Si Pengembala Kambing :)

Pages

28 January 2012

Kem Pemantapan Organisasi Kolej 15

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni entry lari daripada Animal Science la. Sebab hari ni nak cerita pasal Kem Pemantapan Organisasi Kolej 15 (KPO). Ye lah, study, study jugak, tapi jangan sampai jadi ulat buku dengan buku 24/7 tanpa memiliki kemahiran insaniah kan? Bak kata Penasihat Kelab Taekwando UPM, kemahiran insaniah tu la yang membezakan antara student A, student B dan student C. Haha. Banyak celoteh pulak.

Ok, aku mengaku siap-siap, aku pun bukan la aktif berpersatuan dekat UPM, maklumlah orang tak femes :p. Aku pergi kem ni pun sebab gantikan senior aku. Padahal masa tu aku dah balik rumah dah sebabnya exam aku dah habis 7 Januari. 8 Januari tu BBQ kelas, jadi 9 Januari tu aku balik rumah kat Taiping. 15 Januari tu pulak aku balik UPM balik. Orang pandang aku pelik je sebabnya orang lain sorong beg keluar UPM, yang aku pulak sorong beg masuk UPM. Haha. Nak wat macam mana, aku sayang UPM lebih. Hehe

16 Januari 2012

Aku kena menghadiri program 1Citizen dekat Dewan Putra 2. Program selama dua hari ni mengajar kita macam mana etika penggunaan internet, penggunaan teknologi dan macam macam lagi la. Semuanya ada lapan modul iaitu e-Access, e-Literate, e-Rule, e-Safety, e-Interaction and Collaboration, e-Enterprise, e-Care dan e-Accountability. Bila dah lengkap lapan modul tu, kita kena ambil exam dekat Prestariang Sdn. Bhd kat Cyberjaya tu. Test dia macam test berkomputer JPJ tu. Haha. Markah yang diperlukan untuk lulus adalah 640 dan aku berjaya mendapat 844 daripada 1 000 markah. Haha

Aku dengan Kak Aza kat depan Prestariang lepas ambil test

Malam tu, lepas Isyak, kita orang ada taklimat program. Lepas tu dapat baju Kem. Huhu. Esoknya, kita orang bergerak dari UPM ke Kem Saujana Asahan, Melaka dalam pukul 10.30 pagi

MTM dan Pengarah Program =)

Kami selamat sampai kat Kem Saujana Asahan tu pukul 12.30 tengah hari. Sampai sana, check in, rehat sekejap dan solat Zohor lepas tu makan.

Baru sampai di Kem Saujana Asahan Melaka

Masing-masing tunggu check in

Lepas makan tengah hari, berkumpul di dewan. Macam biasa la, mana-mana program pun mesti ada ice breaking. Lepas ice breaking, kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Kumpulan-kumpulan ni untuk game la. Macam macam aktiviti yang kita orang buat petang tu. Malam pulak, ada slot bersama bonda. Lepas tu ada Night Walk, hah! merentas hutan kita orang malam tu dengan lampu suluh tak bawak. Nasib baik handset ada lampu.

Annuar dan Naqi

Kak Aza dan aku

Kumpulan Mok kena denda menari tiru video klip Nobody

Kumpulan aku tengah buat cheers

17 Januari 2012

Pagi tu ada High Ropes Elements dan Obstacle. High Ropes Element ni kita nak kena meniti kat atas tali dengan hanya bergantung pada tali-tali yang ada di atasnya. Walaupun aku ni bukanlah seorang yang gayat, tapi bila dah ada 20 kaki di udara dengan hanya berbekalkan tali, kecut perut jugak. Lepas High Ropes, kita orang buat Obstacle, ada lapan semuanya tapi aku dah lupa apa namanya. Yang aku ingat Cat Walk, dimana kita kena berjalan atas besi yang tinggi tak pun merangkak kalau dah gayat sangat, dan Monkey Ride. Yang ini je satu-satunya halangan yang aku tak buat sebab nak kena bergayut dari satu palang ke palang yang lain merentasi kolam air.

Lepas tu, makan tengah hari, solat Jamak dan Qasar, lepas tu berkumpul dekat dewan balik sebab ada game.

Kami semua kena tutup mata :O

Aku dan group aku berjaya berkumpul walaupun kami dipisahkan pada mulanya

High Ropes Element

Kak Biah and Me =)

Hah! Siapa yang tak kecut perut tu memang aku tabik la

Berada di ketinggian 60 kaki dari tanah

Tekun dengar taklimat


Game Pang Ping Pong Piang

MTM dan peserta kem

Semuanya bersakut tepung =)

Eh, Mamu tersesat di situ?

Group aku~

Malam tu ada BBQ. Lepas BBQ ada game perang-perang. Game ni memanglah menguji kesabaran aku sebabnya kita orang cuma diberitahu untuk menjaga bendera dan kawasan kita orang tanpa mengetahui siapakah yang akan menyerang kami, sama ada kumpulan lain atau fasi sendiri.

18 Januari 2012

Berkumpul pagi tu untuk senaman pagi. Lepas tu main game sekejap sementara nak tunggu sarapan siap. Lepas sarapan, buat flying fox dan abseiling. Lepas tu berkemas-kemas nak balik =). Maka tamatlah Kem Pemantapan Organisasi Kolej 15

Bentuk bulatan tanpa melepaskan tangan


Dah macam menari pun ada

Dalam bas dah nak balik

Bergambar sebelum balik

The Best Camp ever!!

Kesimpulannya, walaupun aku tak plan nak ikut Kem ni, tapi Kem ni sangat-sangat la enjoy. Walaupun enjoy, ada pengajaran sebenarnya yang diterapkan dalam game-game sepanjang kem ni. Dan setiap pengajaran yang terdapat dalam game ni sebenarnya boleh diaplikasikan dalam organisasi. Contohnya, game yang kita orang kena tutup mata tu, mengajar aku bahawa dalam setiap organisasi, kita memerlukan antara satu sama lain. Selain tu, kita kena jaga organisasi kita daripada dirosakkan oleh orang luar. Sebabnya, dalam game tu kita orang dipisah-pisahkan, lepas dah berjaya kumpul, kita orang diberi tali supaya satu sama lain berpegang pada tali tu. Tapi kalau tak pandai jaga, tali tu akan dipotong. Sedih..

Jadi, harapnya dengan kem ni, aku dapat praktikkan apa yang aku dapat dalam menjadi khalifah di bumi Allah ni. Okay la. Dah banyak menceceh dekat entry ni.

Wassalam =)


4 comments:

moonlightmasinawati said...

blog baru ka??

Noor Amirah Mohd Nor said...

blog ni utk pengalaman kat u je.. yg lg satu tu kisah peribadi.. haha

eXcielz said...

Nak kenal Naqi tu sbb sini pon Naqi gak... nk kenal budak sama nama

eXcielz said...

nak kenal Naqi tu... sbb aku pon Naqi gak... saje nk kenal budak sama nama... nagi kat atas tu yg mana satu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...