Si Pengembala Kambing :)

Pages

06 April 2012

Amalan Ladang : Silage

Assalamualaikum WBT

Kali ni nak cerita pulak pasal Forage Conservation. Tujuan dilakukan forage conservation ni adalah untuk memastikan sumber makanan untuk haiwan cukup semasa kemarau atau pun banjir. Maklum la negara khatulistiwa macam kita ni, hujan dan panas sepanjang tahun. Selain tu untuk memudahkan pengangkutan makanan tersebut dan memanfaatkan forages (bahan-bahan dari tumbuhan yang boleh digunakan sebagai makanan haiwan) yang berlebihan tu.

Okay, ada 3 cara untuk forage conservation. Setiap cara ni ada la kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

1. Hay
Hay ni adalah forages kering yang mempunyai kelembapan 12-14% untuk keselamatan penyimpanan. Tapi tak berapa sesuai dipraktikkan kat Malaysia ni sebabnya masa nak buat hay ni, kena at least 3 hari berturut-turut tanpa hujan. Kalau tak nanti dia berkulat. Selain tu, buat hay ni jugak nak kena guna mesin, yang mana akan mengakibatkan peningkatan dari segi kos.

2. Haylage
Err.. Yang ini aku tak dapat bagi penerangan lanjut sebab sama ada aku tak dengar masa Tn Haji cakap atau pun memang haylage ni tak ada explaination mengenainya.

3. Silage
Silage ni pulak adalah forage yang disimpan dalam lactic acid melalui proses fementation (penapaian) water soluble carbohydrate (WSC) oleh lactic acid bacteria (LAB) bila disimpan dalam tempat yang tak ada udara. Silage ni banyak di buat kat Malaysia sebab dia tak bergantung pada cuaca, tak mudah rosak dan tak memerlukan kawasan penyimpanan yang besar.

Jadi, untuk kelas Amalan Ladang hari tu, kita orang berpeluang la buat silage ni.

Meh tengok gambar-gambar di tempat kejadian.

Tong yang digunakan nak buat silage.
Satu tong ni purata boleh dapat 22 kg silage

Molases- Hasil lebihan buat gula pasir

Urea

Pengiraan untuk buat silage


Aku tengah campurkan urea dengan molases..
Sejuk~~~~

Oil Palm Frond (OPF) dimasukkan dalam chopper

Sabar menanti

Tengok, punya tajam chopper ni

Nak mampatkan silage ni 

Encik Badang?


Nick, Qayyum dan Fakhri

Keseluruhannya, memang letih la nak buat silage ni. Sebab nak kena mampatkan OPF tu supaya tak ada udara. Kalau tiap-tiap hari buat, memang boleh kurus la jawabnye (bajet macam aku yang buat). Okay, ni meh tengok video masa buat silage tu.



p/s: kebanyakan entry aku dari kelas Amalan Ladang sebab kelas ni je yang melibatkan praktikal. Kelas anatomi walaupun ada lab tapi selalunya tangan dipenuhi darah. Jadi tak dapat nak snap pic.

1 comment:

nuruddin said...

sajer jer nak comment..apa fungsi molases dan urea dimasukkan untuk buat silage?? tak boleh bubuh air jer ker??..haha..sajer jer nak kasi soalan..da tau da jawapan dier..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...