Si Pengembala Kambing :)

Pages

25 January 2015

AnSci6 Paintball Match





Assalamualaikum WBT


Kerja aku nak throwback je lately ni sebab aku dah start rindu kat dorang semua bila duduk kat rumah ni haa. Tapi aku malas nak cakap sebab nanti takde siapa nak layan aku. Kah! Plus masa tengah semester dulu, takde kesempatan nak tulis blog bagai ni memandangkan busy dengan FYP, assignments, test and kerja part time lagi. Jadinya, sekarang baru ada masa nak menulis. So kali ni nak cerita pasal kita orang main paintball pulak.

Aku sebenarnya tak ingat siapa yang ajak main paintball ni. Tapi aku rasa Fitri la yang suggest kita orang main paintball ni sebab selalunya Fitri je yang pop out dengan idea yang awesome untuk aktiviti kelas macam ni. Hahaha. Jadinya, lepas dah berbincang apa semua, seramai 20 orang dari kelas aku bersetuju untuk bermain paintball. Yang join hari tu Arif, Tajul, Shah, Jud, Nick, Muezz, Fakhri, Nuar, Din, Zul, Fitri, Shyafiq, Salman, Kak Nani, Ella, Asma, Kak Ros, Kak Eza, Kak Anum and aku.

Pagi tu, berkumpul dekat kafe, cabut undi group dengan siapa, Ada empat group, satu group lima orang. Nama je cabut undi, tapi lepas tu tukar suka sama suka jugak. Hahaha. Jadi lepas dah ada kumpula masing-masing, kita orang pun gerak lah pergi tempat nak main paintball tu.

Oh ya, lupa nak cerita, kita orang main dekat Sri Awana Paintball, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Nak cari tempat ni senang je, sebab dia betul-betul sebelah Bangi Gateaway. Kita orang bayar sorang RM50 sebab masa tu tengah public holiday. Kalau weekdays harga di RM30 je. Aku dah tak ingat dah berapa biji pellet sorang dapat. Tapi puas jugak la main, menembak bagai.

Sampai sana, kita orang diberi borang perjanjian ke perakuan diri entah untuk diisi. Lepas tu, staf dekat sana bagi taklimat la berkenaan paintball ni. Macam aku, ni kali kedua aku main paintball, so takde la cuak sangat. Kawan-kawan yang lain mostly baru first time nak main la masa tu.

Macam yang korang tahu, paintball ni permainan kumpulan. Mesti ada dua group atau lebih yang berlawan. Aku tak tahu ada berapa jenis cara nak main game paintball ni, tapi far aku pernah main woodsball and speedball lah. 

Woodsball ni main kat dalam hutan, selalunya main scenario lah. Aku main woodsball ni masa kat SISFEC dulu. Scenario ni nak mainnya contohnya macam ni. Group aku kena jaga "Perdana Menteri' and bawak "Perdana Menteri" ni ke tempat selamat dalam masa yang ditetapkan. Kalau "Perdana Menteri" tu kena tembak, or kita orang tak sempat bawak ke tempat selamat dalam masa yang ditetapkan, kita orang dikira kalah. Hihuuu.

Speedball ni pulak aku main masa kat Sri Awana ni lah. Speedball ni dia main kat padang, ada bunker bagai. Motif utama disini matikan sebanyak mungkin musuh kau dan kekal hidup untuk memang.

Berkenaan peralatan pulak, peralatan wajib nak main paintball ni, tak kira la woodsball ke speedball ke, korang kena ada marker (macam machine gun tu), pellet (orang kampung panggil peluru), face mask (face mask paintball eh, bukan facemask pakai masa jerebu tu). Ada jugak peralatan lain untuk paintball ni macam body armour. Tapi untuk orang ada lemak tepu macam aku ni, tak pakai body armour pun takpe. Silap-silap pellet kena kau, melantun balik ke pihak lawan dek kehebatan lemak tepu kau. Kahkah.

So hari tu, kita orang lawan antara group dulu, nak tentukan siapa dapat pergi semi final and final. Then baru lawan untuk semi final and final. Part mencabar main speedball ni kawasan dia lapang sangat. Kau harap bunker je lah lindung kau, kalau kau gerak dari satu bunker ke satu bunker tu sah-sah pihak lawan nampak kau, dan kau berkemungkinan mati katak ditembak pihak lawan.


