Si Pengembala Kambing :)

Pages

14 January 2012

BBQ Animal Science Batch 2011/2012

Assalamualaikum W.B.T

Peperiksaan Semester 1 di tutup dengan kertas Pertanian, Persekitaran dan Sistem Makanan. Macam yang aku ada cakap dalam entry lepas, subjek ni buat satu kelas rasa macam $%^&* je. Baru berhasrat nak berseronok sebab habis jawab exam, tapi selesai je jawab exam tu, hati punya la sedih tak terkata, duk kira berapa banyak markah yang dah sia-sia macam tu aje. Balik malam tu, kebulur yang amat la pulak sebabnya sebelum pergi exam pukul 8.00 malam tu tak makan apa-apa. Nasib baik masa sampai kafe, kafe tak tutup lagi. Rezeki.

Untuk menghilangkan stress, aku, Fany dengan Azie dan kakak roommate aku tengok la cerita Gulliver's Travel. Lepas tu tak ingat pukul berapa. Masa bangun tu dah pukul 5 lebih, malas yang amat nak bangun. Tapi memikirkan barang-barang BBQ tak beli satu apa pun, aku gagahkan diri bangun dan bersiap.

Bertolak naik Kenari yang dipandu Fitri bersama dengan Muezz, Fany dan Azie ke rumah Fany untuk hantar barang. Then ke pasar borong. Beli la ayam, santan, kubis, lobak merah, bawang dan lain-lain lagi la. Tawar menawar, dapat la kurang harga ayam tu daripada RM97 kepada RM90. Haha. Lepas tu gerak cari arang pulak. Kali ni giliran Fitri tawar menawar. Akhirnya dapat la seguni arang dengan fire starter dengan harga RM32.

Balik tu singgah rumah Fany untuk sarapan, lepas tu bergerak ke Ladang 10 untuk prepare bahan-bahan BBQ dan perap ayam.

Meeting BBQ

Pilih jangan tak pilih

Hasil kerja tangan Azwan

Fitri cuba nak bawak benda ni

Macho kan bila budak lelaki memasak?

Nak ambik mana satu ni?

Barang-barang yang dibeli

Chef Wan

Dalam pukul 5.30 petang macam tu, aku dengan Haffiz serta Wan dah start bakar ayam. Berpeluh-peluh la jugak bakar ayam ni. Pukul 7, Muezz datang dengan Tajul sambil bawakan bihun goreng yang ditempah kat Ema Cafe. Lepas tu masing-masing pergi solat, Katang datang bawakan puding yang mak dia buat, tolong bancuh air dan buat coleslaw. Memang terbaik la. Lepas maghrib, Muezz masukkan ais dalam tong air mana kala Fany dengan Azie pulak siapkan barang untuk bakar sosej dengan kentang.

Malam tu dalam pukul 8.30 malam, classmate yang lain datang dan ambil alih untuk sambung bakar ayam, sosej dan kentang. Manakala Qayyum pula mengetuai bacaan doa. Menu BBQ kita orang ialah Ayam BBQ, Ayam Percik, Bihun Goreng, Coleslaw, Sosej, Kentang bakar dan Puding Buah-buahan.

Bancuh air

Aku dan Haffiz

Baru nak letak ayam

Alih-alih sikit nanti hangit

Dah letak kuah percik

Hasil tangan aku dan Haffiz

Yummy~

Saling bantu membantu

Uniknya Majlis BBQ ni disebabkan kehadiran hedgehog Muezz dan Hasif. Rata-ratanya masih tak tahu apa itu hedgehod dan tak dapat menyembunyikan muka jakun masing-masing. Haha.

Tuan punya hedgehog, Muez bersama dengan Lalo

Tulang belakang aku, Fany dengan Lalo

Aku dah biasa pegang Lalo ni, tapi still alergik sampai bengkak-bengkak

Hasif dan Muez bersama Luna dan Lalo

Anwar bangga berjaya pegang Luna

Fakri dan Lalo

Suasana malam BBQ

From us with love

Aku dengar kami mencatat sejarah bila sebab kami la student first sem yang buat BBQ. Betul ke tak aku tak tahu lah. Apa-apa pun, aku gembira sebab BBQ ni dapat eratkan hubungan antara kami rakan-rakan sekelas walaupun tak semua dapat hadir. Moga-moga sem akan datang, ada banyak lagi aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara kami.

Wassalam

4 comments:

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

=3 kami first sem still malu malu gitu

Noor Amirah Mohd Nor said...

haha.. xpe2.. sem2 akan dtg pn bleh wat lg...

nurulfarhanirozali said...

o and muezz got the same reaction from me. I laughed a lot seeing anwar punye muke pegg hedgie muezz! hahahaha....so lawak :) muke bright2 bangga.btw. yeah..it was an awesommmeee moment. i never thought yg kita boleh pergi sejauh ni. and i'm so proud of us =p hehe
kau kata aku tulg belkg kau? kau nak amik besi kat tulg aku sikit ka?hahahah

Noor Amirah Mohd Nor said...

haha.. ko mmg tulang belakang aku.. kn ko slalu support aku dari pelbagai sudut.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...