Si Pengembala Kambing :)

Pages

26 February 2012

Rumusan Minggu Pertama Kuliah Semester 2 Budak Ternak

Assalamualaikum

Entry kali ni sangat panjang. Memandangkan nak bercerita dari hari mendaftar masuk ke bilik sampai la hari ni. Bertolak balik ke UPM pukul 7.30 pagi dari Taiping. Sampai sini dalam 11.30 pagi. Makan sekejap dekat Puduraya sebab rasa macam nak pitam dah tak makan apa-apa dari semalam. Pastu, naik LRT kat Plaza Rakyat dan turun di Bandar Tasik Selatan. Sampai Bandar Tasik Selatan, ambil KTM Komuter untuk ke Serdang. Bahu dah terasa sengal sebab beg galas berat sangat, tambah pulak bawak beg baju satu lagi kat tangan, macam nak putus nafas.

Sampai UPM, mendaftar, tulis nama untuk beli T-Shirt Karnival@15, lepas tu masuk ke bilik. Sem ni aku pindah bilik duduk dengan Azie dan Fany. Sebenarnya rasa sedih jugak keluar dari 216, ye la, Kak Fatin, Kak Aza dengan Kak Inaz baik sangat-sangat. Tapi bila fikir bilik yang sekangkang kera ni menyukarkan kita orang nak buat study group dan sebagainya, maka aku ambil keputusan untuk pindah bilik.

Kemas bilik dengan Azie, berjalan dalam hujan dengan pasrahnya masa nak balik dari kafe. Maklumlah, kami berdua tak makan nasi lagi. Haha. Kemas-kemas, sapu tahi cicak, sapu habuk, ubah susunan meja dan katil, akhirnya siap pukul 6.30 petang. Lepas tu baru sedar, barang mandi semua ada dalam stor, hah! Terpaksa berkejar ke kedai kat kafe tu nak beli sabun, berus gigi dan ubat gigi.

Berjalan dalam hujan
Bilik sedang dikemas

Malam tu tak ada apa la sangat yang dibuat oleh aku dengan Azie memandangkan barang-barang semua dalam stor dan tuan punya stor pun tak balik lagi. Aku tak tahu pulak boleh pinjam kunci stor kat kaunter PJSD. Keesokannya, bila ambil balik barang-barang, di samping Fany pun baru sampai dari rumah, bilik dah serupa tongkang pecah!
Tengah tu katil fany, kanan katil aku, kiri katil azie..
Katil aku yang paling banyak barang -_-"


Banyaknye barang aku 0.o
Lepas ambil semua barang dari stor, breakfast nasi lemak yang mak Fany buat, lepas tu pergi ke The Mines sebab nak beli barang sikit. (sikit ke?) haha

Me n Shah
Azie dengan Fany tengah memilih barang

Dah habis beli barang, balik semula ke UPM, kemas-lemas bilik, susun baju dalam almari segala, iron baju untuk ke kelas, lepas tu tidur. Tidur pun dah pukul 2.00 pagi. Maka, keesokannya, bermulalah semester kedua sesi 2011/2012

Hari Isnin

Pergi kelas bertiga dengan Fany dan Azie. Semangat turun pukul 7.00 pagi tapi bas Agrobio tak ada. Ceh. Selalunya pergi kelas sorang-sorang je. Kelas pertama Biochemistry. Lecturer dia okay, ala-ala Dr Zauyah sebab bertanyakan soalan dalam kelas. Jadi aku pun bukak la mata dan telinga supaya sentiasa alert. Habis kelas Biochemistry, sambung pulak dengan kelas Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik 1. Dr Kassim memang best la. Cara dia mengajar pun sempoi je. Tak la mengantuk.. Weee~

Lepas kelas Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik 1, solat Zohor kat Agrobio, lepas tu ada kelas Amalan Ladang: Pengeluaran Ternakan. Kelas ni Tuan Haji Idris yang ajar, mungkin jadi salah satu kelas kegemaran aku kot sebab nanti boleh pergi ladang. Weee~

Petang tu, habis je kelas Amalan Ladang:Pengeluaran Ternakan, terus berkejar ke Kompleks Akademik A sebab ada kelas dekat sana. Kelas General Writing Skill ni betul-betul buat aku, Muezz dengan Salman keliru. Dalam jadual Muez, tulis BS06, dalam jadual Salman tulis BS08 padahal kami satu kumpulan kuliah, yang aku pulak tak tengok jadual, pergi bagi ajaran sesat cakap dekat Fitri dengan Haffiz kelas dekat BS07. Haha. Sampai je sana, BS06 kelas Bahasa Sepanyol, BS07 kelas Bahasa Urdu. Bahasa Urdu tu Fitri yang cakap, tak tahu dia bergurau ke tak. Haha




