Si Pengembala Kambing :)

Pages

05 April 2012

Haiwan Peliharaan : Tanggungjawab Besar

Assalamualaikum WBT

Hari ni terpanggil untuk berkongsi pengalaman selama 13 tahun memelihara haiwan peliharaan. Bagi aku, pengalaman 13 tahun tu sikit sangat kalau nak tunjuk hebat. Tapi sebagai salah satu perspektif, aku rasa perkara ni tak salah kot.



Tengok dia orang ni, comel kan? Rasa macam sekarang je nak seekor dua buat teman ganti pak we/mak we kat rumah. Ahaha. Tapi perlu aku tegaskan di sini yang memelihara haiwan tak semudah yang disangka. Banyak aspek yang korang nak kena fikirkan semasak-masaknya sebelum korang ambik keputusan nak bela haiwan.

1. Tanggungjawab
Kalau nak bela haiwan ni, korang kena la ada komitmen untuk membela. Jangan korang tengok cantik, gebu, comel je terus korang beli. Tau tak yang korang nak kena bertanggungjawab atas segala apa yang berkaitan dengan haiwan peliharaan korang nanti. Kebajikan pets korang, makan, minum, sakit, berak, kencing, keselamatan, orang-orang sekeliling korang. Haa.. Tu semua kena jaga tau tak? Kalau tak, boleh menimbulkan masalah nanti. Contoh paling dekat, jiran sebelah rumah aku. Bela kucing dah la letak dalam sangkar, tak pernah nak biarkan kucing keluar bermain, lepas tu makanan pun tak ada, air kering kontang di  tambah pula dengan sangkar yang tak bercuci. Kesannya, kucing tu stress dan badan penuh dengan kurap. Kadang-kadang dah kesian sangat, aku suruh la adik laki aku tu panjat tembok rumah untuk bagi makanan dan minum pada kucing-kucing tu.

2. Pengetahuan
Pengetahuan tentang haiwan peliharaan yang kita bela/bakal bela pun penting ok? Supaya nanti korang tak buat perkara pelik-pelik kat haiwan peliharaan korang. Kalau boleh bagi yang belum ada pets dan berhasrat nak ada pets, rajin-rajinkan la diri untuk bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman tentang pets tersebut. Kalau malas nak bertanya, surf la dekat internet, macam-macam pages yang ada tentang haiwan ni. Tinggal nak baca je. Untuk yang dah ada pets pun, tak salah rasanya kalau nak mencari lebih banyak info mengenai pets korang.

Cari sebanyak mungkin info mengenai pets korang


3. Kewangan
Perlu diingatkan walaupun duit bukanlah segala-galanya, tapi kalau tak ada duit tak boleh nak buat apa-apa jugak. Bila bela haiwan ni, bajet untuk pets korang mesti ada. Mana tahu tiba-tiba pets korang sakit ke apa ke. Mana nak cekau duit kan nak bawak jumpa Vets? Lagi satu, untuk beli barang keperluan pets korang macam makanan, nak kena pakai duit juga kan? Jangan sampai pets korang kebulur tahap kanak-kanak kat Afrika pulak. Bukan nak minta beli makanan yang mahal-mahal, branded segala. Tapi bagi aku, cukup la kalau pets kita tu dapat makan sampai kenyang dan makanan tu mengandungi apa yang diperlukan oleh badan dia orang.

4. Masa
Yang ini pun kena dititik beratkan. Korang kena luangkan masa terhadap pets korang k? Jangan beli lepas tu letak dalam sangkar buat hiasan. Kesian kot kat pets tu kalau korang buat macam tu. Cuba la bayangkan diri korang kena kurung dalam sangkar, tak bebas nak buat apa. Tension kot. Lagi satu, korang kena la peruntukkan masa untuk mencuci sangkar pets korang supaya pets tu selesa duduk dalam sangkar tu. Peruntukkan juga masa untuk bawak pets korang tu beriadah dengan korang, secara tak langsung, boleh  kukuhkan bonding antara korang dengan pets korang.

kukuhkan bonding antara owner dgn pets


5. Keperluan
Yang ini berkait rapat dengan kewangan la. Selalunya kalau kewangan tu kukuh, insyaAllah segala keperluan tu akan tersedia. Tapi kalau kewangan tak kukuh, selalunya itu la yang menjadi masalah nanti. Bagi aku, untuk membela haiwan, keperluan pertama yang perlu disediakan adalah makanan dan minuman. Pastikan SENTIASA ADA dan MENCUKUPI. Seelok-eloknya, bila makanan pets korang tu dah tinggal setengah, rajin-rajinkanlah diri anda untuk membeli yang baru. Jangan sampai dah habis terus baru kelam kabut nak beli. Bukan apa, kadang-kadang makanan pets ni habis stok la, kedai tutup la. Nanti tak pasal-pasal kebulur pets korang tu. Kemudian, litter box kena ada walaupun pets korang dibiarkan lepas bebas. Tujuannya supaya pets korang tu buang air setempat je. Tak ada la pergi buang air kat rumah jiran korang ke. Kang tak pasal-pasal tercetus Perang Dunia Ketiga. Seperkara lagi, bila pets korang dah poo dalam litter box tu, tolong la ASAP buang najis dia. Jangan dibiarkan macam tu aje. Tujuannya untuk menjaga kebersihan litter box tu. Sebabnya, kalau korang tak buang najis dalam litter box tu, nanti bila pets korang masuk balik dalam litter box tu, terpijak najis dalam tu. Lepas tu berjalan penuh bangga dalam  rumah sambil terkodek-kodek ekor ( tu kucing mak aku la tu). Lagi satu untuk mengelakkan dari penyakit terutamanya kalau banyak pets yang berkongsi satu litter box tu.


6. Orang Sekeliling
Orang sekeliling korang pun nak kena fikir jugak. Ye lah, korang hidup bermasyarakat, kenalah hormat orang lain. Lain la kalau korang duduk dalam hutan Amazon kan? Yang tu korang kena berurusan dengan Raja Rimba la pulak. Seelok-eloknya, sebelum bela pets tu, fikirkan mengenai orang sekeliling kita. Aku nak ingatkan, bukan semua orang boleh menerima pets dengan hati yang lapang. Memang la korang bela pets korang kat rumah korang, tapi korang boleh yakin yang pets korang tak merayap ke rumah jiran korang?Terutamanya kucing la. Memang akan merayap punya la. Tambah-tambah kalau musim mengawan. Tu kalau panggil balik makan pun tak nak tu. Jadi, sebelum bela atau pun dah bela, tolong buat sesuatu supaya jiran korang tak rasa annoying dengan pets korang. Perlu diingatkan, korang kena hormat hak orang lain jugak. Jangan buat sesuka hati korang  je.

Aku rasa setakat ini la dulu yang aku nak kongsikan. Semua yang aku sebut kat atas ni bukan la fakta. Tapi sekadar cebisan pengalaman aku memelihara haiwan peliharaan. Ingat, bila ada apa-apa masalah yang timbul, jangan sesekali salahkan haiwan peliharaan korang sebab dia orang tak ada akal untuk berfikir. Semua tu salah diri sendiri, sebab korang dikurniakan akal, tapi tak nak fikir untuk mengelakkan masalah-masalah tu daripada timbul.

Segala salah dan silap harap dimaafkan.


p/s: sebab tu aku tak bela Guinea Pig walaupun aku teringin sangat, sebab aku tak ada banyak masa nak uruskan GP aku nanti dan kewangan aku juga tak kukuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...