Si Pengembala Kambing :)

Pages

02 February 2012

Senarai Haiwan Liar Yang Dilindungi Di Malaysia

Assalamualaikum

Hah! Ni apa kes sampai dua entry dalam satu hari ni? Bosan sangat ke cuti sem? Jawapannya tidak. Aku buat entry ni sebab tercuit hati aku nak berkongsi info hari ni sebab dengar ada pak cik yang buru haiwan liar tanpa lesen duk sembang bukan main kencang lagi masa aku pergi beli makanan tengah hari. *aku rasa menyesal tak bawak handset kalau tak boleh rakam apa pak cik tu cakap boleh buat bahan bukti* Kenapa buru haiwan liar ni? Jawapannya mudah. Sebab pendapatan lumayan.

Jadi sebelum tu mari kita berkenalan dengan haiwan-haiwan yang dilindungi ini dulu. Okay, kalau ikut Enakmen Hidupan Liar 1997, ada tiga kategori haiwan yang dilindungi iaitu Jadual 1 di mana haiwan dan tumbuhan yang disenaraikan di bawah jadual 1 ni dilindungi sepenuhnya daripada pemburuan. UNTOUCHABLE!

Jom tengok haiwan yang ada di bawah jadual 1

Badak Sumatera


Beruang Madu


Dugong


Harimau Dahan
*this one is damn gorgeous*


Monyet Bangkatan


Orang Utan
Buaya Julung-julung


Penyu Hijau

Penyu Sisik

Haiwan-haiwan di atas ni merupakan haiwan yang diancam kepupusan. Jadi manusia-manusia sekalian, tolong la bertimbang rasa sikit. Allah dah ciptakan Bumi ni dengan sebaik-baik kejadian. Dan setiap yang Allah ciptakan tu ada peranannya yang tersendiri. Katakan la salah satu species di atas pupus, ekosistem kita pun tak seimbang. Kita mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi siapa tahu masa akan datang macam mana kan?

Lagi satu, korang fikir korang je nak hidup. Haiwan-haiwan ni pun ada hak untuk hidup. Dah la habitat dia orang pun korang musnahkan, sekarang family dia orang pun korang bunuh. Kesian la. Ingat haiwan tak ada perasaan ke? Ingat dia tak sedih bila anak, mak, bapak dia orang kena bunuh? Cuba kau bayangkan aku tembak anak kau pastu aku siat kulit anak kau buat beg tangan aku. Apa kau rasa? Bahagia?

Jangan la fikir nak kaya je. Duit tu tak akan ikut sampai ke kubur pun. Hidup la besederhana. Dapat makan pakai, dapat bagi anak-anak kau pergi sekolah. Dapat berlindung. Cukup la tu. Jangan jadi hamba duit. Disebabkan kekayaan kau nak ambil nyawa satu makhluk yang tak berdosa? Apa erti kaya kalau hidup tak bahagia?

Please rakyat Malaysia, biarkan mereka hidup dengan tenang

p/s: aku nak cakap dekat pak cik tu mcm tu.
Tapi sebelah dia ada senapang masa tu.


btw, ada sambungan untuk Jadual 2 dan 3. Sebab banyak sangat

6 comments:

muezz@blaz said...

wowowowowo bgos mira!!! buka kan mata rakyat malaysia!!!

Noor Amirah Mohd Nor said...

aku panas hati giler dgr pak cik2 tu sembang dgn bangganya dpt anak rimau.. RM20 000 kot dorg dpt.. pstu tenggiling lg.. sekor da leh dapat RM 1500-2000.. benci nya..

muezz@blaz said...

weyh berani nye citer tmpat awam,,, ko knal x org tu? report r camtu...

nurulfarhanirozali said...

mia, terbaik ah ko. Meh aku share entry ko kat Fb aku.boleh tak? hehe, and btw aku masuk2 je blog ko dh nmpak COUNTDOWN ko! bagus!

Noor Amirah Mohd Nor said...

muez: aku xkenal la weyh org tu.. aku ni jenis jrg kuar rumah.. tp klau sruh wat kawad cam bleh la aku tau..

fany: share la.. biar haiwan2 ni dilindungi.. kenapa mia pula? salah type ke ko sengaja?

suzana said...

nice work..keep up...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...