Hari Selasa

Disebabkan kelas aku mula dari 8.00 pagi sampai 7.00 malam untuk hari Isnin tu, rehat pun cuma pukul 12-2 je, balik tu, penat yang amat, masing-masing tidur awal, tapi keesokan harinya bangun lambat kot. Pukul 7.00 pagi baru bangun! Aku tak pernah bangun selambat tu kalau hari kuliah, maka kelam kabut lah kami bertiga mandi, solat dan bersiap. Tapi Azie paling cool dan akulah yang paling kelam kabut sekali. Nasib baik masa sampai kelas Sistem Pengeluaran Ternakan dan Akuakultur, Dr Ismail belum mulakan kelas lagi sebab beliau tengah cuba menukar waktu kelas gara-gara beliau turut mempunyai kelas lain pada hari tu. Nasib baik. Lepas je kelas Sistem Pengeluaran Tanaman dan Akuakultur, aku balik ke bilik sekejap. Sebab pukul 12 tengah hari baru ada kelas Pengantara Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan kat DKEP 1. First time kelas dekat Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Cari-cari DKEP 1 tak jumpa, dah la dah terlambat. Nasib baik ada budak fakulti tu yang sudi bagi tahu. Tapi sampai sana, duduk dalam 10-15 minit, keluar dari dewan sebab lecturer tak datang pun. Petang tu pukul 5 pergi kelas General Writing Skill. Bincang nak teruskan kelas jadi 3 jam sekali gus dan bukannya dua jam lepas tu keesokan harinya sejam. Jadi bermula minggu depan, kelas General Writing Skill aku hari Selasa, dari pukul 5 petang sampai 8 malam. Tapi kata lecturer aku, tak la sampai 8 malam. Mungkin sampai 7.30 macam tu la.

Hari Rabu
Keluar dari bilik awal sebab nak selesaikan pertukaran kelas ACT2111 yang rupa-rupanya tak wujud. Pagi tu pergi ke Pejabat Dekan sebabnya aku nak mohon untuk kelas baru ACT2111 tu tak boleh sebab dah lebih 18 jam kredit. Pergi dengan Haffiz, lepas tu cuak gila bila Dr Che Fauziah tanya pointer. Huhu. Tapi bila bagitau, Dr Che Fauziah just cakap next sem boleh improve lagi. InsyaAllah. Sekali lagi kelas Sistem Pengeluaran Ternakan dan Akuakultur. Aku pulak kebulur+mengantuk masa kelas ni sampai tak boleh fokus. Last-last tak tahu apa yang Dr Ismail mengajar. Te'ah pun tegur kenapa aku senyap sangat sebab selalunya kat kelas aku la yang paling banyak bercakap dan terlompat berjalan sana-sini. Habis kelas Sistem Pengeluaran Ternakan dan Akuakultur tu, terus keluar ke kafe untuk makan. Haha, dasar kebulur yang amat. Dah makan, masuk kelas Pengantara Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan, baru lah energetic sikit sampaikan Te'ah cakap, ko ni dah makan banyak pulak bercakap. Hee :D Tapi disebabkan aku tak ada basic langsung pasal akaun ni, masa lecturer mengajar tu aku rasa macam lecturer tu mengajar dalam bahasa Perancis ja. Sumpah tak faham T.T. Lepas habis akaun, solat Zohor jap pastu masuk Makmal Anatomi dekat Blok C Agrobio. Masuk makmal, alahai, jumud tul makmal. Peralatan semua tak lengkap. Yang ada meje dissection dengan kerusi je. Jadi sesi amali tu jadi sesi bak kata Dr Kassim, berkenal-kenalan dan bermesra-mesraan. Haha

Hari Khamis
Sekali lagi kelas Biochemistry. Best la Biochemistry ni. Benda-benda yang dah belajar masa matrik dulu. Jadi tak ada la pelik @ jakun sangat kan? Cuma kena perah otak mengimbas balik apa yang belajar masa matrik dulu la. Lepas kelas Biochemistry, aku, Fitri dan Muez pergi ke Pejabat Pos Bandar Baru Bangi untuk ambil motorsikal aku. Pastu bila sampai sana, baru sedar aku tertinggal kunci motor. Hai la. Punya takut aku nak cakap dekat Fitri aku tertinggal kunci motor. Pastu cakap jugak. Nasib baik la Fitri ni jenis cool je. Dia just geleng kepala je. Lepas tu, kita orang patah balik UPM, ambil kunci motor dan pergi ambil motor aku. Hee. Sory weyh. Aku minta maaf sangat-sangat.

