Si Pengembala Kambing :)

Pages

30 March 2012

Malam Penutup Festival Teater Interkolej (FESTIK)

Assalamualaikum

Alhamdulillah Festival Teater Interkolej dah selamat berlangsung dengan jayanya. Bertemakan "Explosion of Colors" majlis penutup diadakan pada 30 Mac 2012 dekat Panggung Percubaan, UPM. 

Senarai Penerima Anugerah FESTIK 2012 mengikut kategori :

Publisiti dan Pemasaran Terbaik = KPZ
 Busana dan Tatarias terbaik = K5
 Rekaan Set Terbaik = K12
 Penataan Set Terbaik = K12
 Pelakon Wanita Harapan = KOSASS
 Pelakon Lelaki Harapan = KOSASS
 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik = K12
 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik = K12
Pelakon Wanita Terbaik = K17
 Pelakon Lelaki Terbaik = K17
 Lakonan Berkumpulan Terbaik = KOSASS
 Khas Pentas = K10/K11
 Arahan/Adaptasi Terbaik = K12
Persembahan No. 3 Terbaik/ Ketiga = KOSASS (Gejolak)
 Persembahan No. 2 Terbaik / Naib Johan = K17 (Tanah Bernanah)
Johan Keseluruhan = K12 (Jangan Bunuh Sam)

Tahniah kepada Kolej 12 yang memenangi Anugerah Persembahan Keseluruhan Terbaik. Walau pun kolej aku, Kolej 15 yang mementaskan teater Atap Genting Atap Rumbia tak memenangi apa-apa anugerah hatta tercalon untuk apa-apa anugerah sekali pun, tapi kami sebenarnya dah belajar sesuatu yang baru. 

Contohnya, bila bekerja dalam kumpulan tu, komitmen tu sangat penting. Kalau salah seorang tak bagi komitmen, maka yang lain tak akan berjalan dengan lancar. Aku respect pada Tajul walaupun nenek tersayang meninggal pada 3.30 pagi 28 Mac 2012, tapi dia still teruskan berlakon, bagi komitmen 100% dari mula kami mengangkut barang dari Kompleks Agrobio, Kolej 15 hingga ke Panggung Percubaan. Malah aku sendiri tak tahu nenek dia meninggal sebab dia buat semuanya nampak macam biasa je.

Aku tak nak cakap banyak pun pasal kolej orang lain, just nak cakap pada semua yang terlibat dalam FESTIK 2012, korang memang yang terbaik la. Aku sayang korang semua.

Buat Kak Aza dan Kak Amal,
thanks sebab banyak bagi tunjuk ajar pada kami semua
sudi korbankan masa walaupun masing-masing sibuk dengan FYP
pedulikan apa juri kata,
yang penting penonton terhibur.

Buat Qistina (Cik Hindon),
watak ko memang menjadi la. aku tabik spring dengan ko. suara power kot

Buat Izad (Shamsudin)
aku tengok ko jenis yang hardworking
good job!

Buat Tirah (Shamsiah)
terima kasih sebab sudi jadi Shamsiah pada saat-saat akhir

Buat Rafi (Pak Abu)
ko yang paling humble diantara pelakon walaupun ko sebenarnya hebat
syabas~!

Buat Gee (Mak Temah)
aku suka bila ko melatah
hehe

Buat Nuruddin (Pak Salleh)
weyh, serius aku suka part SAYANG, SAYANG, SAYANG tu

Buat Teha (Mak Piah)
ko memang sporting ah,
len kali kita makan McD lg

Buat Tajul (Kassim)
aku tabik komitmen ko,
dan aku suka part "TERGEDIK, GEDIK" tu

Buat Anis (Minah)
apa je benda kasi kat ko semua ko buat
versatile la ko~

Buat Abang Nik, Ada', Corrie dan Ain
korang menari memang cantik sangat.
Terutama abang Nik dengan Ada
aku rasa macam nak ikut menari sekali


buat krew-krew lain,
Kak Kina, Kak Ati, Wani, Atie Nash, Fiza, Hana, Shida, Madihah, Kak Asma, Jen, Ayie, Wan, Qayyum, Shila, AZ, Nash, Kak Afa, Kak Biah, Kak Tikah dan yang lain-lain yang terlibat secara langsung dan tak langsung, thanks sangat korang. Pengalaman kerja dengan korang memang sangat-sangat bermakna.

