Si Pengembala Kambing :)

Pages

10 January 2012

Silibus Semester Pertama Bachelor Pertanian (Sains Ternakan)

Assalamualaikum

Okay, hari ni terasa nak bercerita pasal silibus atau subjek yang nak kena ambil untuk semester pertama ni. Subjek-subjek ni dibahagikan mengikut tiga iaitu subjek Universiti, subjek Teras dan Subjek Elektif. Bagi subjek Universiti dengan Subjek Teras, memang wajib ambil. Kalau tak tak boleh nak graduate. Subjek elektif boleh pilih ikut apa yang kita nak buat untuk final year project nanti.

Jadi, ni aku senaraikan dan ceritakan serba sedikit subjek yang nak kena ambil semester pertama sebagai pelajar Sains Ternakan UPM ni.

Subjek Universiti

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara

Subjek ni belajar la balik apa yang dah belajar kat sekolah menengah dulu. Maksud tamadun, Tamadun Melayu, Tamadun Cina, Tamadun India, Tamadun Islam, pastu ada la masuk sikit pasal isu semasa, politik media dengan Islam Hadhari. Nampak macam simple kan? Tapi bila nak jawab exam, nak tercabut kepala fikir. Subjek ni 40% markah tugasan, 20% ujian dan 40% lagi final exam. Untuk subjek ni, aku ada simpan lagi lecture note dan buku rujukan.

Kenegaraan Malaysia

Subjek ni pun sama la macam apa yang kita belajar kat sekolah menengah dulu. Belajar fasal Raja Berpelembagaan, Demokrasi Berparlimen, Badan Pelaksana, Badan Pentadbiran, Badan Kehakiman, Pentadbiran Negeri Melayu dan lain-lain la. Aku nasihatkan bagi bakal adik-adik yang nak masuk tu, masa cuti nak tunggu masuk u tu, baca la siap-siap benda ni. Biar korang master, nanti boleh main game dalam kelas macam aku. Haha. Cuma aku tak master la, aku mengantuk sebab kelas aku ni pukul 5 petang sampai 7 petang dan pukul 5 petang sampai 6 petang. Tu yang dinyatakan dalam jadual la. Tapi realitinya, hampir terbabas maghrib aku -_-". Penilaian subjek ni pun macam TITAS jugak, 20% ujian, 40% tugasan dan 40% final exam. Subjek ni memang tak ada sofy copy lecture note. Yang ada hard copy. Tapi tu aku dah buang sebab banyak sangat aku conteng kat lecture note tu.

Hubungan Etnik

Okay. Subjek ni lain sikit la dari apa yang kita belajar masa sekolah menengah. Subjek ni belajar pasal istilah-istilah hubungan etnik, aspek politik, sosial dengan ekonomi dalam hubungan etnik, dasar-dasar kerajaan. Err.. Actually aku tak tahu pun apa yang aku belajar sepanjang hubungan etnik. Buku hubungan etnik tu pun aku jarang buka. Kali terakhir buka, masa study week sebab nak cari isi jawab soalan spot. Ahaha. Kenapa aku tak belajar ke dalam kuliah sampai tak buka buku? Lecturer aku mengambil pendekatan Student Centred Learning, jadi semuanya dikendalikan oleh student. Kira tiap-tiap minggu ada group akan present tentang topik-topik tertentu. Jadi bila dah buat macam tu, kirim salam la aku nak fokus, sebab sibuk tengok cara dia orang pakai shwal terbelit-belit macam helmet je last-last.. Ahaha. Pemarkahan untuk subjek ni sama macam TITAS dan Kenegaraan Malaysia. Subjek ni lecture note aku ada sampai bab 4 je. 