Hari Jumaat

Kelas pertama Kimia Pertanian. First time gak pergi Agrobio tak naik bas. Puas hati aku! Tak membazir masa nak tunggu bas. Tapi masa pergi tu ada accident. Sengal je wat aku cuak ingatkan Bahagian Keselamatan buat road block ke apa ke. Dah la aku bawak motor secara haram ni. Tak ada ke senior yang berbaik hati tolong applykan sticker motor untuk aku? Haha. Pastu masa tengah sembang-sembang dengan Fitri dan Muez, baru dia orang tahu yang lecturer Kimia Pertanian kita orang ni Timbalan Dekan. Cuak Fitri sebab dia pakai selipar je masa pergi kelas. Haha. Petang tu amali. Ya Allah, sangat la tak best kalau nak dibandingkan dengan amali Sains Tanah Asas sem lepas. Bukan sebab lecturer, tapi sebab rakan sekelas yang dari kursus yang berlainan dan tahun yang berlainan. Untuk Kimia Pertanian ni, cuma aku, Muez, Haffiz, Fitri dan Shah je yang ambil kelas ni.

Hari Sabtu

Kelas pertama Bakti Siswa (Baksis) memang sangat seronok. Fasilitator aku, Encik Azman sangat sempoi. Mula-mula kita orang berkenalan dulu. Lepas tu, bahagikan kumpulan. Kumpulan aku ada Fany, Fitri, Shah, Arif, Fisha dan Haffiz. Pastu ada la tiga orang budak kursus lain yang masuk group aku. Tapi dia orang pun best jugak la. Mula-mula kena present pasal Kemahiran Insaniah. Lepas tu kena buat rumah dari spageti. Ada 3 kumpulan, jadi ada 3 bahagian rumah iaitu ruang depan, ruang tengah dan ruang tamu. Ketiga-tiga ruang ni mesti digabungkan kemudian. Jadi, kita orang bukan sekadar bekerjasama dengan ahli kumpulan, tapi jugak dengan kumpulan lain. Aku partner dengan Arif buat lantai, tapi masuk spageti keempat, Arif putus asa dan tolong Haffiz dan Fitri -___-"

Gigihnye

Tekunnya Shah dan Haffiz

Arif dengan Fitri masih boleh tersenyum

Bakal engineer?

Apa la yang dia orang tengok tu

Hasil kerja tangan Fitri, Arif dan Haffiz

Hasil kerja tangan aku
Tapi disebabkan benda ni mengambil masa yang lama untuk dibuat, maka kami akan sambung buat benda ni minggu depan. Hehe. Rasa tak sabar pulak.

Keseluruhannya, minggu pertama sem 2 bermula dengan baik walaupun tak berapa lancar disebabkan terganggu dengan beberapa perkara, misalnya pendaftaran kursus tu. Tapi Alhamdulillah semuanya dah selesai.


~Mengharapkan yang lebih baik berbanding sem lepas~

15 February 2012

My Extreme Animal Phobia


Hari ni nak bercakap pasal satu rancangan kat Animal Planet, My Extreme Animal Phobia. Kenapa tiba-tiba nak bercakap pasal rancangan ni? Sebabnya aku pun ada jugak fobia dengan binatang walaupun aku sangat-sangat sukakan binatang. Tapi dengan satu binatang ni je aku ada masalah sikit. Bukan sikit, banyak! Binatang apa?


Tak lain dan tak bukan adalah ular! Aku memang sangat takut dengan ular. Even tengok gambar ular ni tengah jelir lidah pun dah berdiri bulu roma sebab sangat takut. Apatah lagi kalau berhadapan dengan ular sendiri. Punca aku takutkan ular ni sebabnya masa kecik dulu abah aku ada ular mainan yang plastik yang memang macam ular betul tu. Satu hari, ada ular masuk dalam rumah. Masa tu mak dengan abah aku dua-dua tengah mandi. Abah aku mandi dalam bilik air master, mak aku pulak mandi kat bilik mandi kat dapur.

