Si Pengembala Kambing :)

Pages

30 January 2012

Organisasi Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) 2011/2012

Assalamualaikum

Ada senior yang kagum dengan batch kami sebab walaupun baru sem satu, tapi kami dah buat macam-macam aktiviti bersama. Aku memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat classmate yang memang sporting habis dan sentiasa menyokong dari pelbagai sudut. Aktiviti pun kalau nak dijalankan senang je. *kadang-kadang kena marah jugak baru nak bagi respon. haha. Tapi aku memang terharu gila sebab ukhwah antara kita orang sangat rapat.

So, aku rasa sangat rugi kalau ukhwah yang dijalin tu tak dijaga dan dimanfaatkan sepenuhnya. Maka, dengan itu wujudlah cadangan untuk mewujudkan organisasi kelas supaya kelas lebih teratur dan lebih banyak perkara boleh dibuat bersama-sama.

12 Januari aritu, undian untuk presiden kelas dijalankan dengan Muezzudin Mohd Yahya, Muhammad Saifudin Sapar, Mohd Amirul Haffiz Abdul Halim, Muhammad Shyafiq Dzulkifli dan Goh Chong Hau yang jadi calon. Hasilnya, Muezzudin Mohd Yahya dilantik jadi Presiden Kelas manakali Naib Presiden 1 disandang oleh Muhammad Saifudin Sapar. Yeayyy!





Jadi sekarang ni, untuk jawatan-jawatan lain, tunggu keputusan Muezz dan Tajul sama ada nak lantik terus atau nak jalankan undian lagi.

Semoga organisasi yang akan dibentuk ni dapat bawa manfaat kepada kami semua =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...