Si Pengembala Kambing :)

Pages

15 March 2012

Amali 4 Kimia Pertanian

Assalamualaikum

Masa cepat betul berlalu, sedar tak sedar, dah tiga minggu aku sambung pengajian kat UPM tercinta ni ha. Kelas terakhir minggu ketiga hari tu, Amali Kimia Pertanian. Eksperiment kali ni Acid-Base Reaction. Alah, experiment masa form 4 ke form 5 tu. Kat matrik pun ada. Korang titrate strong base ke strong acid. Tak pun tittrate strong base dalam weak acid.

Walaupun senang dan dah berkali-kali buat sepanjang bergelar pelajar ni, tapi result experiment aku tetap tak betul. Tak tahu la kat mana salahnya, range result aku sangat besar dan fluctuated. Kejap naik kejap turun pH HCl aku.

Okay, meh aku nak story sikit steps nak buat experiment ni

1) Label "HCl" pada satu beaker dan NaOH pada beaker yang lain. Label ni penting ok? Kalau tak nanti tak tahu apa yang ada dalam beaker tu memandangkan warna dua-dua tu sama je. Tak kan nak rasa ngan lidah lak kan? Jadi, cara yang paling selamat adalah dengan melabel beaker. Pastu, isi la beaker tu dengan HCl dan NaOH ikut berapa isipadu yang nak diguna. Macam aku, guna 50mL. Tapi letak lebih sikit tak apa. Sebab nanti isipadu tu akan berkurang masa kita transfer dia ke radas lain.

2)Cuci pipette dengan air suling lepas tu bilas sikit dengan HCl.

3) Pipette 50mL HCl ke dalam conical flask. Lepas tu tambah phenolphthalein dalam 2-3 titik dalam conical flask tu. Function phenolpthalein tu adalah bertindak sebagai indicator.

4) Cuci burette dengan air suling pastu bilas ngan NaOH. Dah tu, isi burette tu dengan NaOH. Pastu adjust la volume NaOH dalam burette tu supaya korang senang nak buat bacaan nanti. 

5) Lepas tu titrate la NaOH tu ke dalam conical flask ikut isipadu yang diminta. Dalam masa yang sama, goncang la conical flask tu supaya HCl dan NaOH tu dapat mix dengan baik

6) Dah sudah tu, ambil conical flask yang mengandungi HCl tadi tu dan check pH. 

7) Ulang la step 5& 6 tu sampai habis experiment.

Tapi tu la masalahnya, tak tahu di mana silapnya, bacaan ketiga je pH aku dah jadi 11. ++. Kira dah jadi base la tu. Kuat sangat ke NaOH tu? Tapi kumpulan lain ok je? Jadi disebabkan dah jadi macam tu, maka, banyaklah perkara yang perlu dibincangkan dalam report nanti. Bagus jugak. Kalau tak aku tak tahulah apa nak tulis di bahagian discussion nanti. Ahaha.

Meh layan gambar-gambar masa experiment

Shah, Muez, Fitri dan Haffiz
Muez tengah membaca instruction sambil diperhatikan Shah
Fitri : Turun ke tak NaOH tu?
Haffiz : Entah. Aku tak nampak pun
Tgk la tu, baru bacaan ketiga dah bertukar pink
Cuci dulu pH meter dengan air suling
Tgk tgn Haffiz. Tu la cara yang betul untuk melakukan titration

Oleh kerana aku sorang je perempuan dalam group ni, maka aku dibuli untuk menangkap gambar mereka sampaikan gambar aku tak ada. Haha. Aku gurau je. Dia orang tak suruh pun, aku je yang saja-saja tangkap sebab nak tempek kat dalam blog usang ni kasi meriah sikit dengan muka-muka mereka yang macho-kacak-tampan-handsome tu. Biar ramai sikit usha blog aku. Kikiki.

Akhir sekali, meh la layan video masa tengah ambil reading untuk pH



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...