Aku ingatkan abah aku baru beli ular mainan tu yang baru dan sengaja letak dekat pintu betul-betul sebelah adik kedua aku tengah tidur masa tu. Aku pun pegang la ular tu, tarik-tarik ekor dia. Tinggal nak angkat je lagi. Tapi aku baru sedar yang ular tu tiba-tiba bergerak. Aku yang masa tu baru umur 6 tahun, terus panik dan tarik adik laki aku lari daripada ular tu dan tinggalkan adik perempuan aku yang tengah tidur tu kat sebelah ular tu!

Ular ni la yang aku pegang tu
Macam mana la aku tak pegang.. Kaler sikit punya menarik.

Dan sejak tu la aku memang fobia sangat dengan ular ni. Walaupun tengok gambar aje. Kalau berdepan dengan aku, memang tak cukup tanah la aku lari. Macam yang jadi kat Zoo Negara masa pergi dengan Haffiz dan Muezz. Malu kot, ramai orang tengok. Masa pergi Pesta Konvokesyen UPM yang ke 35 hari tu pun sama, mula-mula setakat nak tangkapkan gambar untuk Fany je aku maintain cool dulu. Pastu bila Fany nak datang dekat dengan aku sambil bawak ular tu, haa macam orang kena sampuk dengan hantu aku menjerit. Jatuh air muka aku depan abang-abang yang macho kat situ. Haha.

Cuba tengok sedutan daripada My Extreme Animal Phobia ni.


Kira orang ni tak extreme la ular tu duk atas badan dia boleh berdiri lagi. Kalau aku, ekor ular tu sentuh je badan aku, silap-silap hari bulan terkencing aku kat situ. Lagi teruk kalau aku pengsan terus. Tak sempat nak cium ular. Haha, Pengalaman masa kat Zoo Negara tu pun dah lembik lutut. Masuk rumah ular berjalan menyorok belakang Haffiz. Bajet la kot dia boleh protect aku kan kot ada ular terlepas ke. Tapi nak buat macam mana, si Haffiz tu pun takut ular, dia pun macam duk buat Muezz perisai dia je. Haha. Tak apa, apa-apa pun kena Muezz dulu, pas tu Haffiz baru aku. Kikiki.

Okey lah, aku tak mau tengok entry ni lama-lama. Takut.


p/s: setakut-takut aku, aku tak pernah berniat untuk menghapuskan spesies ular kat dunia ni

-What doesn't kill you make you stronger-

14 February 2012

Jadual Kuliah Sem 2 Budak Ternak


Kuliah untuk semester kedua sesi 2011/2012 akan bermula dalam masa kurang dari seminggu. Dan ni merupakan kuliah semester kedua bagi aku. Harapnya boleh la improve mana yang tak okay sem 1 dulu. Nak buat assigment pun rasanya tak ada la blur macam dulu kot. *harap-harap.

Jadi, secara rasmi, ni lah jadual sem 2 aku berada di UPM ni.

Abaikan General Writing Skill sebab kelas dah penuh
Ni jadual masa sem 1
Jadual Sem 2 ni nampak lagi padat sebabnya dah jadi 21 jam kredit berbanding masa sem 1 cuma 19 jam kredit. Alhamdulillah dapat ambil Bakti Siswa. Kiranya masuk tahun kedua nanti dah tak payah fikir-fikir pasal kokurikulum lagi la. Hujung minggu mungkin boleh pergi reban ayam ke. Haha.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk aku dan kawan-kawan aku

- A thousand miles starts with one step -

13 February 2012

eSMP dan Perihal Pendaftaran Kursus UPM

Assalamualaikum

Alhamdulillah, lepas berhari-hari *tiga hari je* eSMP mengalami masalah teknikal, hari ni eSMP dah kembali normal. Sekaligus membenarkan aku menambah subjek untuk semester hadapan. Macam yang aku cakap dalam entry lepas, aku tinggal nak daftar subjek General Writing Skill aje lagi. Sebabnya, subjek ni ada prasyarat iaitu lulus Oral Interaction Skill. Memandangkan Oral Interaction Skill dah lulus walaupun tak cemerlang, maka harus la aku cepat-cepat mendaftar sebelum aku tercampak ke kelas lain atau lebih teruk kuota telah penuh.

