Si Pengembala Kambing :)

Pages

26 November 2012

XPDC Gunung Datuk @15

Assalamualaikum WBT


Hari ni update lagi. Dah tak de kerja gamaknya aku ni. Haha. Ada la. Banyakkkkkk lagi, tapi nak release tension japhhri. Serius saya sangat tension sejak kebelakangan ini. So, masa tension tu tengok gambar lama-lama *macam lama sangat, nampak gambar masa XPDC Gunung Datuk @15. Senyum sorang-sorang tengok gambar nie. Kenapa? Sebab tenang sangat ada kat bumi Adat Pepatih tu.

XPDC Gunung Datuk@15 merupakan aktiviti sulung Sekretariat Rekreasi dan Kesukarelawanan Kolej Lima Belas. Dulu Rekreasi bawah Sekretariat Sukan dan Kesukarelawanan tu bawah Sekretariat Kebajikan. Eh? Bawah sekretariat aku lah tu :p Tapi sejak MTM 2012/2013 memegang tampuk pimpinan Kolej 15 yang tercinta, Sekretariat Rekreasi dan Kesukarelawanan ditubuhkan.

So, lepas Solat Jumaat 9 November 2012, kami dengan kekuatan 37 orang warga Kolej 15 bertolak ke Rembau, Negeri Sembilan~ Dalam hati sedih sikit sebab Muezz tak ikut sama. So, classmate yang lain tak ikut jugak la. Tapi tak pe, aku kan disayangi adik-adik junior *perasan habis. So tak ada masalah tak ada kawan ke apa ke. Masa dalam perjalanan hujan kot. Aku cuak gak takut esok pun sama hujan. Mesti trek nak mendaki licin punya.

Kita orang sampai kat Kem Rekreasi Gunung Datuk dalam pukul 5.00 petang macam tu la kot. Pergh, nak sampai kem tu kena menapak naik bukit okeh? Terus terang aku cakap, aku pancit dan semput masa tu. Haha. Dalam hati terfikir nie baru naik bukit belum naik Gunung Datuk lagi.

Lepas solat Asar, ada briefing sikit dari penunjuk arah kita orang, then set up khemah. Oh ternyata skill Puteri Islam masa sekolah rendah sekolah menengah dulu belum berkarat sebab aku berjaya mendirikan khemah dengan pantas sekali. Haha. *perasan. lempang diri sendiri

Lepas solat Maghrib, kita orang makan malam dan ada game. Group game aku nama Kosong! Haha. Sambil main game ada BBQ. Perghh.. Memang santai habis la. BBQ pun sedappppp~ Tapi aku tak makan la daging BBQ. Aku just makan ayam je. Semua wings okay sampai 5 ketul aku makan malam tu. Makan marshmallow bakar lagi. Haha.

Malam tu tido tak ingat pukul berapa, tapi esok tu da bangun pukul 5 pagi mandi, bersiap, solat Subuh, sesi warm up, taklimat dan bermula la XPDC mendaki Gunung Datuk~

Sesi memanaskan badan

Kumpulan Kosong!
Masa mendaki nie sangat lah mencabar sebab mendaki je kejanya tak ada turun naik. Tambah dengan trek agak licin jugak la sebab hujan kan. Naik nak putus urat kaki dibuatnya. Dah la dah lama tak mendaki. Perghh.. Memang terbaik la. Tapi bak kata Fahim, jangan malukan Sekretariat Kebajikan. Maka aku tahan diri dari cakap nak patah balik turun bawah. Wakaka

mendaki~
mendaki dan terus mendaki

Dan Alhamdulillah, tepat jam 9.45 pagi, puncak Gunung Datuk berjaya ditawan oleh kami~ Wehoooooo!
Dan aku sangat-sangat terpesona dengan pemandangan kat atas sana. Subhanallah. Sangat indah ciptaan Allah. Terus lupa semua masalah yang tertinggal kat bawah tu. *terpaksa tinggal, masa mendaki tu berat sangat tak larat nak bawak. haha

akhirnya sampai ke puncak!

the scenery SubhanAllah.. so beautiful
terlupa semua masalah yang ada

with AZ
i believe i can fly
noooooo~
i cannot fly
i might commit suicide if i tried to fly..
haha


with pengarah program, Fateh
and kak hanim yang sweet~

3 generation Sekretariat Kebajikan Kolej 15
AZ- MTM Kebajikan 2011/2012
Mira - MTM Kebajikan 2012/2013
Fahim - Pengerusi Sekretariat Kebajikan 2012/2013

me with Irfan, MTM Rekreasi dan Kesukarelawanan


Tu je la kot nak tulis. Malas dah nak tulis panjang-panjang bukan korang baca pun. Daaa~ Nak sambung buat lab report anatomy.

p/s: Ipan! Caving nanti aku nak ikut jugak tau? 

