Si Pengembala Kambing :)

Pages

02 February 2012

Result Tak Rasmi

Assalamualaikum

Kebelakangan ni kecoh pasal result exam. Mau tak kecoh, penantian itu satu penyiksaan tau tak. Haha. *aku la tu yang termasuk dalam golongan yang kecoh tu. Apa-apa pun, result rasmi tak keluar lagi. Sama-sama la kita menghitung hari nak tunggu 9 Februari ni. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa aku akan lega lepas 9 Februari ni sebab dah dekat nak balik UPM. Owh, rindu kat semuanya yang ada di UPM.

Berbalik kepada result, semalam dekat FB kecoh pasal cara nak check result. Aku buat step yang dia orang bagi tak nak jadi. Ceh! Last-last suruh Fakhri yang buatkan. Thanks Fakhri. Dan result yang keluar tu, buat aku rasa 2 perkara; lega dan terkilan

Kenapa lega? Sebab pointer aku naik. Kan dalam entry sebelum ni aku punya pointer 2.++ kan. Tapi semalam dah jadi 3.++. Syukur sangat-sangat sebab pointer aku naik. Tapi terkilannya bila tengok gred kat Oral Interaction Skill dengan Kenegaraan Malaysia.


Untuk subjek Oral Interaction Skill, aku rasa sangat terkilan sebab aku rasa aku boleh dapat A, paling koman pun B+. Tapi disebabkan kebengongan diri sendiri, Aku tak hantar assignment terakhir iaitu MyLine sehingga menyebabkan 15 markah pergi macam tu aje. Macam mana aku yakin sebab MyLine la gred aku jadi macam tu? Sebab awal-awal cuti dulu, carry mark untuk Oral Interaction Skill aku 57. Tapi dah dekat result nak keluar ni, markah aku dah berubah jadi 42. Tu la, lain kali bagi la lagi orang pinjam assignment.

Untuk subjek Kenegaraan Malaysia pulak, subjek ni memang aku terkilan sangat-sangat. Sebabnya masa Fany tolong umumkan markah carry mark, markah carry mark aku lebih rendah berbanding yang lain sedangkan kalau diikutkan dari segi kerja, hampir 70% daripada kandungan laporan tugasan adalah hasil kerja aku dan Haffiz. Kalau masa presentation pulak, siapa yang kelas Kenegaraan dengan aku tau la macam mana masa presentation.

Jadi, aku tanya lecturer aku macam mana markah antara ahli kumpulan berbeza. Dia cakap bergantung pada presentation. Dan bila aku tanya kenapa markah aku rendah sebab setahu aku dia bukan la jenis lecturer yang menghafal nama student, jadi macam mana dia boleh nilai kami sedangkan nanti dia tak tahu kat nama mana dia nak isi markah. Lagipun, seingat aku, masa kami present, dia tak bawa apa-apa kertas pun. Tak macam lecturer-lecturer lain. Jadi, apa yang dia cakap? "Saya bagi ikut suka hati saya" Owh, aku rasa teraniaya di sini. Redha je la cik kak! What goes around comes around. Mungkin ni balasan sebab kau duk main game Building Block tu dalam kelas dia.

Lagipun, kau sendiri tahu yang subjek jenis sejarah ni bukan kekuatan kau. Relaks sudah. Skor habis-habisan untuk Anatomi dengan Kimia Pertanian nanti Cik Mira oi! Tu kan subjek makanan kau tu. Lagipun semua yang terjadi salah diri kau sendiri sebab main-main. Study week ada, apa yang kau buat? Kau jadi snorlax, online FB tak pun kau main game. Jadi, sila bersyukur dengan pointer yang anda dapat. Ingat. SYUKUR!

Ye. Pagi ni bila bangun, aku rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya pointer aku jauh lagi daripada nak kena tarik PTPTN. Paling bersyukur sebab dapat lagi peluang nak study kat UPM, bermakna still ada peluang lagi nak memperbaiki diri.

Kawan-kawan,

SEM1 dah habis, moh le kita ke SEM2


~~Let bygones be bygones~~


p/s: jangan la PA aku tembak aku sebab pointer ni. Haha



2 comments:

nuruddin said...

ok la tu..huhu

Noor Amirah Mohd Nor said...

ye.. skrg ni da dpt bertenang..
klau x mcm sedih la jugak..
ape2 pun Alhamdulillah sbb masih ada peluang nak sambung blaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...