Sebelum mula game, semua orang akan diberi peluang untuk test marker masing-masing.
Mana tahu marker rosak ke apa ke

So, kalau marker kau okay, tak de problem, kau boleh la ready tunggu arahan marshal

Jadinya, once marshal cakap "GAME ON", maka bermulalah adegan tembak menembak ala-ala Mission Impossible sambil bertempiaran lari melindungi diri dari ditembak pihak lawan. Tips dekat sini, kalau kau nak bersembunyi tu, sembunyi sorang-sorang je kat satu bunker. Sebab bila kau sembunyi dua tiga orang satu bunker, kau lagi mudah dikesan. Ate, udoh badan ghope anok gajah, senang je le oghang nampok.


Fitri tengah beraksi

Shyafiq and Tajul

Shyafiq

Salman dengan Shah

Din berani mati keluar dari bunker and pindah ke bunker lain

Arif punya aksi tak menahan
Yang baju kuning kat belakang Arif tu lah marshal. Tugas dorang untuk jaga masa, and tengok siapa yang kena tembak, selain jaga supaya korang tak melebihi had kawasan yang ditetapkan. Kau jangan pergi tembak marshal pulak. Masa aku main woodsball dulu, marshal duduk merata, dengan face mask pulak berkabus sebab peluh, jadi tak nampak tu marshal ke pihak lawan. Sekali tertembak marshal daa, habis kena tolak markah.

Kalau kau dah kehabisan peluru, maka kau mampu menyorok je lah sehingga game tamat. Tak kisah la peluru habis ke apa ke janji korang tetap hidup.


Kalau kau rasa kena tembak, kau letak tangan atas kepala macam ni, marshal akan datang check. Masa tangan kau atas kepala, pihak lawan tak boleh tembak kau. Jadinya jangan gegatal nak tembak kawan kau masa ni.

Lagi satu, tak semestinya pellet kena dekat badan kau je yang membuatkan kau disingkirkan dari permainan, kalau pellet tu pecah dekat marker ke, facemask ke, kasut ke, tak pun kau terkeluar dari had kawasan pun akan menyebabkan kau disingkirkan dari permainan. Kau jugak tak perlulah buat kenduri kesyukuran 7 hari 7 malam kalau kau berjaya tembak pihak lawan. Walaupun kau berjaya tembak lawan kau tepat di kepala, tapi pellet tu tak pecah disebabkan lawan kau ada badan segebu kapas, lawan kau still boleh bermain dengan bongkaknya, silap hari bulan, dia balas dendam, dan hadiahkan tembakan bertubi-tubi kat kau balik. 


Bila marshal dah sahkan kau kena tembak, maka di sinilah tempat kau.

Kalau disuruh pilih speedballs dengan woodsball, aku prefer woodsball lagi kot. Sebab woodsball main dalam hutan, so lagi challenging. Macam aku dulu main kat kawasan bukit, so ada la scene tergolek jatuh bukit dan ditembak tepat di kepala, ada yang terkoyak baju sebab tersangkut kat duri dalam hutan tu, ada tersadung akar pokok, ada yang terpijak ranting dan terus dapat dikesan musuh, ada gak yang menyorok belakang pokok besar dan tak keluar-keluar sampai pihak lawan semua dah tumpas. Lagi satu woodsball punya tempat kan dalam hutan, so memang mencabar fizikal dan mental la masa main tu. Boleh la beraksi ala-ala filem Bukit Kepong dengan Sarjan Hasan sebab kau boleh merangkak kat dalam hutan sambil bawak marker yang dalam imaginasi kau dah macam senapang tu sambil aim nak tembak pihak lawan yakni komunis imaginasi. Hahahaha.

Bagi sesiapa yang nak buat aktiviti kelas ke pejabat ke aktiviti family sekali pun aku cadangkan boleh try paintball ni. Seronok sebab korang boleh bekerjasama masa main tu. Lagipun game ni tak la complicated sangat nak main. Paintball ni sekarang dah bersepah dekat Malaysia. So, pilih je mana yang kau rasa dekat and harga berpatutan. Lagi satu seronok paintball ni, ni la masa kau nak kenakan someone yang superior dari kau. Contohnya, kalau kau geram dengan bos kau, ni la masanya. Kahkah. The best part is bila kau tembak tepat kena orang and orang tu menjerit. Hahaha.

Jadi keputusan perlawanan AnSci6 Paintball Match ni, team C yang dianggotai Fitri, Nick, Jud, Kak Anum and Kak Ros jadi juara. Team B yang dianggotai Ella, Muezz, Nuar, Salman and Kak Eza di tempat kedua, Team A yang dianggotai Zul, Din, Arif, Shah, Asma di tempat ketiga dan Team D dianggotai aku, Tajul, Shyafiq, Fakhri and Kak Nani di tempat keempat.