Buat Fakhri,
thanks sebab tolong aku walaupun paksa rela ko kena gantikan Haffiz yang mengada-ngada tiba-tiba nak tarik diri. Ko memang pyscho aku cukup-cukup la kan sepanjang teater ni. Tapi aku paling suka sifat cool ko tu walaupun ko terlebih cool bukak lampu awal sangat sampai Haffiz tertinggal atas pentas masa alihkan prop tu.

Buat Mohd Amirul Haffiz,
terima kasih ye sebab tolong aku?
sorry ea ko kurus sebab masuk teater ni
ko kan kuat
jadi kena la angkat barang banyak

Dan sebesar-besar penghargaan aku tujukan buat :
Muezzudin Mohd Yahya,
hey awak!
terima kasih jadi patung model aku
sorry la dua kali aku tercucuk ko dengan jarum masa aku jahit baju penari
harap ko tak lebam
terima kasih sebab tolong aku tau?
aku tau ko busy
tapi ko still luangkan masa tolong aku
ko memang kawan yang baik
sorry sangat libatkan ko dalam semua benda ni
tapi ko memang sesuai dengan nama ko
Muezz = penyokong
insyaAllah lepas ni kalau aku join apa-apa aku tak libatkan ko lagi
bak kata Haffiz,
kesian ko makin kurus.
haha
tak payah susah-susah nak diet.


okaylah, sebagai penutup tengok la gambar masa malam penutup dan video masa angkut props ke Panggung Percubaan

Tajul as Kassim

Izad as Shamsuddin

Muezz dan aku masa angkut props

Me, Kak Fatin and Kak Inaz mase Majlis Penutup FESTIK

aku tengah bebelkan Muez yang sibuk memancing

Fakhri, Muez dan aku~

video
Tarian ni indah..
rasa macam nak ikut menari je
tapi tak ada partner


video

Aku dah masukkan video lagi Qayyum dalam blog aku

video


p/s: Kak Kina dan Gee, Muezz is not my sayang okay?
Jangan salah sangka
Nak ngorat Muezz boleh je
jangan lupa isi borang kat aku
Yang Badang tu aku ngn Kak Biah punya
jangan kacau
hahaha



25 March 2012

Atap Genting Atap Rumbia

Assalamualaikum WBT

Kebelakangan ni sebenarnya aku agak sibuk. Banyak perkara nak diceritkan tapi kebanyakannya tersimpan dalam draf je. Sebab utama kesibukan yang melanda diri ni adalah jam kredit yang sampai 21 jam kredit termasuk 2 lab. Tercungap juga la nak buat lab report. Sebab kedua, aku merupakan pengarah program Semai Bakti di Zoo Negara. Jadinya, busy semacam sikit la nak bentangkan proposal. Dan yang ketiga, aku terlibat dalam teater!

Okay, kawan-kawan baik aku mesti tak percaya aku terlibat dengan teater sebab aku ni bukannya jenis orang yang suka tengok teater. Tapi entah kenapa diri ni rasa nak mencuba sesuatu yang baru, makanya aku join krew produksi Leppy Tera, Kolej 15 sebagai pereka busana. Hah, amik kau. Jauh panggang dari api. Maka teater Atap Genting Atap Rumbia ni jadi saksi aku melangkah ke hadapan, mencuba sesuatu yang baru.

Alhamdulillah, sebab classmate aku ramai jugak yang terlibat dalam pementasan Atap Genting Atap Rumbia ni, sama ada jadi krew mahu pun pelakon. Macam Muezz dan Fakhri bertanggungjawab untuk Teknikal, Muezz jaga audio, Fakhri pulak jaga lighting. Haffiz pula AJK Props. Shida dengan Asma pulak jadi AJK Publisiti. Tapi yang bestnye Tajul dan Nuruddin jadi pelakon. Huhu.

