Si Pengembala Kambing :)

Pages

31 January 2012

Simulasi??

Assalamualaikum

Cuti sem pun dah sampai ke tengah. *apa punya ayat ni? Haha. Maksudnya dah tinggal berapa minggu lagi la nak buka sem baru. Keputusan exam pun lagi berapa hari je nak diumumkan. Satu hari tu, melawat group UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) INTAKE 2011. Tiba-tiba ternampak post ni.

Nampak ke? Kalau tak nak nampak meh aku nak story sikit. Post tu pasal pointer simulasi kat eSMP tu. Dia orang duk kecoh-kecoh yang pointer kat simulasi tu mungkin result exam kita orang. Ada senior cakap selalunya macam tu la. Tapi ada gak yang cakap pointer tu akan naik atau turun sebab mungkin ada lecturer tak masukkan markah lagi. OMA!

Cuak+gabra+neves apa semua, aku pun gigih la pergi bukak eSMP nak tengok PNGK aku macam mana kan? Walaupun dalam hati dah boleh agak dah macam mana rupanya nanti. Bila dah bukak. Pergh! Menepati jangkaan.



Haa.. Tu la kau! Main-main lagi. Dalam kelas lecturer ngajar ko g men game building block tu. Pastu ada masa lapang ko bukan nak study, sibuk buat taik mata sambil peluk teddy bear tak pun ko jadi pengacara Cuti-cuti 1Malaysia duk berjalan sana sini borang sakan tak ingat dunia. Padan la muka. Tu kalau jatuh lagi PNGK tu, say bye bye kat PTPTN dan say Hello to lecturer sem lepas sebab mungkin ada paper yang kena repeat. Benci!

Tu la manusia kan? Dah terhantuk baru nak terngadah. Sedangkan mencegah tu lebih baik dari mengubati. Jadi, tak guna nak menyesal sebab nasi dah jadi bubur. Sekarang apa yang boleh dibuat ialah berdoa. Sebab cuma Allah je yang mampu tolong sekarang. Bak kata ustazah aku, walaupun result tu dah dicetak atas kertas, kalau Allah nak ubah, sekelip mata je berubah. Tapi kalau doa tak dimakbulkan, jangan putus asa. Mungkin ada hikmahnya.

So, sem depan kena improve lagi. Mungkin juga subjek sem ni bukan subjek "makanan" aku. InsyaAllah sem depan aku akan buat yang lebih baik memandangkan sem depan ada subjek favourite aku walaupun jadual kelas agak pack sem depan. 1 sem dah kecundang. Aku kena pastikan lagi 7 sem result aku tak macam tu.

~~Better late than never~~

Wassalam






30 January 2012

Organisasi Bachelor Pertanian (Sains Ternakan) 2011/2012

Assalamualaikum

Ada senior yang kagum dengan batch kami sebab walaupun baru sem satu, tapi kami dah buat macam-macam aktiviti bersama. Aku memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat classmate yang memang sporting habis dan sentiasa menyokong dari pelbagai sudut. Aktiviti pun kalau nak dijalankan senang je. *kadang-kadang kena marah jugak baru nak bagi respon. haha. Tapi aku memang terharu gila sebab ukhwah antara kita orang sangat rapat.

So, aku rasa sangat rugi kalau ukhwah yang dijalin tu tak dijaga dan dimanfaatkan sepenuhnya. Maka, dengan itu wujudlah cadangan untuk mewujudkan organisasi kelas supaya kelas lebih teratur dan lebih banyak perkara boleh dibuat bersama-sama.

12 Januari aritu, undian untuk presiden kelas dijalankan dengan Muezzudin Mohd Yahya, Muhammad Saifudin Sapar, Mohd Amirul Haffiz Abdul Halim, Muhammad Shyafiq Dzulkifli dan Goh Chong Hau yang jadi calon. Hasilnya, Muezzudin Mohd Yahya dilantik jadi Presiden Kelas manakali Naib Presiden 1 disandang oleh Muhammad Saifudin Sapar. Yeayyy!





Jadi sekarang ni, untuk jawatan-jawatan lain, tunggu keputusan Muezz dan Tajul sama ada nak lantik terus atau nak jalankan undian lagi.