Memandangkan hari ni hari pertama untuk mendaftar kursus, aku menjangkakan bahawa trafik eSMP mestilah sibuk yang amat mengalahkan kereta-kerata yang pulang berhari raya beratur nak bayar tol kat Tol Jelapang. Dan sangkaanku tepat sama sekali. Kali pertama aku login eSMP, loading berhenti sampai 33% je. Kali kedua, muncul benda alah ni kat skrin lap top cabuk aku.

webpage not available?
Kali ketiga, keempat, kelima dan aku tak ingat sampai kali ke berapa. Still tak boleh bukak. Okay. Sememangnya student UPM sangat berdedikasi dengan pelajaran masing-masing. Biarkan dulu. Layan FB 10 minit, try lagi sekali. Tak boleh jugak. Aish. Tak boleh jadi ni. Then teringat untuk bagi tau kat kawan-kawan lain. Buat la announcement dekat group SAINS TERNAKAN 2011/2012.


Tapi tengok Arif dengan Fitri tak online pulak. Sedangkan dia orang dah mewasiatkan agar inform dia orang kalau dah boleh daftar kursus. Jadi terpaksa la roger2 pakai SMS. Dah SMS dia orang, aku try lagi sekali. Nasib baik dah boleh. Buat la permohonan Tambah Kursus sebab dah lebih 18 jam kredit kan. Tapi tiba-tiba rasa cuak pulak. Sebabnya aku tengok kuota untuk Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) tinggal 19 je lagi masa tu. Padahal ada lebih 50 orang pelajar Sains Ternakan (batch aku saja) yang tak daftar untuk General Writing Skill lagi. Tu belum masuk senior lagi. Harap-harapnya tak ada la senior Sains Ternakan yang ambil General Writing Skill sem ni.

Lepas tu Arif mesej. Katanya dah dapat daftar. Dan tadi bila aku check, kuota sudah penuh! Mengapakah perkara ini harus terjadi. Kalau tak ada kelas baru yang dibuka, alamatnya kena pandai-pandai la pulak aku tarik subjek sem masuk ke sem ni. Kalau tak, lagi parah sem 3 aku nanti. 

Permohonan aku masih dalam proses

Ada jugak classmate aku yang tak dapat tengok result sampai sekarang gara-gara status masih berhutang mereka. Padahal dia orang dah bayar dah yuran.

p/s: boleh tak aku minta personally dengan lecturer yang mengajar kelas General Writing Skill tu agar aku dapat belajar walaupun kuota dah penuh?


11 February 2012

Gred Repeat Di UPM

Assalamualaikum

Entry hari ni kesinambungan entry 3 Persoalan Pelajar Tahun 1 UPM Bila Keputusan Peperiksaan Dah Keluar. Aku rasa bersalah pulak sebab pandai-pandai cakap yang C ke bawah kena repeat. Ye la. Aku ingatkan benda tu betul. Sebab yang bercakap tu dari golongan yang boleh dipercayai. Aku post entry tu kat Facebook, dan mujurlah ada senior yang tak lokek ilmu tolong membantu aku. Arigato!

Meh ikuti apa yang dikatakan oleh mereka.


Jadi kesimpulannya yang wajib repeat adalah subjek yang mendapat gred F. Tapi kenyataan di atas dikeluarkan oleh mahasiswa Fakulti Pertanian. Jadi untuk fakulti yang lain aku tak tahu sama ada mengamalkan perkara yang sama atau pun tak.


p/s: saya mohon maaf sekiranya sudah menimbulkan kecuakan dan susah hati terhadap anda atas maklumat yang tidak tepat.

~Yang baik itu datang dari Allah dan yyang buruk tu datang dari aku sendiri~

Topup YES! 4G Guna CIMBClicks dan Maybank2u

Assalamualaikum

Semalam, tengah kelam kabut bagi anak-anak kaki empat yang berbulu dan comel makan, tiba-tiba handset aku berbunyi. Siapakah gerangan yang menelefon aku tu? Tengok skrin, terkedip-kedip "SHYaFiQ" ikut rentak One In A Million. Uiks. Apa hal si Katang ni telefon aku? Rindu ke? Haha. Rupa-rupanya nak tanya macam mana nak topup YES! 4G tu. Almaklumlah, nak check result exam dan nak buat pendaftaran kursus bagai. Aku cakap aku topup pakai Maybank2u, tapi Katang tanya macam mana kalau guna CIMBClicks. So, aku pun gigih la try. Bagi yang tak tahu caranya, meh aku nak story. Bagi yang dah tau, buat-buat tak tau je la =)

CIMBClicks

Langkah 1


Mula-mula login masuk dulu ke CIMBClicks. Dah login pilih Bill Payment

Langkah 2


Langkah 3


Selesai =)

Maybank2u

Langkah 1


Pergi ke homepage YES!