Aku tak nak cerita lebih-lebih, tunggu rumusan aku nanti bila semua perkara ni dah selesai. Pada siapa yang ada masa terluang 28 Mac 2012 jam 3.30 petang ni, jemput la datang ke Panggung Percubaan, UPM.



video

22 March 2012

Amalan Ladang Minggu 5 : Penanaman Rumput

Assalamualaikum WBT

Hari ni, untuk kelas Amalan Ladang, kita orang tanam rumput Pennisetum purpureum atau nama botani dia Napier. Tapi orang kita panggil rumput tu rumput gajah.Kenapa panggil rumput gajah? Aku pun tak tahu la. Mungkin sebab rumput tu tinggi dan besar macam gajah kot. Haha.

Mula-mula kita orang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan 10 orang. Kumpulan aku la yang paling ramai lelaki iaitu Haffiz, Arif, Fitri, Anwar, Chong Hau, Qayyum, Fadzmira dan Hashimah. Kumpulan Tajul paling kesian sebab dia sorang je lelaki. Haha. Tak pe Tajul, aku tau kau badang.

Okay, sebelum tanam rumput tu, kita orang bahagikan dulu lapangan tu kepada beberapa batas ikut jumlah kumpulan yang ada. jarak antara batas tu pulak 90 cm. Lepas dah ukur jarak antara batas, kita orang ikat tali untuk membezakan antara satu batas dengan batas yang lain. Hal ini penting kerana untuk mengelakkkan peperangan antara kami gara-gara berebutkan batas. Haha. Okay. Aku gurau je. Tak ada maknanya berperang sebab nak berebutkan batas.

Okay, lepas tu kita timbang Calcium Carbonate, CaCO3 ikut keluasan kawasan. Dah timbang, kita orang tabur kapur tu ikut tali yang dah diikat tadi. Masa tabur ni jangan tabur sambil berdiri tengak, kang habis berterbangan calcium carbonate tu ditiup angin. Seelok, eloknya, masa tabur tu tunduk sikit atau rapatkan tangan dengan tanah supaya peluang untuk calcium carbonate tu menari-nari di udara kurang. Benda ni penting sebab kalau dibiarkan calcium carbonate tu berterbangan, satu, kita akan kerugian, lagi satu boleh membahayakan kesihatan sebab debu-debu tu berterbangan boleh tersedut dan batuk.

Tau tak kenapa kena letak calcium carbonate sebelum tanam rumput? Okay, proses ni dipanggil pengapuran dengan tujuan untuk menaikkan pH tanah yang berasid disamping tambahkan nutrient yang diperlukan dalam tanah. Lepas dah buat pengapuran ni, kita orang letak pulak baja NPK. Lepas tu barulah cangkul tanah dan letakkan batang rumput gajah tu kat tempat yang kami korek sepanjang batas tu.

Untung kumpulan aku ada Anwar sebab dia tahu pilih batang rumput mana yang masih sihat atau yang dah nak mati. Jadi tak ada la kami tertanam rumput yang dah nak mati sebabnya semua daun-daun rumput tu dah warna coklat macam nak mati. Jadi tak tahu la sama ada memang macam tu atau pun bukan. Tambah untung lagi sebab ada Haffiz, dia la yang cangkul hampir kesemua batas kita orang dibantu Arif dan Fitri. Makanya, kita orang budak perempuan ni, cumalah membantu untuk tanam batang rumput gajah tu dengan Fakhri, Qayyum dan Chong Hau.


Tgh dengar penerangan

Katang tengah ukur jarak antara batas

Sesi memasang tali ikut batas

Masing-masing berbincang nak buat apa


Katang tengah ikat tali untuk bahagikan kawasan


Timbang calcium carbonate

Sesi pengkapuran (liming)

Qayyum : Haa.. buat rendah macam nira buat tu
Haffiz : Sakit pinggang ah
Aku : Ko ingat pinggang aku tak sakit ke?
Fadzmira : Pinggang aku pun sakit

Okay adik-adik, itu adalah cara yang salah nak tabur calcium carbonate tu

Tabur baja NPK pulak

Kambus batang rumput gajah

Arep tengah pegang batang rumput gajah yang bakal ditanam

Dah habis tabur calcium carbonate, boleh la gulung balik tali. Kot-kot junior kita orang nak guna pulak. Kehkehkeh

Cangkul Arep, jangan tak cangkul

Uiks.. Aku jumpa harta karun

Aku tengah berhalusinasi main bowling kah?

