Si Pengembala Kambing :)

Pages

12 April 2012

Ambil Sampel Darah Kambing dan Biri-Biri

Assalamualaikum WBT

Sekarang ni tengah cuti mid sem, bosan duduk kat rumah tak tahu nak buat apa. Sebenarnya banyak je assignment tapi malas nak buat. Tiba-tiba hari ni teringat pulak aku belum berkongsi lagi kisah aku mengambil sampel darah kambing dan biri-biri.

Terlebih dulu nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat senior tahun 3 yang sudi mengajar kita orang mengenai cara nak mengambil sample darah kambing dan biri-biri ni. Actually, benda ni sebenarnya macam program perintis la untuk student Sains Ternakan. Aku salute la kat abang-abang dan kakak-kakak ni yang sanggup korban masa untuk ajar kita orang buat benda ni semua walaupun sibuk dengan FYP masing-masing.

Program ni diadakan tiap-tiap hari Sabtu. Tapi tu la masalahnya. Sebab hari Sabtu ada kokurikulum. Aku pun setakat ni baru berpeluang pergi sekali je. Padahal aku la yang bersemangat cari classmate aku yang mana nak join hari tu. Ish.. Ish.. Ish

Okay, pagi tu kebetulan kokurikulum batal. Jadi pergi la Unit Ruminan dekat Ladang 2 dengan Azie sambil merempit dalam hujan renyai pagi tu. Sampai sana, budak dua ekor tu sambut kita orang. Siapa lagi kalau bukan TJ dengan Bell. Atan masa tu dalam ribaan Abang err.. cmne aku nak eja nme dia nih? kang salah eja. tak pe la. Aku bantai je ek? Abang Pojak. Masa tu kak Wasilah kot tengah perah susu kambing. Wuuu~ eksited kejap sebab tak pernah tengok. Lepas tu aku dapat peluang perah susu kambing. Ok. Ini lebih eksited. Mula-mula susu tak nak keluar sebab aku grip tak kuat. Ye la. Takut kang grip kuat-kuat dia sakit lak kan? Kang tak pasal-pasal aku makan kaki kambing pagi tu. Pastu bila dah grip kuat sikit. Baru la susu kambing tu keluar. Ok. Yang ini bertambah-tambah eksited. Tapi aku tak buat lama la. Kasi chance kat Azie dengan Azwan dan Hakim yang baru sampai masa tu.

Lepas dah ramai, baru la kita orang start ambil sample darah. Mula-mula macam biasa la. Mesti nak kena restrain kambing tu dulu. Baru aku tahu restrain ada dua cara. Cara Veterinar dengan cara Industri. Rupanya selama ni aku duk pakai cara veterinar bila nak restrain kambing. Cara veterinar, lebih pentingkan kebajikan haiwan. Jadi cara dia kurang kasar la berbanding cara industri. Caranya dengan usap haiwan yang kita nak restrain tu, biarkan dia bertenang. Kalau cara industri pulak, kalau nak restrain dia, kita kena dekatkan dia ke dinding sambil berdiri atas dia dan pegang tanduk dia. Bukan berdiri atas kambing tu maksudnya pijak kambing tu. Macam ni ha caranya

kambing dia nampak macam anjing.. haha

Okay, bila kambing tu dah bertenang dan tak lagi menendang-nendang, baru la kita orang start ambil sample darah. Untuk ambil sample darah ni, kena ada beberapa alatan yang nak digunakan. Antaranya ialah jarum venoject√§, pemegang venoject, tiub venoject  plain, dan alcohol swab. 

Mula-mula kita kena cari dulu jugular vein kat kambing. Caranya, dari telinga kambing tu, turun ke bawah, cuba tekan sikit. Kalau ada bahagian yang kembung masa ditekan dan kempis masa dah dilepaskan tu, haa.. kat situ la nak ambil darahnya. Lepas dah jumpa, swab dengan alcohol, lepas tu masukkan jarum venoject√§, bila dah masuk, baru la tolak tiub venoject  plain tu. Tujuannya supaya keadaan vakum dalam tube tu dapat benarkan darah mengalir masuk. Lepas dah ambil darah, tekan tempat yang dicucuk tadi dengan alcohol swab tu. Lepas tu selesai~

Tujuan ambil sample darah ni selalunya diuji untuk saringan penyakit Brucellosis, Caseous Lymphadenitis (CLA) dan Melioidosis. Kumpulan sasaran dia pulak dari kalangan ternakan berumur 9 bulan ke atas. Kuantiti darah yang diambil tak silap aku 1% dari berat badan ternakan tu.

Okay la. Tu je yang nak cerita hari ni. Ni tengok video aku ambil darah biri-biri.

video




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...