Semoga organisasi yang akan dibentuk ni dapat bawa manfaat kepada kami semua =)

29 January 2012

Pesta Konvo UPM ke 35

Assalamualaikum

Dah selamat berlangsungnya Majlis Konvokesyen UPM yang ke 35. Dah lama pun selesai pesta konvo ni. Aku je yang baru nak update gara-gara bosan cuti sem ni. Haha. Tahniah buat abang-abang, akak-akak yang dah graduate. Giliran aku? Empat tahun yang akan datang. InsyaAllah. Justeru itu, habis je test Hubungan Etnik dekat Kompleks Akademik A, aku, Muez, Fany, Shah dan Qayyum pergi ke Bukit Ekspo sebab dekat situ ada pesta konvokesyen. Jadi banyak la gerai-gerai yang dibuka disitu.

Tujuan utama kita orang nak pergi sana sebab dengarnya ada kedai jual haiwan. Hehe. Yang lain-lain tu aku macam tak berapa interested sangat. Sampai je Bukit Ekspo, hujan renyai-renyai. Tapi still tak patah semangat untuk melawat gerai-gerai di situ

Ayam kampung

Comel je kan?

Arnab pun ada jual jugak

Kucing yang gemuk macam Garfield

Hehe.. Aku berjaya buka sangkar dia

Ntah apa la Muez buat tu

Kambing ni mesti nak keluar.. Sebab tu dia asyik gigit kunci tu..

Aku suka kuda ni <3

Yeaah.. Dapat pegang kambing

Tapi tak dapat lama-lama dekat situ sebabnya hujan dah makin lebat. Makanya kami pun berlari la bertaburan dan bertempiaran pulang ke Kolej 15 yang tercinta. Disebabkan tak puas lagi, keesokannya aku, Dayah dan Qayyum pergi lagi ke Bukit Ekspo tu. Tapi kali ni tengok bunga orkid pulak. Walaupun aku tak minat, tapi aku ikut jugak. Haha

Krisantimum

Orkid laa

Posing jap.. Haha

Hasilnya, Dayah dengan Qayyum beli bunga orkid. Aku pulak berkenan sangat dengan teddy bear besar tu. Nak beli tapi tak bawak banyak cash masa tu. Kredit card akak tu tak nak terima pulak *bajet konon-konon ada kredit card. Disebabkan harga yang amat murah, aku pergi lagi sekali kat Bukit Ekspo semata-mata untuk beli teddy bear ini

Jadi, dengan rasminya nama teddy bear ni Mr H. Nape Mr H? Siapa yang dah tahu tu tahu la.

=)

Wassalam

28 January 2012

Kem Pemantapan Organisasi Kolej 15

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni entry lari daripada Animal Science la. Sebab hari ni nak cerita pasal Kem Pemantapan Organisasi Kolej 15 (KPO). Ye lah, study, study jugak, tapi jangan sampai jadi ulat buku dengan buku 24/7 tanpa memiliki kemahiran insaniah kan? Bak kata Penasihat Kelab Taekwando UPM, kemahiran insaniah tu la yang membezakan antara student A, student B dan student C. Haha. Banyak celoteh pulak.

Ok, aku mengaku siap-siap, aku pun bukan la aktif berpersatuan dekat UPM, maklumlah orang tak femes :p. Aku pergi kem ni pun sebab gantikan senior aku. Padahal masa tu aku dah balik rumah dah sebabnya exam aku dah habis 7 Januari. 8 Januari tu BBQ kelas, jadi 9 Januari tu aku balik rumah kat Taiping. 15 Januari tu pulak aku balik UPM balik. Orang pandang aku pelik je sebabnya orang lain sorong beg keluar UPM, yang aku pulak sorong beg masuk UPM. Haha. Nak wat macam mana, aku sayang UPM lebih. Hehe

16 Januari 2012

Aku kena menghadiri program 1Citizen dekat Dewan Putra 2. Program selama dua hari ni mengajar kita macam mana etika penggunaan internet, penggunaan teknologi dan macam macam lagi la. Semuanya ada lapan modul iaitu e-Access, e-Literate, e-Rule, e-Safety, e-Interaction and Collaboration, e-Enterprise, e-Care dan e-Accountability. Bila dah lengkap lapan modul tu, kita kena ambil exam dekat Prestariang Sdn. Bhd kat Cyberjaya tu. Test dia macam test berkomputer JPJ tu. Haha. Markah yang diperlukan untuk lulus adalah 640 dan aku berjaya mendapat 844 daripada 1 000 markah. Haha

Aku dengan Kak Aza kat depan Prestariang lepas ambil test

Malam tu, lepas Isyak, kita orang ada taklimat program. Lepas tu dapat baju Kem. Huhu. Esoknya, kita orang bergerak dari UPM ke Kem Saujana Asahan, Melaka dalam pukul 10.30 pagi

MTM dan Pengarah Program =)

Kami selamat sampai kat Kem Saujana Asahan tu pukul 12.30 tengah hari. Sampai sana, check in, rehat sekejap dan solat Zohor lepas tu makan.

