Si Pengembala Kambing :)

Pages

17 December 2011

Kejohanan Taekwando Semester 1 Sesi 2011/2012


Assalamualaikum

Akhirnya.. Setelah hampir 12 minggu menghadiri kelas kokurikulum, sekarang sampai la masanya untuk berpisah. Lumrah alam la, setiap pertemuan tu ada perpisahannya. Jadi, untuk hari terakhir kelas kokurikulum ni, kami adakan Kejohanan Taekwando. Kira acara kemuncaknya la.

Kebetulan pulak, aku salah seorang AJK Kejohanan. Memang seronok la dapat timba pengalaman baru. Walaupun sibuk yang amat sangat tambah letih lagi. Tapi sangat-sangat enjoy sebab Pengerusi, Zati sangat baik hati =)

Aku ada jugak masuk pertandingan ni, tapi tak menang la. Maklumlah, masuk pertandingan dengan black belt yang lebih experience, tapi at least ada juga pengalaman kan? Aku masuk Poomsae dengan Fitness je. Tak berani masuk Sparring. Risau kang kena belasah dengan black belt. Haru je korang tak dapat makan sebab AJK Makanan dah pengsan kena belasah masa Sparring. Haha.

Sparring kategori lelaki sangat bosan. Sebab tak banyak cubaan untuk menyerang. Masing-masing main acah-acah je. Tapi sparring perempuan memang sangat best. Siap dengan gertak, tendang kat muka la, kena tendang bertalu-talu sampai tak dapat nak defend diri pun ada. Meremang bulu roma bila dengar budak perempuan yang masuk Sparring tu jerit untuk takutkan musuh dia orang. Memang terbaiklah.

Tapi tak dapat tengok sparring sampai habis. Sebab aku dengan Hafiz (bkn Mr H tersayang) kena bersiap-siap untuk Majlis Penutup. Maklumlah, aku dan Hafiz jadi MC bidan terjun la katakan. Nasib baik sebelum ni aku dah pernah jadi MC. Jadi relaks je la.

Secara keseluruhannya, Kumpulan 2 menang Johan Keseluruhan. Ni gambar-gambar masa pertandingan.


Tengah tunggu giliran untuk fitness

Peace =)

Master Zul tgh bagi penerangan dekat aku dan Shwu Meei

Bersedia nak buat poomsae

Semangatnya Foong


Kumpulan 4

Bersama Master Zul

Papan yang berjaya aku pecahkan.. Wee~

Pagi tadi keluar pukul 6.50 pagi sebab nak uruskan Kejohanan ni. Dan sampai di bilik menjelang pukul 7 malam. Padahal kejohanan tu habis dalam pukul 4 petang cmtu. Maklumlah, jadi AJK, kena la kemas dewan. Kutip segala sampah sarap, pulangkan 50 floor mat yang sebesar 1m x 1m setiap satu tu ke pusat koko, susun kerusi, kira bajet semua. Tapi yang peliknya, tak rasa letih langsung. Haha

p/s: Sedih pula bila semua ni dah berakhir

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...