Si Pengembala Kambing :)

Pages

26 February 2012

Rumusan Minggu Pertama Kuliah Semester 2 Budak Ternak

Assalamualaikum

Entry kali ni sangat panjang. Memandangkan nak bercerita dari hari mendaftar masuk ke bilik sampai la hari ni. Bertolak balik ke UPM pukul 7.30 pagi dari Taiping. Sampai sini dalam 11.30 pagi. Makan sekejap dekat Puduraya sebab rasa macam nak pitam dah tak makan apa-apa dari semalam. Pastu, naik LRT kat Plaza Rakyat dan turun di Bandar Tasik Selatan. Sampai Bandar Tasik Selatan, ambil KTM Komuter untuk ke Serdang. Bahu dah terasa sengal sebab beg galas berat sangat, tambah pulak bawak beg baju satu lagi kat tangan, macam nak putus nafas.

Sampai UPM, mendaftar, tulis nama untuk beli T-Shirt Karnival@15, lepas tu masuk ke bilik. Sem ni aku pindah bilik duduk dengan Azie dan Fany. Sebenarnya rasa sedih jugak keluar dari 216, ye la, Kak Fatin, Kak Aza dengan Kak Inaz baik sangat-sangat. Tapi bila fikir bilik yang sekangkang kera ni menyukarkan kita orang nak buat study group dan sebagainya, maka aku ambil keputusan untuk pindah bilik.

Kemas bilik dengan Azie, berjalan dalam hujan dengan pasrahnya masa nak balik dari kafe. Maklumlah, kami berdua tak makan nasi lagi. Haha. Kemas-kemas, sapu tahi cicak, sapu habuk, ubah susunan meja dan katil, akhirnya siap pukul 6.30 petang. Lepas tu baru sedar, barang mandi semua ada dalam stor, hah! Terpaksa berkejar ke kedai kat kafe tu nak beli sabun, berus gigi dan ubat gigi.

Berjalan dalam hujan
Bilik sedang dikemas

Malam tu tak ada apa la sangat yang dibuat oleh aku dengan Azie memandangkan barang-barang semua dalam stor dan tuan punya stor pun tak balik lagi. Aku tak tahu pulak boleh pinjam kunci stor kat kaunter PJSD. Keesokannya, bila ambil balik barang-barang, di samping Fany pun baru sampai dari rumah, bilik dah serupa tongkang pecah!
Tengah tu katil fany, kanan katil aku, kiri katil azie..
Katil aku yang paling banyak barang -_-"


Banyaknye barang aku 0.o
Lepas ambil semua barang dari stor, breakfast nasi lemak yang mak Fany buat, lepas tu pergi ke The Mines sebab nak beli barang sikit. (sikit ke?) haha

Me n Shah
Azie dengan Fany tengah memilih barang

Dah habis beli barang, balik semula ke UPM, kemas-lemas bilik, susun baju dalam almari segala, iron baju untuk ke kelas, lepas tu tidur. Tidur pun dah pukul 2.00 pagi. Maka, keesokannya, bermulalah semester kedua sesi 2011/2012

Hari Isnin

Pergi kelas bertiga dengan Fany dan Azie. Semangat turun pukul 7.00 pagi tapi bas Agrobio tak ada. Ceh. Selalunya pergi kelas sorang-sorang je. Kelas pertama Biochemistry. Lecturer dia okay, ala-ala Dr Zauyah sebab bertanyakan soalan dalam kelas. Jadi aku pun bukak la mata dan telinga supaya sentiasa alert. Habis kelas Biochemistry, sambung pulak dengan kelas Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik 1. Dr Kassim memang best la. Cara dia mengajar pun sempoi je. Tak la mengantuk.. Weee~

Lepas kelas Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik 1, solat Zohor kat Agrobio, lepas tu ada kelas Amalan Ladang: Pengeluaran Ternakan. Kelas ni Tuan Haji Idris yang ajar, mungkin jadi salah satu kelas kegemaran aku kot sebab nanti boleh pergi ladang. Weee~