Baru sampai di Kem Saujana Asahan Melaka

Masing-masing tunggu check in

Lepas makan tengah hari, berkumpul di dewan. Macam biasa la, mana-mana program pun mesti ada ice breaking. Lepas ice breaking, kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Kumpulan-kumpulan ni untuk game la. Macam macam aktiviti yang kita orang buat petang tu. Malam pulak, ada slot bersama bonda. Lepas tu ada Night Walk, hah! merentas hutan kita orang malam tu dengan lampu suluh tak bawak. Nasib baik handset ada lampu.

Annuar dan Naqi

Kak Aza dan aku

Kumpulan Mok kena denda menari tiru video klip Nobody

Kumpulan aku tengah buat cheers

17 Januari 2012

Pagi tu ada High Ropes Elements dan Obstacle. High Ropes Element ni kita nak kena meniti kat atas tali dengan hanya bergantung pada tali-tali yang ada di atasnya. Walaupun aku ni bukanlah seorang yang gayat, tapi bila dah ada 20 kaki di udara dengan hanya berbekalkan tali, kecut perut jugak. Lepas High Ropes, kita orang buat Obstacle, ada lapan semuanya tapi aku dah lupa apa namanya. Yang aku ingat Cat Walk, dimana kita kena berjalan atas besi yang tinggi tak pun merangkak kalau dah gayat sangat, dan Monkey Ride. Yang ini je satu-satunya halangan yang aku tak buat sebab nak kena bergayut dari satu palang ke palang yang lain merentasi kolam air.

Lepas tu, makan tengah hari, solat Jamak dan Qasar, lepas tu berkumpul dekat dewan balik sebab ada game.

Kami semua kena tutup mata :O

Aku dan group aku berjaya berkumpul walaupun kami dipisahkan pada mulanya

High Ropes Element

Kak Biah and Me =)

Hah! Siapa yang tak kecut perut tu memang aku tabik la

Berada di ketinggian 60 kaki dari tanah

Tekun dengar taklimat


Game Pang Ping Pong Piang

MTM dan peserta kem

Semuanya bersakut tepung =)

Eh, Mamu tersesat di situ?

Group aku~

Malam tu ada BBQ. Lepas BBQ ada game perang-perang. Game ni memanglah menguji kesabaran aku sebabnya kita orang cuma diberitahu untuk menjaga bendera dan kawasan kita orang tanpa mengetahui siapakah yang akan menyerang kami, sama ada kumpulan lain atau fasi sendiri.

18 Januari 2012

Berkumpul pagi tu untuk senaman pagi. Lepas tu main game sekejap sementara nak tunggu sarapan siap. Lepas sarapan, buat flying fox dan abseiling. Lepas tu berkemas-kemas nak balik =). Maka tamatlah Kem Pemantapan Organisasi Kolej 15

Bentuk bulatan tanpa melepaskan tangan


Dah macam menari pun ada

Dalam bas dah nak balik

Bergambar sebelum balik

The Best Camp ever!!

Kesimpulannya, walaupun aku tak plan nak ikut Kem ni, tapi Kem ni sangat-sangat la enjoy. Walaupun enjoy, ada pengajaran sebenarnya yang diterapkan dalam game-game sepanjang kem ni. Dan setiap pengajaran yang terdapat dalam game ni sebenarnya boleh diaplikasikan dalam organisasi. Contohnya, game yang kita orang kena tutup mata tu, mengajar aku bahawa dalam setiap organisasi, kita memerlukan antara satu sama lain. Selain tu, kita kena jaga organisasi kita daripada dirosakkan oleh orang luar. Sebabnya, dalam game tu kita orang dipisah-pisahkan, lepas dah berjaya kumpul, kita orang diberi tali supaya satu sama lain berpegang pada tali tu. Tapi kalau tak pandai jaga, tali tu akan dipotong. Sedih..

Jadi, harapnya dengan kem ni, aku dapat praktikkan apa yang aku dapat dalam menjadi khalifah di bumi Allah ni. Okay la. Dah banyak menceceh dekat entry ni.

