Si Pengembala Kambing :)

Pages

06 February 2012

Aku Bosan~~

Assalamualaikum

Aku menyepi sekejap dari berblogging. Kali terakhir buat entry, sampai dua entry satu hari. Bukan main lagi. Dalam entry Senarai Haiwan Liar Yang Dilindungi di Malaysia, aku janji nak sambung untuk haiwan-haiwan yang tersenarai di bawah Jadual 2 dan Jadual 3. Tapi aku nak minta maaf sebab tak dapat update entry pasal tu dalam masa yang terdekat kerana aral yang melintang, membujur dan sebagainya la.

Asalnya, aku dah nak buat dah entry tu sehari selepas aku wat entry pasal Haiwan Liar Yang Dilindungi tu, tapi apa yang terjadi adalah, masa aku tengah gigih upload gambar nak buat entry, tiba-tiba keluar natang ni

ni maknanya kredit YES 4G tu dah abih la tu -__-"

Aku punya la tak puas hati sebab seingat aku baru beberapa hari yang lepas aku topup RM30 dan aku dah menghadkan penggunaan aku dengan tak tengok mana-mana video supaya kredit tak laju sangat jalan. Tapi aku rasa sebab aku upload gambar banyak sangat kot tu yang kredit aku cepat benor abihnye.


Haa.. Tengok la. Satu sen pun tak tinggal.

Keseluruhannya, sepanjang cuti sem ni aku dah guna lebih daripada RM100 untuk topup YES ni. Tu tak termasuk akaun Saifurddin yang aku guna gara-gara dia tertinggal Go dia kat UPM lagi! Nampak tak betapa bosannya aku dirumah ni?

Berbalik kepada cerita asal, aku relaks dulu kredit YES dah habis. Sebab dekat rumah ada Celcom Broadband. Hehe. Jadi nak sambung entry pasal Haiwan Liar tu, tengok-tengok kat edit post, natang ni yang keluar.



Masa tu rasa macam apa je. Sia-sia kredit YES aku dikorbankan. Huhu. Jadi aku ambil keputusan untuk tulis entry tu bila aku balik UPM nanti. Lagipun aku bukan banyak follower, tak adanya nak mengamuk kalau aku tak sambung entry tu. Haha. Tapi ilmu harus disampaikan. Tak kira lambat atau cepat. Jadi aku akan tetap wat entry tu walaupun tak ada sesiapa yang akan mengamuk :p

Jadi haritu chatting dengan Zharif Atiq, classmate aku masa kat Matrik dulu. Kita orang sembang pasal Program Sirih Pulang Ke Gagang. Program ni bertujuan untuk kita orang merapatkan ukhwah sesama alumni KMPk dan juga junior kita orang nanti di mana ada segmen GET TO KNOW yang mana student KMPk sekarang ni boleh la berjumpa dengan kita orang, bertanyakan pasal Universiti dengan jurusan yang kita orang ambil. Nanti jap! Universiti memang ramai yang akan tanya, tapi kos aku? Ada ke budak-budak ni tau apa itu Bachelor Pertanian (Sains Ternakan)?

Percaya la. 90% daripada student matrikulasi bercita-cita untuk bekerja dalam bidang profesional macam doktor, engineer dan ahli farmasi. Roommate aku masa matrik pun sama je. Bukan main lagi nak jadi doktor. Tapi tengok darah takut. Tak faham aku. Termasuk la si Zharif Atiq ni haa.. Last-last ko dapat Veterinar kat UPM. Amik ko. Dasar menyibuk je aku apply Veterinar ko pun nak tiru.


Baru aku tau nak pergi program tu kena bayar -__-"


Tapi memang berpatutan la pun kena bayar. Sebabnya Program tu Program 3 hari. Banyak benda yang akan di buat nanti. Huhu. Dah la hari tu nak jadi fasilitator untuk orientasi tak boleh. Sekarang nak pergi ke program ni pun tak boleh gara-gara tengah sengkek sangat-sangat sekarang ni. Sebabnya? Aku dah selamat belanjakan RM3500 duit PTPTN tu. Buat beli apa? Err.. Haha. Jalan-jalan sana sini. Tak percaya? Tengok akaun CIMB aku.



Kesimpulannya, aku sangat bosan berada dirumah. Cuti sem akan datang, aku akan pastikan aku ada duit supaya aku boleh pergi mana-mana program yang ada.

p/s: nak try jadi Fasilitator Universiti la untuk intake yang akan datang boleh tak? Haha

2 comments:

Cik Tanpa Nama said...

salam sis,, saya pown pelajar matrik jugak...sekarang tengah dok pening nak isi upu ni...veterinar upm tinggi tak pointer dia nak apply?

ciktanpanama@gmail.com

Cik Tanpa Nama said...

salam sis,, saya pown pelajar matrik jugak...sekarang tengah dok pening nak isi upu ni...veterinar upm tinggi tak pointer dia nak apply?

ciktanpanama@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...