Si Pengembala Kambing :)

Pages

31 January 2012

Simulasi??

Assalamualaikum

Cuti sem pun dah sampai ke tengah. *apa punya ayat ni? Haha. Maksudnya dah tinggal berapa minggu lagi la nak buka sem baru. Keputusan exam pun lagi berapa hari je nak diumumkan. Satu hari tu, melawat group UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) INTAKE 2011. Tiba-tiba ternampak post ni.

Nampak ke? Kalau tak nak nampak meh aku nak story sikit. Post tu pasal pointer simulasi kat eSMP tu. Dia orang duk kecoh-kecoh yang pointer kat simulasi tu mungkin result exam kita orang. Ada senior cakap selalunya macam tu la. Tapi ada gak yang cakap pointer tu akan naik atau turun sebab mungkin ada lecturer tak masukkan markah lagi. OMA!

Cuak+gabra+neves apa semua, aku pun gigih la pergi bukak eSMP nak tengok PNGK aku macam mana kan? Walaupun dalam hati dah boleh agak dah macam mana rupanya nanti. Bila dah bukak. Pergh! Menepati jangkaan.



Haa.. Tu la kau! Main-main lagi. Dalam kelas lecturer ngajar ko g men game building block tu. Pastu ada masa lapang ko bukan nak study, sibuk buat taik mata sambil peluk teddy bear tak pun ko jadi pengacara Cuti-cuti 1Malaysia duk berjalan sana sini borang sakan tak ingat dunia. Padan la muka. Tu kalau jatuh lagi PNGK tu, say bye bye kat PTPTN dan say Hello to lecturer sem lepas sebab mungkin ada paper yang kena repeat. Benci!

Tu la manusia kan? Dah terhantuk baru nak terngadah. Sedangkan mencegah tu lebih baik dari mengubati. Jadi, tak guna nak menyesal sebab nasi dah jadi bubur. Sekarang apa yang boleh dibuat ialah berdoa. Sebab cuma Allah je yang mampu tolong sekarang. Bak kata ustazah aku, walaupun result tu dah dicetak atas kertas, kalau Allah nak ubah, sekelip mata je berubah. Tapi kalau doa tak dimakbulkan, jangan putus asa. Mungkin ada hikmahnya.

So, sem depan kena improve lagi. Mungkin juga subjek sem ni bukan subjek "makanan" aku. InsyaAllah sem depan aku akan buat yang lebih baik memandangkan sem depan ada subjek favourite aku walaupun jadual kelas agak pack sem depan. 1 sem dah kecundang. Aku kena pastikan lagi 7 sem result aku tak macam tu.

~~Better late than never~~

Wassalam






4 comments:

nurulfarhanirozali said...

erm, sabar sabar.yes my dear :) better late than never :)
uhuhuhu. okay, sem depan kita strive sesama ek? we can do it! together we strive. we care we succeed bebeh =)

Noor Amirah Mohd Nor said...

haha..
thanks bebeh =)

muezz@blaz said...

ehem entry aku rse xssuai la,,, peluk mr.h? errrrr abes la klau dyowang bace

Noor Amirah Mohd Nor said...

muezz..
Mr H tu nme teddy bear aku yg besar wrna coklat tu la.. bukan manusia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...