Pertanian dan Manusia

Okay. Subjek ni best sebab lecturer dia best. Subjek ni subjek wajib Universiti. Kira doktor, engineer, budak-budak Sains, Pendidikan, semua belajar la. Sebab tu la dengar budak-budak yang kononnya cakap subjek ni tak ada kaitan dengan apa yang dia orang nak belajar merungut. Tapi dia orang silap. Kalau dia orang tak belajar subjek ni, dia orang tak akan faham kepentingan petani macam kami ni. Nanti asyik bajet dia orang je la yang buat kerja lebih. Sekali lagi diingatkan, FARMERS FEED THE WORLD ok? Subjek ni ajar jenis-jenis tanaman, ternakan, teknologi yang digunakan, dan macam-macam lagi. Subjek ni tak ada final pun. 60% berdasarkan ujian dan 40% lagi assignment. Tapi, gara-gara aku malas nak baca buku masa ujian, markah aku rendah dan hasilnya dapat la B je dalam tangan. Padan dengan diri sendiri. Subjek ni, lecture note aku tak berapa lengkap sebab mostly dalam pendrive. Pendrive pulak dah hilang entah ke mana.

Oral Interaction Skill

Senang cakap, subjek ni belajar macam mana nak bercakap dalam english. Nanti ada la kena buat role play, interview dan sebagainya la. Subjek ni ada assignment. Kena buat survey lepas tu bentangkan. Lagi satu SDL. SDL tu markah aku dah tentu-tentu kosong sebab aku tak hantar
-_-. Huarrggghh.. Sedih kot free je dah hilang 15 markah. Memang susah la aku nak dapat A subjek ni. Buku rujukan untuk subjek ni elok lagi. Aku tak conteng sikit pun. Siapa nak tinggalkan komen kat bawah ni.

Subjek Teras

Pertanian, Persekitaran dan Sistem Makanan

Subjek ni belajar pasal jenis tanah, air, persekitaran, pencemaran, bahan buangan, pertanian lestari, organic farming, amalan ladang, akreditasi ladang dan lain-lain lagi la. Subjek ni 40% ujian, 20% assignment dan 40% final. Final dia memang buat satu kelas rase macam nak #$%^&^ je sebabnya 10 essay harus dibuat dalam masa 2 jam sehinggakan kami dah malas nak fikir banyak dah, terus keluar dari situ. Subjek ni lecture note lengkap. Sebab memang depend betul-betul pada lecture note. Tak pakai buku rujukan.

Sains Tanah Asas

Subjek ni pun best walaupun sangat complicated. Haha. Subjek ni ada amali. tu yang best tu. Tak ada la duk nganga je dalam kelas dengar lecturer cakap. Untuk subjek ni, kita belajar jenis-jenis mineral, batuan, proses pembentukan tanah, jenis tanah, struktur tanah, tekstur tanah, ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi tanah dan lain-lain lagi. Subjek ni jugak yang bawak aku sampai ke Pantai Morib sebab nak tengok profile tanah dekat sana. Kat bawah ni gambar masa amali. Untuk subjek ni aku ada simpan lecture note dan juga lab report. Jangan main-main lab report aku bukan lab report cikai punya. Paling rendah pun aku dapat 8/10. Hahaha.


Berkumpul dengan ahli kumpulan aku untuk kaji tekstur tanah


Dalam profile tanah


Encik Din tengah letak pengukur pada profile tanah


Lecturer aku tengah bagi penerangan ni


Arif, Haffiz dan aku kat pantai Morib
Best group i ever had

Profile tanah




Semester satu tak ambil lagi subjek elektif. Biasanya dah masuk sem 3 atau 4 baru start ambil elektif. Sebab kebanyakan elektif ada prasyarat. Jadi kena ambil subjek teras dulu.

Okaylah. Sampai sini dulu. Nanti aku sambung cerita.

Bye bye~

3 comments:

penguinbiru said...

Salam, sis..thanks for the info. sy InsyaAllah akn msok bulan 9 ni utk kos ni la jgk. Hehe. Nk tnye, ade smpan lg notes sem lps? Kalu ade nakkkk...huhu :)

Noor Amirah Mohd Nor said...

dik
akak ada je simpan notes lagi
nanti contact la akak kat
FB :facebook.com/mirae1992
Twitter :twitter.com/amirahmn92

john janson said...

Assalam sis saya diploma aliran sastera..masa spm pun aliran sastera..kalau saya apply kos ni..ada kemungkinan tak saya boleh dapay..? Hmm :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...