Sesi memilih batang rumput gajah

Cara model masa kini berposing

Apakah?


Alahai -___-"

Fitri : Cangkul tu elok-elok sikit. Saya nak harta karun tu ditemui
Haffiz : Baik bos,

Chong Hau : Kumpulan lain sudah habis ke?
Fadzmira : Belum la. Kita yang first. Yeay kita menang!

Sifu terhebat, Muhammad Khairul Anwar

Fadzmira : Abih la kasut crocs aku

Aku tengah susun batang rumput 

Fitri : Eh, apasal tak ada batang rumput pulak kat tengah tu?

Fakhri, ko nak pergi pejabat ke apa tanam rumput pakai kemeja?


Apa-apa pun, bagi aku, group ni paling best dan paling sempoi. Thanks korang =)

21 March 2012

Encik dan Cik Bunga

Assalamualaikum

Aku memang ternanti-nantikan kelas Kokurikulum sebabnya kelas ni je pun aku nak enjoy. Kelas lain nak kena fokus (fokus la sangat) sebab ada exam. Tapi kelas koko ni tak ada exam, just penilaian je. Jadi rileks sudah. Hari tu , kelas koko kena pergi cari 20 jenis bunga dan nama dia sekali. Maka aku, Azie, Fany, Fitri, Shah, Arep dan Fisha pun mengembara la di sekitar kampus UPM memetik bunga-bunga yang ada. Jom tengok gambar-gambar ditempat kejadian


Jalan-jalan kutip bunga

Arep: Dah cukup ke 20 jenis bunga?
Aku: Belum la. Tak boleh mandi bunga la macam ni

Ce tunjuk sikit bunga apa yg ada

Aku : Bang, beli la bunga ni kasi kat mak we
Fitri : Berapa sen ni?
Arep : Murah je bang, beli lagi kasi kat mak sama

Shah : Bunga apakah ini?



Di bawah sinaran mentari pagi


Masih mencari

Jalan-jalan cari bunga

OMA! Shah bawak bunga!

Azie : Mira, situ ada bunga
Aku : Mana?



Berehat sebentar bersama bunga

Wee~

Akhirnya cukup jugak 20 jenis bunga

????


Dari DK5 hingga ke sini kami berjalan nak cari bunga

Dekat Australia?

Beransur balik ke DK5

Owh.. Cerah sikit

Arep : Jom semua, ikut aku nanti sesat

Perjalanan pulang Encik dan Cik Bunga
 Dah balik ke DK5, kita orang kena present pulak nama bunga dan simbolik bunga tu pada kami. Hah, masa ni mula la kami merepek. Memandangkan kami ni  Budak Ternak dan bukan la student Hortikultur, makanya kami dengan penuh yakin dan pasti, memberi nama bunga-bunga tersebut dengan nama rumput yang di makan lembu! -____-"

Mula-mula fasilitator aku macam tak nak percaya. Siap cakap nak Google lagi, minta ejaan dan sebagainya la. Tapi disebabkan muka kami ni confident je bagi ejaan kat fasilitator kami, makanya beliau percaya dan tak jadi nak Google. Haha. Sorry En Azman, bukan niat nak menipu, cuma kami memang tak tahu. Yang lawaknya, bila satu kelas bertanyakan nama-nama bunga dekat kami sebab dia orang kebanyakannya budak Sains dan ingat kami budak Pertanian, belajar la pasal nama-nama bunga ni. Memang la kami ni student Pertanian, tapi course kami lebih tertumpu pada haiwan dan bukannya tumbuhan. -____-"

Cantik kan?
Moral of the story : Tak semestinya kita student course A, kita tak ambil tahu apa yang student course B belajar. Kadang-kadang sikap ambil tahu tu tambahkan ilmu pengetahuan kita jugak =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...