Si Pengembala Kambing :)

Pages

07 March 2012

Amalan Ladang: Pengeluaran Ternakan Week 2

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk hidup sampai ke hari ni. Hari ni pun dah masuk minggu kedua semester 2 aku sejak menjejakkan kaki di bumi UPM ni. Hari Isnin hari tu, ada kelas Amalan Ladang : Pengeluaran Ternakan. Memandangkan kami akan melawat Ladang 2, jadi Tuan Haji Idris tukarkan kami ke Makmal Nutrisi di Jabatan Sains Haiwan lama. Actually, Fakulti Pertanian sekarang dah beroperasi kat Kompleks Agrobio, tapi memandangkan masih dalam proses berpindah, jadi semuanya serba tak lengkap la. Lagi pun, Bilik Kuliah 2 dengan Ladang Dua tu memang jauh tempatnya. Jadi lebih praktikal kalau sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan berdekatan dengan Ladang 2.

Untuk siapa yang tak tahu, Ladang 2 ni dekat dengan Jabatan Sains Haiwan Lama, berdekatan dengan Kompleks Akademik E. Nak sampai sini susah sikit la sebab bas tak lalu betul-betul dekat Ladang 2. Kena turun dekat Library dan berjalan kaki sikit. Tapi tak la jauh pun. 5-10 minit je kalau lenggang kangkung. Haha. Mula-mula kumpul kat Makmal Nutrisi dulu sebab Tuan Haji nak brief pasal poultry. Then lepas sejam, kita orang melawat Ladang 2.

Lepas tu dapat la belajar dari proses nak menetaskan telur, sampai la ayam tu besar. Ayam pulak ada dua jenis. Ayam telur (layer) dan ayam daging (broiler). Dah la. Aku tak larat nak cerita banyak-banyak sebab aku tengah selsema ni. Kita tengok gambar je la ye?





Add caption

Candling ni dibuat untuk pastikan embryo tu menjadi. Kalau gelap tu jadi la.






anak ayam?





puyuh



ayam serama












Ni aku tak ingat la nama dia hatcher ke inkubator ke sbb kelas aku rmai sgt jd mse diberi penerangan aku tak dapat nak tgk

tgk anak-anak ayam dah menetas =)

ni ayam-ayam yang digunakan untuk research

termenung mengenang nasib

anak ayam yang comel =)





Itu je la kot. Nanti kalau ada apa-apa aku update lagi. Kalau ada yg menjengah, dan rasa maklumat yang aku  sampaikan tu salah, rajin-rajinkan la diri menegur aku

Peace no war

Gambar kredit to Muezzudin Mohd Yahya


2 comments:

Nad said...

boleh kew orang biasa masuk upm uwh?? kami pelajar sekolah menengah nk buad kerja kursus berkaitan ayam kampung..
sila balas yerr :)

Nad said...

boleh kew org luar masuk kew tempat ternakan ayam uwh?? bkn saje2 tpi untuk kerja kursus??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...