Langkah 2


Langkah 3

isi semua detail yang diperlukan

Langkah 4


Langkah 5



Bila portal Maybank2u keluar, korang isi la username dengan password korang, requesr untuk TAC dan isi TAC Code dan tekan submit. Nanti akaun korang akan di topup secara automatik dan boleh la korang online lagi =)

Harap info ni membantu

~Senyum Selalu~

10 February 2012

3 Persoalan Pelajar Tahun 1 UPM Bila Keputusan Peperiksaan Dah Keluar

Assalamualaikum

Semalam, disebabkan aku tergedik-gedik tak sabar nak check result, aku topup YES! 4G aku. Sebabnya kalau pakai Broadband lain, haish, memang la aku tak berjaya masuk ke eSMP tu. Tambah pulak dengan seluruh penghuni UPM duk ready nak serbu masuk eSMP sebab nak check result dia orang jugak. Sememangnya student UPM sangat bersemangat dalam setiap perkara. Yeah!

Sebelum check result, check dulu baki YES! 4G. Nanti jadi macam hari tu lak, tiba-tiba keluar benda alah tu cakap kredit habis. Bila check akaun YES! 4G aku, melopong jap mulut aku. Pasai pa? Haha. Sebab dapat rebat sampai RM50. Tak caya? Tengok ni

Alhamdulillah.. Rezeki.. Rezeki.. =)

Dah, habis cerita pasal YES! 4G ni, sambung balik pasal result exam. Alhadulillah result exam sama macam result exam yang dah kena hack tu. Nasib baik tak turun. Kalau tak, jenuh la aku duk pulun study sem-sem yang akan datang. Tapi walaupun tak turun, kena jugak pulun study untuk cover balik result exam sem 1 ni. Ditambah pulak dengan cita-cita nak mohon JPA sebab tak tahan yuran UPM mahal sangat sampai habis duit PTPTN aku. Haha.

Jadi, bila result dah keluar, timbul beberapa persoalan yang popular di kalangan pelajar UPM umumnya dan pelajar tahun satu khasnya. Maklum la, tak ada pengalaman. Semua nak tanya. Hehe. Yang pertama sekali, untuk orang yang result baik punya, dorang akan tanya bila PTPTN masuk. Soalan ni pun aku duk tertanya-tanya gak. Bukan sebab result aku baik punya la, tapi sebab aku dah sengkek tak ada hatta 1 sen pun sejak cuti ni. Menurut sumber-sumber yang dah berpengalaman dengan hal-hal PTPTN ni, duit PTPTN akan masuk 17 Februari 2012. Betul ke tak, sama-sama kita check akaun bank kita nanti ye? =)

Yang kedua, terdiri daripada mereka yang result boleh dipertingkatkan lagi. Dia orang duk tanya gred apa nak kena repeat subjek, pointer berapa dikira lulus dan lain-lain lagi. Yang ini pun aku duk tertanya-tanya gak. Tapi bukan untuk aku la. Untuk orang lain disamping menambah pengetahuan am mengenai UPM. Sekali lagi menurut sumber-sumber yang berpengalaman, gred yang kena repeat adalah C ke bawah atau pun 50 ke bawah. Dan repeat subjek ni pulak bergantung pada fakulti sama ada fakulti tu ada sistem repeat atau tak *Harap-harap Fakulti Pertanian tak ada la sistem repeat. Haha. Pointer lulus pulak (pointer tak kena tarik PTPTN) adalah 2.00. Sekali lagi, saya tidak tahu kesahihan fakta-fakta di atas.

Yang ketiga, aku rasa kebanyakan student UPM duk tanya kot. Tak kira la tahun satu ke tahun berapa ke. Bila boleh daftar kursus? Haha. Yang ni pun aku duk tanya jugak. Sampai pening kepala aku duk fikir benda ni. Benda ni penting kot. Buat sambil lewa nanti dah tak sama kelas dengan classmate. Lagi haru kalau kelas dah penuh. Haa.. Gigit jari la jawabnya. Jenuh pulak nak tarik subjek-subjek sem depan bawak ke sem ni. Aku yakin semua yang bertanya ni bukannya tak daftar kursus masa akhir sem dulu. Tapi nak daftar untuk subjek yang ada prasyarat macam BB12421 General Writing Skill tu.

Notis kat eSMP

Walaupun notis kat eSMP cakap kursus yang ada prasyarat boleh daftar bermula 10 Februari 2012. Tapi hingga pukul 11.15 pagi (waktu Malaysia) 10 Februari 2012, pendaftaran kursus masih gagal dilakukan. Bila je aku nak daftar, asyik keluar benda ni.

