Si Pengembala Kambing :)

Pages

25 March 2012

Atap Genting Atap Rumbia

Assalamualaikum WBT

Kebelakangan ni sebenarnya aku agak sibuk. Banyak perkara nak diceritkan tapi kebanyakannya tersimpan dalam draf je. Sebab utama kesibukan yang melanda diri ni adalah jam kredit yang sampai 21 jam kredit termasuk 2 lab. Tercungap juga la nak buat lab report. Sebab kedua, aku merupakan pengarah program Semai Bakti di Zoo Negara. Jadinya, busy semacam sikit la nak bentangkan proposal. Dan yang ketiga, aku terlibat dalam teater!

Okay, kawan-kawan baik aku mesti tak percaya aku terlibat dengan teater sebab aku ni bukannya jenis orang yang suka tengok teater. Tapi entah kenapa diri ni rasa nak mencuba sesuatu yang baru, makanya aku join krew produksi Leppy Tera, Kolej 15 sebagai pereka busana. Hah, amik kau. Jauh panggang dari api. Maka teater Atap Genting Atap Rumbia ni jadi saksi aku melangkah ke hadapan, mencuba sesuatu yang baru.

Alhamdulillah, sebab classmate aku ramai jugak yang terlibat dalam pementasan Atap Genting Atap Rumbia ni, sama ada jadi krew mahu pun pelakon. Macam Muezz dan Fakhri bertanggungjawab untuk Teknikal, Muezz jaga audio, Fakhri pulak jaga lighting. Haffiz pula AJK Props. Shida dengan Asma pulak jadi AJK Publisiti. Tapi yang bestnye Tajul dan Nuruddin jadi pelakon. Huhu.

Aku tak nak cerita lebih-lebih, tunggu rumusan aku nanti bila semua perkara ni dah selesai. Pada siapa yang ada masa terluang 28 Mac 2012 jam 3.30 petang ni, jemput la datang ke Panggung Percubaan, UPM.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...