From us with love,

Kenangan Terindah <3

Pictures taken by our beloved K15 President,
Ahmad Nash
thanks Mr Press!

Semai Bakti Zoo Negara

Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka Bumi ciptaan Allah nie, kiranya masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri. Apa-apa pun, hari nie nak cerita pasal program yang dianjurkan bawah Sekretariat Kebajikan dan Perpaduan Kolej 15. Eh? Sekretariat aku la tu! Hahaha.

Actually program nie sepatutnya berjalan dari sem 1 lagi tapi biasa la masih budak hingusan buak kerja pun terhegeh hegeh kan pengalaman pun tak ada. Abis tu, pernah pulak zaman sekolah or matrik dulu ajar buat program semua nie? Hidup aku zaman tu asyik dengan buku je 24 jam. Okay. Aku tipu. Aku tak ada la ulat buku sangat. Lebih kepada snorlax sebenarnya. Haha.

Okay, cukup merepek, Alhamdulillah program nie berjaya jugak berjalan setelah beberapa masalah yang timbul sehingga menyebabkan program nie tertangguh dua sem lamanya. Sebelum hari event nie berlangsung,   tak senang duduk aku dibuatnya. Bukan apa, takut masalah yang sama berulang. Punya la aku dengan Muezz berzikir malam tu supaya program nie berjalan lancar.

Pagi tu memang sangat-sangat cuak okey. Macam nak gila aku call driver bas. Nasib baik driver bas cakap dia dah ada dekat bus stop Serumpun masa tu. Ahhh.. Lega. Then bagi taklimat sikit dekat peserta, buat pendaftaran dan agihkan sarapan pagi, terus naik bas dan bertolak. Muezz naik satu bas, aku naik satu bas. Kira ada dua bas la masa tu.

Sampai Zoo, dengar taklimat dari staff dekat sana, lepas tu dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dalam 5 hingga 6 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan ni akan diselia oleh seorang zookeeper dekat sana. Nasib la aku dapat dekat Mammal Kingdom. Kalau aku dapat Reptile House memang mati la aku tahan takut dari ular.

Sesi taklimat.. Actually ak yg tgh menjerit kat depan tu haaaa.. Haha
ini budak2 nakal selalu bikin aku pening kepala
Fahim, Fateh dan Ooi

zirafah tu time aku datang ngan Mr H ada dua ekor je
sekarang dah beranak pinak da
aku dengan mr H lak da jadi strangers
hahaha

syarul with naqi

mr press tgh fikir ape la tu?

my group (^___^)
my rumate, kiah, amin, me n muezz

bagi makan capybara
haha

owh gangsternye saye!

kesian dia x de telinga sebelah :(

potong buah buahan dan sayuran
with my partner,
Muezz

muezz n capybara 

jangan main2 owh.. sampai atas bumbung kita orang cuci
tu kalau jatuh terperosok bawah tu habis kita orang
nak tau ade ape bawah bumbung tu?

ada makhluk nie
hyena~

nie kalau jatuh nie
rabak kena koyak dengan hyena nie haaa
dak2 nakal kena cat
haha
fahim dan fateh~

zoo negara next top model?
punya la besar badak kat zoo negara nie :O
From us with love~


p/s: tak larat nak tulis banyak2
nak tau lanjut bole bace kat blog partner aku
gambar kredit to Ahmad Nash
=)

10 October 2012

Projek Ternakan Ayam Kampung

Assalamualaikum WBT

Fuh.. Fuh.. *tiup habuk dan sawang* Dah lama tak update blog. Busy sangat sem ni. Actually tak ada mood nak update pun sama sejak arwah abah tak ada. Banyak update dekat Kisah Hidupku berbanding dengan blog ni. Ye la blog tu private tak ada siapa boleh baca. Hahaha. Nak tahu tak kenapa aku agak busy sem ni? Sebab sem ni aku ambil subjek Keusahawanan Pertanian di mana aku dan rakan seperjuangan aku kena bela ayam kampung!

Tapi ayam kampung yang kami bela ni bukan la pure breed ayam kampung. Sebab kalau pure breed ayam kampung perlukan masa yang lama sebelum boleh dijual. Jadi ayam yang kami bela ni ayam kacukan la dan diusahakan secara komersial. So, kami nak kena bela ayam ni dalam 12-13 minggu iaitu bersamaan dengan satu semester pengajian!