Petang tu, habis je kelas Amalan Ladang:Pengeluaran Ternakan, terus berkejar ke Kompleks Akademik A sebab ada kelas dekat sana. Kelas General Writing Skill ni betul-betul buat aku, Muezz dengan Salman keliru. Dalam jadual Muez, tulis BS06, dalam jadual Salman tulis BS08 padahal kami satu kumpulan kuliah, yang aku pulak tak tengok jadual, pergi bagi ajaran sesat cakap dekat Fitri dengan Haffiz kelas dekat BS07. Haha. Sampai je sana, BS06 kelas Bahasa Sepanyol, BS07 kelas Bahasa Urdu. Bahasa Urdu tu Fitri yang cakap, tak tahu dia bergurau ke tak. Haha




Hari Selasa

Disebabkan kelas aku mula dari 8.00 pagi sampai 7.00 malam untuk hari Isnin tu, rehat pun cuma pukul 12-2 je, balik tu, penat yang amat, masing-masing tidur awal, tapi keesokan harinya bangun lambat kot. Pukul 7.00 pagi baru bangun! Aku tak pernah bangun selambat tu kalau hari kuliah, maka kelam kabut lah kami bertiga mandi, solat dan bersiap. Tapi Azie paling cool dan akulah yang paling kelam kabut sekali. Nasib baik masa sampai kelas Sistem Pengeluaran Ternakan dan Akuakultur, Dr Ismail belum mulakan kelas lagi sebab beliau tengah cuba menukar waktu kelas gara-gara beliau turut mempunyai kelas lain pada hari tu. Nasib baik. Lepas je kelas Sistem Pengeluaran Tanaman dan Akuakultur, aku balik ke bilik sekejap. Sebab pukul 12 tengah hari baru ada kelas Pengantara Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan kat DKEP 1. First time kelas dekat Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Cari-cari DKEP 1 tak jumpa, dah la dah terlambat. Nasib baik ada budak fakulti tu yang sudi bagi tahu. Tapi sampai sana, duduk dalam 10-15 minit, keluar dari dewan sebab lecturer tak datang pun. Petang tu pukul 5 pergi kelas General Writing Skill. Bincang nak teruskan kelas jadi 3 jam sekali gus dan bukannya dua jam lepas tu keesokan harinya sejam. Jadi bermula minggu depan, kelas General Writing Skill aku hari Selasa, dari pukul 5 petang sampai 8 malam. Tapi kata lecturer aku, tak la sampai 8 malam. Mungkin sampai 7.30 macam tu la.

Hari Rabu
Keluar dari bilik awal sebab nak selesaikan pertukaran kelas ACT2111 yang rupa-rupanya tak wujud. Pagi tu pergi ke Pejabat Dekan sebabnya aku nak mohon untuk kelas baru ACT2111 tu tak boleh sebab dah lebih 18 jam kredit. Pergi dengan Haffiz, lepas tu cuak gila bila Dr Che Fauziah tanya pointer. Huhu. Tapi bila bagitau, Dr Che Fauziah just cakap next sem boleh improve lagi. InsyaAllah. Sekali lagi kelas Sistem Pengeluaran Ternakan dan Akuakultur. Aku pulak kebulur+mengantuk masa kelas ni sampai tak boleh fokus. Last-last tak tahu apa yang Dr Ismail mengajar. Te'ah pun tegur kenapa aku senyap sangat sebab selalunya kat kelas aku la yang paling banyak bercakap dan terlompat berjalan sana-sini. Habis kelas Sistem Pengeluaran Ternakan dan Akuakultur tu, terus keluar ke kafe untuk makan. Haha, dasar kebulur yang amat. Dah makan, masuk kelas Pengantara Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan, baru lah energetic sikit sampaikan Te'ah cakap, ko ni dah makan banyak pulak bercakap. Hee :D Tapi disebabkan aku tak ada basic langsung pasal akaun ni, masa lecturer mengajar tu aku rasa macam lecturer tu mengajar dalam bahasa Perancis ja. Sumpah tak faham T.T. Lepas habis akaun, solat Zohor jap pastu masuk Makmal Anatomi dekat Blok C Agrobio. Masuk makmal, alahai, jumud tul makmal. Peralatan semua tak lengkap. Yang ada meje dissection dengan kerusi je. Jadi sesi amali tu jadi sesi bak kata Dr Kassim, berkenal-kenalan dan bermesra-mesraan. Haha

