Si Pengembala Kambing :)

Pages

18 March 2012

Karnival@15

Assalamualaikum

Minggu lepas, alhamdulillah Karnival@15 berjaya dijalankan walaupun ada macam-macam masalah yang timbul dalam usaha nak menjayakan Karnival@15. Lumrah alam la perkara macam tu terjadi. Yang penting semuanya dah selamat berlangsung. Untuk Karnival@15 ni, aku jaga gerai Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian walaupun sebenarnya aku ahli Sekretariat Kebajikan dan Kesukarelawan. Semuanya sebab Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian tak cukup orang.

Karnival ni berlangsung selama 3 hari iaitu bermula Jumaat petang, dan berakhir Ahad malam. Macam-macam jugak la aktiviti yang dijalankan. Aku pun banyak la jugak timba pengalaman baru. Contohnya, sebelum ni aku tak tahu pun bab-bab teknikal ni, tapi melalui Karnival@15 tu, merasa la jugak aku jadi budak teknikal sekejap. Sambung wayar sana-sini, control audio untuk majlis. Paling cemas bila majlis dah ready nak mula, tapi sound dah tak nak keluar padahal sebelum tu elok je. Rasa nak menangis masa tu. Nasib baik la Muezz dan Fakhri datang selamatkan keadaan. Kira Hero Malaya la dia orang ni. Haha.

Malam tu ada demonstrasi dari Persatuan Silat Cekak Malaysia UPM, Persatuan Silat Cekak Hanafi UPM, dan Persatuan Taekwando UPM. Best sangat-sangat tengok demonstrasi tu. Rasa macam semangat giler ah tengok demonstrasi tu. Tapi sebab aku jugak yang jadi Pengerusi Majlis secara bidan terjun, makanya aku tak sempat nak tangkap gambar mahu pun rakam video.

Esoknye, jaga gerai Sekretariat Kebudayaaan dan Kesenian. Aku jual karipap tornado dengan dadih dan coklat. Semuanya sedap-sedap belaka. Sekretariat lain pun berniaga gak. Macam-macam la. Untuk Sekretariat Kolegiat dan Alumni, hot stuff dia orang tak lain tak bukan Ais Krim ZaNash dengan air Jimmy Asmara. Sekretariat ICT dan Penerbitan pulak, jual barangan make up dengan perfume. Aku bedal la eye liner jenama MAC dengan harga RM10. Murah2. Sekretariat Kebajikan jual air, Sekretariat Sukan lak jual Big Apple donut. Tapi duit aku paling banyak habis dekat Sekretariat Kerohanian la.

Nak tahu kenapa banyak habis dekat Sekretariat Kerohanian? Sebab aku join flying fox sekali  kayak pulak  sampai  3 kali. Mula-mula pujuk Shah untuk try fling fox. Pastu masa balik tu naik kayak macam best la pulak, pujuk Shah main kayak. Settle. Petang tu sekali lagi ajak Azie teman naik kayak lawan Muez dengan Shah tapi Muez tak nak. Nasib la Ebak sanggup nak temankan. Maka berlawanan la kami. Jom tengok gambar di tempat kejadian.

Shah dalam kayak

First time try kayak

Kawasan Market@15

Gerai SSekretariat Sukan

Sosej murah

Aiskrim ZaNash

Classmate baru?

Ape hal senyum cmni?

Erk.. Ada abg tough la.. Hikhik

Aku: Mcm ni la pakai dia..
Azie : Laa.. ye ke?

Azie : Mira.. Tak muat la...
Aku : Ah.. diam la ko.. Aku nak usha abg tough tu..

Power ranger?

Bersedia nak berperang

Ehem.. Ehem

Yeay~

Azie: Kiri, kanan, kiri
Aku: Ye la aku tau

Azie : Mira, black hole mira, cepat mira nanti kita kena sedut
Aku : Hah, tu la ko.. Semangat sangat mendayung

Ebak : Shah, cepat la sikit

Ebak : Cepat Shah, dayung jangan tak dayung

Shah : OMA, mana mereka?
Ebak: Cepat la Shah, kita dah jauh tertinggal ni

Berjimba di Tasik Serumpun

Semangatnye

Azie : eh.. eh.. nak terbalik
Aku : Weyh, ko wat apa ni?

Power ranger tengah mendayung

Aku : Amboi.. amboi.. sedap je biar aku dayung sorang-sorang
Azie : Sabar la.. Aku tengah menikmati keindahan alam ni

Azie : Miraaaa, berapa dalam tasik ni?
Aku : Weyh, ko buat apa ni dah senget kayak kita

Shah : OMA Ebak, kamu sangat berat
Ebak : Kau la berat Shah

Dah macam orang asli -___-"

Aku : yeah, pukul Shah
Shah : OMA perut saya!
Ebak : Hah, meh aku pukul ko Azie
Azie : Wekk.. Jangan harap

 Malam esok tu, Muez dan Fakhri bertugas sebagai AJK Teknikal masa Majlis Penutup Karnival@15. Qayyum pulak jadi runner manakala aku bertindak jadi kaunselor tenangkan encik Muez kita ni. Dah Muez, jangan gelabah sangat lepas ni.



Sebelum tu, tengok la video masa kita orang tengah berkayak tu. Gamat tasik kat Serumpun dibuatnya dek kerana kami.

video

First time tengok video ni, aku mengekek dengar Muezz gelak. Entah apa yang lawaknya aku sendiri tak tahu. Tapi bila dah dengah banyak-banyak kali, baru la faham kenapa Muezz gelak. Ni semua sebab Ebak la ni. Aku paling suka minit 05:12 "satu.. dua.. Shah, dah habis la satu, ubah dua. Shah, cepat, kita dah hampir ni. Shah.. tahan Shah.. Shah.. Shah.. Shah kau nak ke mana ni?"

Keseluruhannya, aku rasa happy sangat-sangat masa ni sebab aku memang sukakan aktiviti macam ni. Thanks Azie, Shah dan Ebak yang dah ceriakan hari aku waktu tu. Terima kasih gak kat Muezz sebab tolong rakam video ni dan tangkap gambar. U're a good supporter la Muezzudin Mohd Yahya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...