Si Pengembala Kambing :)

Pages

22 March 2012

Amalan Ladang Minggu 5 : Penanaman Rumput

Assalamualaikum WBT

Hari ni, untuk kelas Amalan Ladang, kita orang tanam rumput Pennisetum purpureum atau nama botani dia Napier. Tapi orang kita panggil rumput tu rumput gajah.Kenapa panggil rumput gajah? Aku pun tak tahu la. Mungkin sebab rumput tu tinggi dan besar macam gajah kot. Haha.

Mula-mula kita orang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan 10 orang. Kumpulan aku la yang paling ramai lelaki iaitu Haffiz, Arif, Fitri, Anwar, Chong Hau, Qayyum, Fadzmira dan Hashimah. Kumpulan Tajul paling kesian sebab dia sorang je lelaki. Haha. Tak pe Tajul, aku tau kau badang.

Okay, sebelum tanam rumput tu, kita orang bahagikan dulu lapangan tu kepada beberapa batas ikut jumlah kumpulan yang ada. jarak antara batas tu pulak 90 cm. Lepas dah ukur jarak antara batas, kita orang ikat tali untuk membezakan antara satu batas dengan batas yang lain. Hal ini penting kerana untuk mengelakkkan peperangan antara kami gara-gara berebutkan batas. Haha. Okay. Aku gurau je. Tak ada maknanya berperang sebab nak berebutkan batas.

Okay, lepas tu kita timbang Calcium Carbonate, CaCO3 ikut keluasan kawasan. Dah timbang, kita orang tabur kapur tu ikut tali yang dah diikat tadi. Masa tabur ni jangan tabur sambil berdiri tengak, kang habis berterbangan calcium carbonate tu ditiup angin. Seelok, eloknya, masa tabur tu tunduk sikit atau rapatkan tangan dengan tanah supaya peluang untuk calcium carbonate tu menari-nari di udara kurang. Benda ni penting sebab kalau dibiarkan calcium carbonate tu berterbangan, satu, kita akan kerugian, lagi satu boleh membahayakan kesihatan sebab debu-debu tu berterbangan boleh tersedut dan batuk.

Tau tak kenapa kena letak calcium carbonate sebelum tanam rumput? Okay, proses ni dipanggil pengapuran dengan tujuan untuk menaikkan pH tanah yang berasid disamping tambahkan nutrient yang diperlukan dalam tanah. Lepas dah buat pengapuran ni, kita orang letak pulak baja NPK. Lepas tu barulah cangkul tanah dan letakkan batang rumput gajah tu kat tempat yang kami korek sepanjang batas tu.

Untung kumpulan aku ada Anwar sebab dia tahu pilih batang rumput mana yang masih sihat atau yang dah nak mati. Jadi tak ada la kami tertanam rumput yang dah nak mati sebabnya semua daun-daun rumput tu dah warna coklat macam nak mati. Jadi tak tahu la sama ada memang macam tu atau pun bukan. Tambah untung lagi sebab ada Haffiz, dia la yang cangkul hampir kesemua batas kita orang dibantu Arif dan Fitri. Makanya, kita orang budak perempuan ni, cumalah membantu untuk tanam batang rumput gajah tu dengan Fakhri, Qayyum dan Chong Hau.


Tgh dengar penerangan

Katang tengah ukur jarak antara batas

Sesi memasang tali ikut batas

Masing-masing berbincang nak buat apa


Katang tengah ikat tali untuk bahagikan kawasan


Timbang calcium carbonate

Sesi pengkapuran (liming)

Qayyum : Haa.. buat rendah macam nira buat tu
Haffiz : Sakit pinggang ah
Aku : Ko ingat pinggang aku tak sakit ke?
Fadzmira : Pinggang aku pun sakit

Okay adik-adik, itu adalah cara yang salah nak tabur calcium carbonate tu

Tabur baja NPK pulak

Kambus batang rumput gajah

Arep tengah pegang batang rumput gajah yang bakal ditanam

Dah habis tabur calcium carbonate, boleh la gulung balik tali. Kot-kot junior kita orang nak guna pulak. Kehkehkeh

Cangkul Arep, jangan tak cangkul

Uiks.. Aku jumpa harta karun

Aku tengah berhalusinasi main bowling kah?

Sesi memilih batang rumput gajah

Cara model masa kini berposing

Apakah?


Alahai -___-"

Fitri : Cangkul tu elok-elok sikit. Saya nak harta karun tu ditemui
Haffiz : Baik bos,

Chong Hau : Kumpulan lain sudah habis ke?
Fadzmira : Belum la. Kita yang first. Yeay kita menang!

Sifu terhebat, Muhammad Khairul Anwar

Fadzmira : Abih la kasut crocs aku

Aku tengah susun batang rumput 

Fitri : Eh, apasal tak ada batang rumput pulak kat tengah tu?

Fakhri, ko nak pergi pejabat ke apa tanam rumput pakai kemeja?


Apa-apa pun, bagi aku, group ni paling best dan paling sempoi. Thanks korang =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...