P/S : Balik tu gua ada lebam dekat dada and peha. Kekdahnya siapa yang tembak aku dekat situ *nangis*



24 January 2015

AnSci6 di Taman Botani dan Wetland Putrajaya




Assalamualaikum WBT


Entry kali ni nak story pasal aku dengan kawan-kawan beriadah dekat Taman Botani, Putrajaya and Wetland Putrajaya. Bagi yang tak tahu, Taman Botani Putrajaya ni dia terletak dekat bahagian Utara, Presint 1, Putrajaya. Dekat situ macam-macam aktiviti boleh buat. Nak jalan-jalan je ke, nak berbasikal ke nak naik tram ke, ikut suka korang la. Kami pilih untuk berbasikal masa pergi situ. Satu basikal RM2 per hour. Tapi tu rate weekdays lah. Kalau weekend or public holiday, lain pulak ceritanya. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik link ni, Taman Botani.

Kami pergi ni pun, sebab Muezz yang ajak. So, pagi tu kami pun berkumpul la dekat kafe kolej, Breakfast dulu before bergerak ke Taman Botani. Sampai sana, terus bayar duit tiket and ambil basikal. 

Aku gelabah biawak jugak lah sebab tak pandai naik basikal ada gear ni. Nasib baik la Azie dengan Ella ajar. Oh ya, kita orang bertiga je perempuan, yang lain semua lelaki. Masa kayuh dekat jalan rata tu relax je, tapi sampai part bukit, gelak je lah mampu, lepas tu jalan rata balik. Last sekali dekat bukit paling tinggi tu, aku kayuh sambil nangis la. Okay. Tipu. Takde la nangis pun. Rasa nak nangis je. Mana taknya, dah lama tak exercise kot. Sekali takde angin, takde ribut, terus cycling, menjerit muscle peha aku.

Arep, Azie, aku, Fakhri, Razi, Shyafiq, Ella and Nuar.
Muezz takde dalam gambar sebab dia yang ambilkan gambar

Selfie pertama sebaik sampai

Acah-acah gadis ayu naik basikal macam ni :3

Berehat lepas penat pusing Taman Botani

Keluar Taman Botani tu, main cop tiang kejap. Ehehe


Then, lepas dah habis pusing dekat Taman Botani, kami semua gerak pergi Wetland sebab aku nak main kayak dekat sana. Masa tu pergi dah dekat pukul 10 pagi dah. Ada bermacam jenis aktiviti air yang korang boleh buat, nak naik paddle boat ke, berkayak ke, berkanu ke. Yang bersungguh nak mainnye aku, Azie dengan Ella je. Aku syak budak lelaki terpaksa rela ikut pergi situ. Wakakaka.

So kita orang ambik paddle boat sebiji dengan kayak sebiji. Paddle boat harga dia RM15 sejam, kalau kayak RM10 sejam. Kira murah la tu, plus, boleh tukar-tukar within an hour tu. Mula-mula Ella dengan Azie naik paddle boat, aku dengan Shyafiq naik kayak. Then tukar, Nuar dengan Arep naik kayak, lepas tu aku dengan Muezz naik kayak, Razi dengan Fakhri naik paddle boat, at last, aku dengan Muezz naik paddle boat, Nuar dengan Shyafiq naik kayak.

Paddle boat

Kayak

Baru la ada gambar orang lain T.T
Kesimpulannya, kalau korang nak berkayak ke nak main paddle boat ke apa ke dekat Wetland tu, korang pergi lah awal-awal pagi. Masa kami pergi tu matahari dah start naik. Kau cuba la bayangkan diri kau berkayak, paddle boat bagai time terik tu. Sunburn dibuatnya, balik tu yang perempuan muka berbelang. Lagi satu, kalau lutut kau dah longgar masa cycling, tak payah la gatal-gatal main paddle boat. Serious penat gila kayuh boat tu, dengan panasnya lagi. Give up aku masa tu. Hahaha.

Apa-apa pun, memang best la beriadah dekat sini. Sesuai nak bawak family jalan-jalan masa hujung minggu. Kawasan dia pun cantik and tenang je.

Okay. sekian slot AnSci6 di Taman Botani dan Wetland Putrajaya



23 January 2015

Al Kisah Final Year Project

Assalamualaikum WBT


Amboi, mentang-mentang cuti semester giat pulak aku menaip dekat sini kan? Mana taknya, ni cuti semester yang paling free sepanjang 7 semester belajar dekat UPM. Takde pergi kem, pergi kursus, settle kan paperwork, or jalankan FYP. Bercakap pasal FYP, meh aku nak story pasal suka duka jalankan Final Year Project.