Aku tau la aku dah cukup 18 jam kredit

Walaupun aku dah cukup 18 jam kredit. Tapi aku still kena ambil jugak General Writing Skill sem ni kalau tak sem depan jadi 24 jam kredit la aku jawabnya. Jadi bila nak buat permohonan untuk lebih jam kredit tu, still keluar benda ni.

Permudahkan la urusan aku
Apa-apa pun, ada ura-ura yang menyatakan naik cuti sem ni baru boleh daftar. Pulak dah. Haish. Macam-macam hal. Tak pe la. Yang penting dah selamat dah daftar subjek-subjek lain. Yang tinggal General Writing Skill tu je.

Untuk yang cemerlang dalam exam kali ni, sekalung tahniah dari aku. Kekalkan atau tingkatkan lagi. Kepada yang tak berpuas hati dengan result exam. Jom kita tingkatkan prestasi kita. Apa-apa pun, jangan sedih sebab kejayaan dalam akademik bukan beerti kejayaan dalam hidup. Jadi jangan la anggap result exam yang tak berapa nak comel tu sebagai hukuman gantung sampai mati kat korang pulak. Ada masa lagi nak perbaiki diri. Ingat, tak ada istilah terlambat dalam belajar.

Better late than never
<3





09 February 2012

Mana Result?


Assalamualaikum

Hari ni dah 9 Februari 2012. Kalau ikut notis yang tertempek kat mana-mana papan kenyataan kat UPM sama ada di fakulti, blog hatta kafe sekali pun, keputusan peperiksaan sem lepas sepatutnya keluar hari ni. Walaupun ada ura-ura yang menyatakan result peperiksaan ditunda pada 10 Februari 2012. Siap ada sorang budak tu dah macam nak gaduh ngan aku gara-gara aku cakap 9 Feb. Haha. Benda simple je. Jangan sampai nak gaduh. Mungkin dia cuak sangat kot dengan result exam dia. Tapi aku masih berpegang teguh dengan notis di papan-papan kenyataan fakulti dan kafe Serumpun.

Jadi disebabkan tahap kedegilan yang tinggi serta tahap pegangan dan kepercayaan yang teguh terhadap notis itu, seteguh cat Nippon Weatherbond tu, yang tahan kulat, kotor dan cuaca. Aku pun gigih la pergi log in masuk eSMP untuk check result. Masa tu dah pukul 1.40 pagi. Tapi tak de pun. So, aku buat kesimpulan pagi esok la kot baru nak masuk. Tapi baru tadi aku check, still tak da. 

eSMP UPM

Jadi, nampaknya apa yang dikatakan oleh budak yang aku mention tadi mungkin betul. Lain kali aku tak nak percaya dah kat notis tu. Kasi malu aku je. Huhu. Tapi disebabkan tahap kreatif yang tinggi di kalangan penuntut-penuntut UPM ni, ntah macam mana dia orang buat, dapat la kami penduduk UPM yang tak tahu sabar nak tengok result exam tengok lebih awal daripada 9 Feb yang digembar gemburkan sebagai tarikh result exam keluar tapi tak keluar-keluar pun! Cumanya, aku nak la jugak tengok yang official punya. Kot-kot nak naik lagi ka. Apa-apa pun, jangan la turun harapnya. Kalau sem 1 dah terabur, sem yang depan macam mana kan?

Tuntasnya (ewah, ayat karangan BM masa SPM) UPM sengaja melatih tahap kesabaran aku dengan menambah satu hari lagi tarikh keputusan peperiksaan keluar.


p/s: ni iklan Nippon Weatherbond masa darjah 2 ke 3 dulu. Sapa ingat lagi sila angkat tangan.




Bye Bye

08 February 2012

Senarai Haiwan Liar Yang Dilindungi Di Malaysia (Jadual 2)


Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pulak pasal haiwan liar yang disenaraikan dalam Jadual 2 dimana haiwan-haiwan dilindungi pemburuan dan hasil penuaian terhadap berlesen.