Wassalam =)


14 January 2012

BBQ Animal Science Batch 2011/2012

Assalamualaikum W.B.T

Peperiksaan Semester 1 di tutup dengan kertas Pertanian, Persekitaran dan Sistem Makanan. Macam yang aku ada cakap dalam entry lepas, subjek ni buat satu kelas rasa macam $%^&* je. Baru berhasrat nak berseronok sebab habis jawab exam, tapi selesai je jawab exam tu, hati punya la sedih tak terkata, duk kira berapa banyak markah yang dah sia-sia macam tu aje. Balik malam tu, kebulur yang amat la pulak sebabnya sebelum pergi exam pukul 8.00 malam tu tak makan apa-apa. Nasib baik masa sampai kafe, kafe tak tutup lagi. Rezeki.

Untuk menghilangkan stress, aku, Fany dengan Azie dan kakak roommate aku tengok la cerita Gulliver's Travel. Lepas tu tak ingat pukul berapa. Masa bangun tu dah pukul 5 lebih, malas yang amat nak bangun. Tapi memikirkan barang-barang BBQ tak beli satu apa pun, aku gagahkan diri bangun dan bersiap.

Bertolak naik Kenari yang dipandu Fitri bersama dengan Muezz, Fany dan Azie ke rumah Fany untuk hantar barang. Then ke pasar borong. Beli la ayam, santan, kubis, lobak merah, bawang dan lain-lain lagi la. Tawar menawar, dapat la kurang harga ayam tu daripada RM97 kepada RM90. Haha. Lepas tu gerak cari arang pulak. Kali ni giliran Fitri tawar menawar. Akhirnya dapat la seguni arang dengan fire starter dengan harga RM32.

Balik tu singgah rumah Fany untuk sarapan, lepas tu bergerak ke Ladang 10 untuk prepare bahan-bahan BBQ dan perap ayam.

Meeting BBQ

Pilih jangan tak pilih

Hasil kerja tangan Azwan

Fitri cuba nak bawak benda ni

Macho kan bila budak lelaki memasak?

Nak ambik mana satu ni?

Barang-barang yang dibeli

Chef Wan

Dalam pukul 5.30 petang macam tu, aku dengan Haffiz serta Wan dah start bakar ayam. Berpeluh-peluh la jugak bakar ayam ni. Pukul 7, Muezz datang dengan Tajul sambil bawakan bihun goreng yang ditempah kat Ema Cafe. Lepas tu masing-masing pergi solat, Katang datang bawakan puding yang mak dia buat, tolong bancuh air dan buat coleslaw. Memang terbaik la. Lepas maghrib, Muezz masukkan ais dalam tong air mana kala Fany dengan Azie pulak siapkan barang untuk bakar sosej dengan kentang.

Malam tu dalam pukul 8.30 malam, classmate yang lain datang dan ambil alih untuk sambung bakar ayam, sosej dan kentang. Manakala Qayyum pula mengetuai bacaan doa. Menu BBQ kita orang ialah Ayam BBQ, Ayam Percik, Bihun Goreng, Coleslaw, Sosej, Kentang bakar dan Puding Buah-buahan.

Bancuh air

Aku dan Haffiz

Baru nak letak ayam

Alih-alih sikit nanti hangit

Dah letak kuah percik

Hasil tangan aku dan Haffiz

Yummy~

Saling bantu membantu

Uniknya Majlis BBQ ni disebabkan kehadiran hedgehog Muezz dan Hasif. Rata-ratanya masih tak tahu apa itu hedgehod dan tak dapat menyembunyikan muka jakun masing-masing. Haha.

Tuan punya hedgehog, Muez bersama dengan Lalo

Tulang belakang aku, Fany dengan Lalo

Aku dah biasa pegang Lalo ni, tapi still alergik sampai bengkak-bengkak

Hasif dan Muez bersama Luna dan Lalo

Anwar bangga berjaya pegang Luna

Fakri dan Lalo

Suasana malam BBQ

From us with love

Aku dengar kami mencatat sejarah bila sebab kami la student first sem yang buat BBQ. Betul ke tak aku tak tahu lah. Apa-apa pun, aku gembira sebab BBQ ni dapat eratkan hubungan antara kami rakan-rakan sekelas walaupun tak semua dapat hadir. Moga-moga sem akan datang, ada banyak lagi aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara kami.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...