Si Pengembala Kambing :)

Pages

09 April 2012

Snow Si Rakun

Assalamualaikum WBT

24 Mac 2012 yang lepas, ada Pet Lovers Exhibiton yang dianjurkan oleh Kolej 14 sempena FONESTA@14. Pameran ni berlangsung dua hari. Tapi malangnya hari pertama aku tak dapat pergi sebabnya aku busy dengan koko dan jugak teater. Siap samak anjung 15 tu untuk kegunaan teater dan angkat barang-barang teater ke angjung 15 lagi.

Tapi Fany dengan Azie pergi la hari pertama tu. Saja kasi aku jeles tengok dia orang main-main basikal. Jaga korang! So, keesokan harinya, aku pergi la ke pameran tu. Macam-macam haiwan gak yang ada. Iguana, Sugar Glider, Pairie Dog, Hedgehog dan haiwan yang aku takut iaitu ular. Tapi yang menarik perhatian aku adalah Rakun kepunyaan Pak Cik Downtown Mines tu. Oh Ya Allah, aku masuk aje Dewan Putra tu, terus nampak ULAR dulu. Tapi setelah memastikan jarak ular tu dengan aku 2 meter jauhnya, maka aku pun terkam la ke arah rakun tu.

Nama Rakun tu Snow dan sangat manja walaupun dia agresive. Dapat la aku main dengan dia 45 minit. Owner dia tu pun biarkan je aku main dengan Snow tu. Aku pun tak lepaskan peluang la. Siap ada yang bertanya aku lagi mana nak dapatkan rakun ni sebab ingatkan aku owner dia. 

Dah la, tak nak cakap panjang-panjang, meh tengok video ni.



p/s : owner ULAR tu berdiri belakang aku sambil pegang ular, bila aku pusing, maka berlakulah adegan yang memalukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...