Cencurut Kinabalu


Kelawar
Ladam-bulat Dayak, Hidung Pendek Tembaga, Hidung Laras Emas


Kubung


Kongkang


Kera Hantu


Monyet
Monyet Merah, Monyet Kelabu

Kera

Beruk

Kelawat

Tenggiling


Tupai
Tupai Kerawak Putih-Kuning, Tupai Kinabalu, Tupai Terbang Kecil, Tupai Dada Putih, Tupai Terbang Ekor Merah, Tupai Terbang Pipi Kelabu, Tupai Terbang Hitam, Tupai Terbang Kotor, Tupai Terbang Berjambang, Tupai Terbang Bintang, Tupai Terbang Merah, 


Landak
Landak Padi, Landak Borneo


Mengkira


Pulasan (Weasel)
Pulasan Tanah, Pulasan Lanui


Teledu


Memerang
Memerang Kumis, Memerang Licin, Memerang Kecil



Musang
Musang Tanggalong, Musang Memerang, Musang Binturong, Musang Akar, Musang Lamri, Musang Pulut, Musang Hitam Pudar, Musang Belang, Musang Lingsang



Bambun
Bambun Ekor Panjang, Bambun Ekor Pendek

Kucing
Kucing Batu, Kucing Dahan, Kucing Hutan, Kucing Merah


Gajah


Tembadau

Ikan Paus
Ikan Paus Sei, Ikan Paus Bryde, Ikan Paus Buding, Ikan Paus Pendek, Ikan Paus Nayan


Dolfin
Dolfin Kelabu, Dolfin Hidung Botol, Dolfin Bongkok Bernie, Dolfin Empesut, Dolfin Ambu, Dolfin Fraser, Dolfin Hidung Muncung


Buaya


Biawak

Ular Sawa
Ular Sawa Panjang, Ular Sawa Darah


Ular Tedung Selar


Kura-kura Bukit


Juku-juku Besar


Simbang
Simbang Pulau Christmas, Simbang Kecil

Dendang
Dendang Air, Dendang Kosa


Bangau
Bangau Bakau, Bangau Paya, Bangau Laut, Bangau Kecil, Bangau Cina, Bangau Kerbau


Pucong
Pucong Kelidi, Pucong Kuak, Pucong Majam, Pucong Rimau, Pucong Merah, Pucong Gelam, Pucong Hitam, Pucong Bendang

Botak
Botak Storm, Botak Kecil


Helang
Helang Malam, Helang Baza, Helang Lebah, Helang Merah, Helang Kembara Hitam, Helang Hitam, Helang Kangok, Helang Kepala Kelabu, Helang Kinabalu, Helang Berjambung, Helang Pipit, Helang Selat, Helang Putih, Helang Tiram


Falko
Falko Dahi Putih, Falko Beialang, Falko Biasa, Falko Timor, Falko Serant


Pikau


Siul
Siul Selanting, Siul Dada Merah, Siul Bertam, Siul Berjambul, Siul Kepala Merah


Ayam Pegar


Mata Merah


Pakiak


Merak Pongsu


Kuang Raya


Rapang Pasir


Kedidi
Kedidi Timur, Kedidi Kaki, Kedidi Dada Merah



Burung Lutut Tebal


Camar
Camar Tengkuk, Camar Batu, Camar Cina Jambul 


Lengguak


Punai
Punai Bakau, Punai Tengkuk Hitam, Punai Tanah, Punai Emas

Merpati
Merpati Raja Kelabu, Merpati Kayu


Bayan
Bayan Tengkuk Biru, Bayan Puling, Bayan Nuri, Bayan Serindit


Sewah
Sewah Rembah, Sewah Tanah


But but


Burung Hantu
Burung Hantu Merah, Burung Hantu Gunung, Burung Hantu Reban, Burung Hantu Mantanani, Burung Hantu Bubu, Burung Hantu Kuning, Burung Hantu Kecil


Tukang Bonarparte


Layang Layang
Layang Layang Hantu, Layang Layang Gua, Layang-Layang Padi, Layang Layang Hantu, Layang Layang Besar


Enggang
Enggang Berkedut, Enggang Gunung, Enggang Jambul Putih, Enggang Belukar, Enggang Gatal Birah, Enggang Tangling, Enggang Badak, Enggang Terbang Mentua


Murai
Murai Hitam, Murai Hijau


Rimba
Rimba Dahan, Rimba Sampah, Rimba Borneo


Sambar
Sambar Biru Sunda, Sambar Biru Malaysia, Sambar Ekor Panjang, Sambar Siul Belukar


Sepah Puteri Gunung



Burung Jambul
Semua Jenis Kupu-Kupu

Haa.. Ni baru sikit. Sebenarnya banyak lagi yang tersenarai dalam jadual 2. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi ke laman web ni, Senarai Nama Flora dan Fauna Yang Dilindungi


p/s: berjaya jugak siapkan entry ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...