Si Pengembala Kambing :)

Pages

26 November 2011

Ijazah Sarjana Muda Pertanian (Sains Ternakan)

Assalamualaikum

Memandangkan ini adalah entry pertama, jadi biar aku cerita sikit mengenai latar belakang blog ni. Tujuan aku buat blog ni adalah untuk berkongsi pengalaman terutamanya untuk pelajar-pelajar yang bakal masuk universiti umumnya dan yang bakal ambil Ijazah Sarjana Muda Pertanian (Sains Ternakan) dekat UPM ni.

Almaklumlah, masa aku dapat result UPU dulu, terkebil-kebil jugak aku. Apa benda Sains Ternakan ni? Cari maklumat pun macam tak berapa ada je. Nasib baik la blog Kak Ada ada. Dapat la jugak aku tahu apa sebenarnya yang akan aku belajar sebagai pelajar Sains Ternakan ni.

Jadi aku disini cuma nak berkongsi pengalaman aku sebagai pelajar Sains Ternakan la. Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab aku pun sekarang baru je first sem dekat UPM ni. Jadi aku cerita la apa yang aku dah jalani sepanjang tempoh beberapa bulan jadi pelajar Sains Ternakan ni.

Secara umumnya, Ijazah Sarjana Muda Pertanian (Sains Ternakan) ni bukanlah course yang boleh dipandang rendah. Ye la, orang asyik sanjung budak-budak medical, engineering, pharmacy, tanpa dia orang sedar, tanpa kami pelajar-pelajar Pertanian, korang nak makan apa? Pernah dengar kata-kata ni? "FARMERS FEED THE WORLD?"

Lagipun, sejak zaman Paleolitik dulu pun, orang sara hidup dengan pertanian. Tak adanya medic2, engineering segala ni. Jadi, bagi sesiapa yang dapat course Pertanian ni, jangan sedih-sedih ok? Sepatutnya berbesar hati la sebab tanpa kita, orang dekat dunia ni nak makan apa kan?

Melalut pulak.. Ok, Sains Ternakan ni, bak kata Kak Ada, bukan kita boleh merawat haiwan macam vet tu. Tapi lebih kepada bagaimana kita nak menguruskan haiwan, nak breed haiwan, nak jaga haiwan. Pendek kata, macam kerja kat farm la. Tapi bukan cikai punya farm ok? Farm moden la. Dah nama pun belajar kat universiti, jadi cara penyelenggaraan tu lebih advance la berbanding petani biasa.


Okaylah. Aku tak tahu nak cerita apa. Nanti aku sambung entry

Bye bye~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...