak layan kan. Lepas tu dengar lak dia cabar Tajul untuk prank dia. Pergh.. Berani sungguh budak itu. Tajul tu bukan boleh dibuat main.. Dibuatnya betul-betul kang. Berlari sampai ke Johor engkau. Aku dengan Fakhri pun layan je la cabaran dia.

Kebetulan pulak birthday dia masa hari terakhir cuti midsem kan (hari Ahad)? Jadi aku pun balik la awal (hari Jumaat) walaupun mak aku tak kasi sebab aku tengah demam. Aku balik awal sebab masa aku tanya kedai yang nak tempah kek tu, dia nak 3 hari sebelum tarikh nak ambil kek tu. Jadi terpaksa la balik Jumaat tu. Dah la aku balik rumah hari Selasa -__-"

Maka Jumaat tu aku pergi la tempah kek tu kat Baker Cottage Sri Serdang dengan badan yang tak berapa nak sedap. *Hah! Sekarang kau tahu kat mana aku tempah kek kau* Isnin tu dah plan baik punya dengan Tajul. Tapi ramai pulak yang tak sihat termasuk la aku. Fakhri demam lagi teruk at least aku muntah2 je. Arghh.. Tapi still proceed gak nak prank Muezz sebab Tajul masih sihat walafiat. 

Petang tu masa Amalan Ladang Tajul cakap tak jadi sebab dia kena pergi meeting. Maka tinggallah aku seorang diri. Jenuh aku fikir macam mana nak buat Muezz nak turun ke kafe. Then tiba-tiba teringat Abang Coverall janji nak hantar coverall kita orang hari Isnin tu. Jadi call la abang tu tanya jadi ke tak. Dia cakap jadi. Lepas Maghrib. Aku pun bagi tau la Muez suruh turun ambil coverall. Siap suruh ajak dak laki len lagi tolong angkat. Balik dari Amalan Ladang, aku ajak Te'ah pergi amik kek kat Baker Cottage.

Balik tu call Haffiz
Aku : Assalamualaikum. Tengah wat ape?
Haffiz : Waalaikumusalam. Tak wat ape-apa. Kenapa?
Aku : Nak minta tolong sikit
Haffiz : Tolong apa?
Aku : Tolong bawak Muezz turun kafe lepas Maghrib ni. Nak sambut birthday dia
Haffiz : Aku nak keluar dengan member aku
Aku : Ala.. Tolong la.. Pleasee.. Demi Muezz
Haffiz : Asal tak minta tolong orang lain?
Aku: Sebab dah tak ada orang lain. Sebab tu cari kau. Kalau ada orang lain memang tak cari kau sebab aku tau kau bukannya nak tolong aku pun
Haffiz: Asal lak?
Aku : Tak ada apa-apa la. Tolong la, bawak Muezz tolong malam ni. Pleaseeeeee
Haffiz : Ni kalau aku bawak dia turun ada nak prank dia ke?
Aku : Aku tak ada nak prank dia. Tapi kalau ko nak prank dia ikut suka kau
Haffiz : Aku dah janji dengan dia protect dia kalau kena prank. Kalau ada prank aku tak nak tolong
Aku : Tak ada. Aku janji. Tajul meeting malam ni. Fakhri demam. 
Haffiz : Betul?
Aku : Betul. Kalau tak aku kena panah petir
Haffiz : Nape tiba-tiba aku dengar bunyi guruh? Haha
Aku : Sengal la ko. Boleh tak tolong aku?
Haffiz: Ok, nanti lepas Maghrib aku bawak dia turun.
Aku : Thanks

Dah selesai call Haffiz, tiba-tiba abang coverall tu antar mesej katanya dah sampai kafe Serumpun. Maka terpaksa la aku dengan Teah yang pergi ambil coverall. Semput gak la aku ngan Teah angkat benda alah tu. Maklum la. Sampai 48 helai. Kalau setakat sehelai dua tak ape lagi.

Malam tu masa dalam perjalanan nak ke kafe sambil memecut moto, aku terpaksa berhenti kat bumper semata-mata nak kasi foreigner tu jalan dulu. Tapi malang nasib aku bila lampu moto aku tersuluh benda yang ada kat dalam tangan dia. Perghh.. Jantung aku berhenti terus tengok ular kat tangan dia. Yang bongeknya, aku pergi angkat dua2 kaki aku sedangkan masa tu moto tak bertongkat. Tapi nasib baik la bongek aku tu tak lama kan sebab aku sedar dah nak terbalik dah moto. Arghhhh.. Sumpah aku tak nak masuk Kolej International. Entah-entah ular sawa yang dorang jumpa kat bawah tangga P3 dulu tu ular dia ape. Arghhhh..

Dah sampai kafe, bawak kek kat Muezz. Budak tu diam je. Muka dah la merah. Aku dalam hati ingatkan dia terharu sampai macam tu sekali. Rupa-rupanya demam. Hahaha. Salah timing lak. Tapi apa-apa pun semuanya dah selamat dah. Malam tu bukan sambut birthday Muezz je. Tapi birthday Fitri dengan Jija jugak

2 comments:

muezz@blaz said...

haha gitu cternye.... panjang serta tragis! hahaha anyway thanks sooo much!!!! ^^

Noor Amirah Mohd Nor said...

ye.. tu la kisahnye.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...