Banyak perkara nak kena siapkan sebelum nak bela ayam ni. Antaranya reban berlantai simen yang berukuran 6m x 6m lengkap dengan kawasan lepas berpagar lagi tau?

nie lah dia reban ayam aku masa first day dapat

Selain dari reban ayam dan kawasan lepas berpagar, kami kena pastikan jugak kelengkapan reban mencukupi. Contohnya bekalan elektrik, bekalan air, peralatan macam bekas makanan, bekas minuman, gas, brooder, mentol, brooder guard, kanvas, cangkul, baldi dan lain-lain ada la. Kalau tak susah la nak uruskan anak-anak ayam tu.

Masa first day dapat reban, kami just check sama ada peralatan dalam reban cukup dan lengkap tak. Lepas tu, hari Isnin (17 September 2012), Hari Malaysia, semua ahli reban pakat-pakat turun untuk bersihkan reban sebab malam tu anak ayam dah nak sampai. Punya la letih rasa nak tercabut pinggang masa tu memandangkan kumpulan aku masa tu cuma ada seorang je lelaki iaitu Haffiz. Tu pun nasib baik la ahli reban lain tolong kami. Kalau tak, aku pun tak tahu nak cakap apa.

bersihkan kawasan lepas dari pokok semalu

nasib baik rumput dah dipotong pendek

tengah potong kanvas

berebut-rebut nak kanvas -___-"

aaaaaa.. kanvas untuk reban aku tak cukup~

me with haffiz

tengah menyembat kanvas baru~

sesi menggantung kanvas supaya anak ayam tak kesejukan

pesta unggun api sementara nak tunggu anak ayam sampai

yeay~ anak-anak kami dah sampai

Seriously, ni la first time kami bela ayam sebab rata-rata group aku adalah lepasan matrikulasi. Memang ilmu tu langsung tak ada! Saya ulang, tak ada! Kalau ada pun pengetahuan masa kelas Amalan Ladang sem lepas tak pun hasil tunjuk ajar dari senior-senior yang dah pernah terlibat dengan projek ni dan rakan sekelas yang ex-DKHP UPMKB. 

Oleh disebabkan tak ada pengalaman, ada banyak benda yang serba tak kena dan terpaksa dilakukan sekali lagi. Contohnya, kanvas reban aku terpaksa dipasang sekali lagi sebab tak kemas dan tak cukup untuk menutup reban.

kali ni pasang kasi cantik sikit~
macam-macam style dah keluar -___-"
kumpulan aku mmg banyak buat aksi akrobatik -____-"
sempat lagi jiran aku nih

Walaupun masa mula-mula jumlah kematian reban aku paling tinggi tapi sekarang happy sangat tengok anak-anak ayam tu dah besar dan dah makin aktif serta gemuk! Paling best sebab ada majlis perasmian untuk projek ni. Siap dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pertanian lagi tu~

anak-anak ayam makin membesar~



Sesi tukar juadah berbuka puasa dengan jiran.. haha

peace yaw~

sesi bergosip dengan jiran~

teah, salman n me~

muezz and lan



katang yang sengal~



group aku
 


tengok la sekarang dah gemuk dan start tumbuh bulu pelepah~

Memang projek ni banyak menuntut kesabaran aku serta sikap tolak ansur, profesional dan tanggungjawab. Ye lah, aku dengan dia pun ada masalah nak berkomunikasi. Tapi at last, nasib baik la masing-masing dah dapat bersikap profesional. Paling penting sekali sejak bela ayam ni jadi makin berdisiplin aku rasa. Mana taknya, ayam pagi petang nak kena bagi makan. Jadi aku sangat-sangat pentingkan ketepatan masa. 

Sorry la pada ahli kumpulan aku mana yang dah kena sembur dengan aku tu sebab lewat atau pun tak datang bertugas. Benda kalau buat main-main sampai bila nak berjaya. At least kalau ada masalah tak boleh nak hadir bertugas bagi tau la ahli kumpulan supaya ada yang boleh gantikan. Ini tak, diam aje. Maaf la even Haffiz ketua kumpulan buat macam tak kisah je, tapi aku amik kisah. Banyak perkara dah dikorbankan untuk projek ni, so aku tak nak la projek ni sia-sia.

Lastly, harapnya projek ni berjaya la. Kalau tak sia-sia je masa dan keringat yang dikorbankan tu. Setakat nie je la dulu. Aku pun tak tahu nak cerita detail sangat. Lagipun aku tau korang pun memang malas nak baca panjang-panjang nie. Haha.

Adiyos dari kami ahli Reban 4!














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...