Si Pengembala Kambing :)

Pages

15 November 2011

Photoshoot Animal Science 2011/2012

Assalamualaikum

Hari tu ada pengumuman kat group PERMATANI. Group PERMATANI ni official FB group untuk pelajar Fakulti Pertanian UPM la. Pengumuman apa? Pengumuman mengenai satu sesi photoshoot pelajar pertanian yang akan dibuat di Kompleks Agrobio, Fakulti Pertanian, UPM.

Jadi, hasil usaha Muezz yang gigih mengaturkan sesi photoshoot untuk kami *haha, bukan main photoshoot, bajet artis gitu, kelas kau jah! pada 15 November 2011, maka kami pun berkumpul la beramai-ramai di depan dewan setelah selesai kelas Pertanian, Persekitaran dan Sistem Makanan. Masa tu pukul 1.00 tengah hari kot. Punya la panas dan terik sampai mata tak boleh nak bukak.





Perbincangan Muezz

Sampai sana, pakai blazer, then tangkap-tangkap gambar dulu sebelum sesi photoshoot sebenar bermula. Jadi, marilah tengok gambar-gambar sebelum sesi photoshoot bermula yang aku berjaya tempek di sini.

Chong Hau dan Katang

Haffiz, Arif, Fitri, Mohamad dan Salman

Haffiz, Arif, Fitri

Muka-muka penternak berjaya

Body-builder Salman Aziz

Tengok Muezz kat belakang tu sibuk uruskan hal photoshoot tu

Fany, Jija, Azie dan aku berdiri kat belakang

Chong Hau, Tajul, Fakri, Arif, Fitri, Muezz, Mohamad dan Haffiz

Izzudin, Dayah, Zul dan Hakim

Arif dan Anwar

Haffiz, Tajul dan aku =)

Haha. Lepas tu abang yang tangkap gambar tu suruh beratur. Punya la pening kepala nak susun kita orang sebab kita orang semua ada 52 orang! Itu pun ada yang tak hadir sebab angka rasmi Animal Science 2011/2012 ada 64 orang!

Kedudukan sekejap lelaki duduk atas kerusi, lepas tu tukar lelaki berdiri atas kerusi, pastu tukar lagi lelaki berdiri kat barisan tengah. Dah tukar macam tu, kena susun ikut ketinggian la pulak. Budak perempuan dah gelisah dah. Mana taknya, abih la cair make up tengah-tengah hari berbahang tu. Haha.

Nasib baik la kelas hari tu satu kelas je kan sebelum photoshoot, kalau tak, haruslah masing-masing mengeluarkan bau semula jadi. Haha. Jadi, setelah bermandi peluh dan menahan nafas agar perut yang buncit tidak kelihatan, inilah hasilnya.

Gambar formal

Gambar Kandid

Nasib baik masa ni dah start redup

From us with love,
Animal Science Live Us To The Max!

Thanks Muezz sebab aturkan photoshoot ni. Thanks jugak untuk kawan-kawan lain yang bagi kerjasama datang ke sesi photoshoot ni.

p/s: terkilan sebab Lan, Hakimi dan beberapa orang lagi tak bersama untuk tangkap gambar kelas ni

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...