Umum tahu, Final Year Project ni kira pre-ticket nak graduate lah. Kira kau dah dekat nak habis study dah la. Dah nama pun Final Year Project kan?

Sebelum aku masuk kisah FYP aku, aku ada 3 perkara yang nak highlight untuk adik-adik yang bakal buat FYP.

1. Tajuk FYP
Seboleh-bolehnya korang sendiri yang came out dengan tajuk FYP, so that korang lebih faham apa yang korang buat, and korang buat pun bersungguh sikit. No worry, korang propose tajuk FYP, lepas tu boleh bincang dengan supervisor (SV) FYP korang sama ada sesuai atau tak. Perlalatan, mesin, bahan kimia yang korang nak guna untuk jalankan projek korang tu ada ke tak.

2. Supervisor
Aku nasihatkan korang pilih SV yang korang selesa and senang nak berkerjasama. Sebabnya sepanjang FYP ni, korang akan banyak rujuk pada supervisor korang. Every single detail korang akan bincang dengan supervisor korang. Jadinya, kalau dah kau penyegan dengan supervisor kau, macam mana kau nak bincang.

3. Timing
Make sure korang jadualkan perjalanan FYP korang, kalau boleh target bila korang akan habis jalankan projek korang. Make sure projek korang tu habis awal. Sebab kadang-kadang even kita ingat projek akan habis awal, tapi tiba-tiba ada masalah yang akan drag korang punya masa. Macam aku, mesin tiba-tiba rosak, chemical sampai lambat. So gelabah la jugak dibuatnya. Time tu menangis je la tahu, Kah!

Okaylah, masuk part FYP aku, aku syukur sebab ada SV yang banyak membantu, bersabar dengan aku. Selain tu ada kawan-kawan yang sentiasa ada menghulurkan bantuan. Aku malas nak cerita part nangis masa buat FYP ni, aku just nak cerita part indah buat FYP ni je. Boleh?

So, biarlah gambar di bawah yang berbicara.

Sama-sama bergotong royong set up tempat nak jalankan experiment
Bila experiment libatkan haiwan and feeding trial ni kena set up betul-betul
Salah set up, bercampur animals, lepas tu makan makanan dari treatment lagi
Tak ke susah jadinya tu

Main guli dekat ladang lepas habis kerja dekat ladang.
Masa ni bulan puasa, dari melangut dekat bilik, tidur je, kita orang main guli dekat ladang lah.

Kait buah rambutan yang tak seberapa nak ada dekat ladang.
Ella lah yang mengidam sangat nak rambutan tu.
Tajul dengan Katang layankan je.

Sama-sama tolong sembelih haiwan, even bukan projek kau, tapi tolong je.
Time kau nak slaughter nanti, dorang pulak tolong.

Makan sama-sama lepas penat seharian kat ladang/makmal, sambil tukar cerita pasal FYP masing-masing

Sama-sama stay dekat jabatan sampai malam, nak siapkan kerja.
Part nak analysis data tu lah paling terkial-kial sekali.
Taip command masuk SAS, kejap jadi kejap tak
Time ni Azie tengah ajar Fitri dengan Nick run SAS

Fitri, Nick dengan Arep tengah bincang pasal slide yang nak present

Masa ni masa present result FYP.
Lepas habis result ni, rasa kurang sesak dekat dada even masa nak present ni cuak dia tak boleh bawak bincang
Ni gambar Nuar tengah present

Aku dengan Nick tengah jilid thesis.

Bila thesis kau dah siap, boleh la nak buat sesi photoshoot :D
Macam-macam style la bergambar dengan thesis masing-masing
Ada bergambar dengan dengan thesis, bergambar dengan rakan sama SV, bergambar dengan SV. Yang mana SV takde masa nak submit thesis, bergambar dengan pintu bilik SV pun jadi.

Bila dah jilid thesis, time ni la kau boleh tengok thesis siapa tebal, thesis siapa nipis.
Akhir sekali, setelah kau berhempas pulas berbulan lamanya buat FYP kau, maka wujudlah sebiji buku berkulit keras yang ada nama kau di atasnya.

Adalah menjadi satu kelegaan bila dah submit thesis.
Thank you SV for everything
Thank you Arep, Fitri and Nick, rakan sama SV sebab sentiasa tolong and support aku
Tak lupa juga pada kawan-kawan yang lain :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...