Hari Khamis
Sekali lagi kelas Biochemistry. Best la Biochemistry ni. Benda-benda yang dah belajar masa matrik dulu. Jadi tak ada la pelik @ jakun sangat kan? Cuma kena perah otak mengimbas balik apa yang belajar masa matrik dulu la. Lepas kelas Biochemistry, aku, Fitri dan Muez pergi ke Pejabat Pos Bandar Baru Bangi untuk ambil motorsikal aku. Pastu bila sampai sana, baru sedar aku tertinggal kunci motor. Hai la. Punya takut aku nak cakap dekat Fitri aku tertinggal kunci motor. Pastu cakap jugak. Nasib baik la Fitri ni jenis cool je. Dia just geleng kepala je. Lepas tu, kita orang patah balik UPM, ambil kunci motor dan pergi ambil motor aku. Hee. Sory weyh. Aku minta maaf sangat-sangat.

Hari Jumaat

Kelas pertama Kimia Pertanian. First time gak pergi Agrobio tak naik bas. Puas hati aku! Tak membazir masa nak tunggu bas. Tapi masa pergi tu ada accident. Sengal je wat aku cuak ingatkan Bahagian Keselamatan buat road block ke apa ke. Dah la aku bawak motor secara haram ni. Tak ada ke senior yang berbaik hati tolong applykan sticker motor untuk aku? Haha. Pastu masa tengah sembang-sembang dengan Fitri dan Muez, baru dia orang tahu yang lecturer Kimia Pertanian kita orang ni Timbalan Dekan. Cuak Fitri sebab dia pakai selipar je masa pergi kelas. Haha. Petang tu amali. Ya Allah, sangat la tak best kalau nak dibandingkan dengan amali Sains Tanah Asas sem lepas. Bukan sebab lecturer, tapi sebab rakan sekelas yang dari kursus yang berlainan dan tahun yang berlainan. Untuk Kimia Pertanian ni, cuma aku, Muez, Haffiz, Fitri dan Shah je yang ambil kelas ni.

Hari Sabtu

Kelas pertama Bakti Siswa (Baksis) memang sangat seronok. Fasilitator aku, Encik Azman sangat sempoi. Mula-mula kita orang berkenalan dulu. Lepas tu, bahagikan kumpulan. Kumpulan aku ada Fany, Fitri, Shah, Arif, Fisha dan Haffiz. Pastu ada la tiga orang budak kursus lain yang masuk group aku. Tapi dia orang pun best jugak la. Mula-mula kena present pasal Kemahiran Insaniah. Lepas tu kena buat rumah dari spageti. Ada 3 kumpulan, jadi ada 3 bahagian rumah iaitu ruang depan, ruang tengah dan ruang tamu. Ketiga-tiga ruang ni mesti digabungkan kemudian. Jadi, kita orang bukan sekadar bekerjasama dengan ahli kumpulan, tapi jugak dengan kumpulan lain. Aku partner dengan Arif buat lantai, tapi masuk spageti keempat, Arif putus asa dan tolong Haffiz dan Fitri -___-"

Gigihnye

Tekunnya Shah dan Haffiz

Arif dengan Fitri masih boleh tersenyum

Bakal engineer?

Apa la yang dia orang tengok tu

Hasil kerja tangan Fitri, Arif dan Haffiz

Hasil kerja tangan aku
Tapi disebabkan benda ni mengambil masa yang lama untuk dibuat, maka kami akan sambung buat benda ni minggu depan. Hehe. Rasa tak sabar pulak.

Keseluruhannya, minggu pertama sem 2 bermula dengan baik walaupun tak berapa lancar disebabkan terganggu dengan beberapa perkara, misalnya pendaftaran kursus tu. Tapi Alhamdulillah semuanya dah selesai.


~Mengharapkan yang lebih baik berbanding sem lepas~

2 comments:

muezz@blaz said...

tahniah la dapat buat rumusan,,, hahaha tapi aku tengok cam lebih je perkataan.... :D

Noor Amirah Mohd Nor said...

haha.. keji la muez.. mne ada limit perkataan kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...